Search This Blog

Loading...

Tuesday, December 09, 2014

Kemas gobok

sebelum masuk keja hari tu, aku kemas2 sket lemari baju aku.
masa pregnant tu pun dah ada cita2 nak kemas.
tapi malas mengatasi.
jadinya, bila duk umah, cuti masih berbaki, jomlah kita buat spring cleaning sket.
bnyk yg aku kemas.
kiranya, 20 hari duk umah sebelum masuk keja pas beranak, hari2 keja aku mengemas je.
mana yg tak mau, buang or simpan dlm kotak.
memula nak share pasal lemari baju dlu.
aku kemas lemari baju kerja dlu, yakni baju kurung.
aku keja ngan gomen, so mmg hari2 pakai baju kurung jelah.
and baju aku boleh tahan bnyk!



lepas pindah rumah, aku pakai almari ni je buat simpan baju2 keja aku.
kecik je pun, 2 pintu je.
atas, baju kerja.
drawer bawah, sluar baju kecik.
drawer bawah skali, baju tdor like sluar pendek and baju kelawar.
dlu pakai almari lain masa kat umah sewa.
dah pindah umah, set almari+katil tu letak kat bilik sebelah.
master bedroom pakai set almari+katil suami.
so, kenalah cari lemari lain utk letak baju kerja.
nak tumpang lemari dia, kem salam..
sebab baju aku lagi bnyk dr baju dia.
baru masuk umah, so, belasahlah lemari ni je dlu. cadangnya nak cari lemari baru.
end up 3 tahun dah duk pakai yg ni.. pun boleh..
sampai runtuh penyidai lemari ni.
incik somi ketuk2 sket haa, dah ok balik.
dia kata kukuh dah, nak gantung kreta pun boleh.
amboi bang, perli nampakkkkkkkkkkk..
taulah baju bini banyak ponnn..


nahhhhh.
bila buka, sesak, padat!
tapi tak bnyk mana pun.
yg bnyk2 sebelum ni smua dah masuk box!
lagi bnyk yg simpan kut dari yg bule pakai..
baju2 kebaya, kurung moden dah lama bersemadi dlm box sejak kawen nih..
tsk tskkkk..
now kalau pakai kurung moden pun, loose je.. bhahaha..
dlu sebelum kawen, baju kerja aku bnyk kurung moden and kebaya.
now, smua dah bersemadi. padahal baju tu smua elok2 je lagi.
kain baju kurung ni bukan nak lusuh ke pudar ke hapa..
setengah jenis kain je yg akan rosak mcm berbulu ke, pecah benang ke.
klau tak, pakailah 4-5 tahun pun, gitu jelah.
cumanya bila pakai lama2, dah tak in pulak dgn peredaran zaman..
gituuu..



nahhh..
2 beg full isi baju kurung.
ada lagi 1, letak dlm box plastik yg besau tu.
mana la aku nak letak baju2 ni.
ada 2,3 pasang aku bagi makcik aku dah.
nak sedekah ke org pun sokay gak ni.
mostly elok2 lagi baju ni.
sayang ooo.. nak kuruih tak tau bila..
hahaha..
basal storage boxes ni later aku share kat mana aku beli.

lepas kemas baju2 kurung ni smua, kemas2 baju lain jugak.
blouse ada gak dlm 5-6 helai.
yg tu ada aku pass ke adik aku, ada aku bg ke pengasuh Amni jugak.
tshirt2 yg agak sendat, aku pass ke adik aku. dia takpe kuwusssss..
pastu kemas part seluar baju kecik.
yg lama2, dah lusuh, yg getah dah kendur alahai, kita buang jelah.
dlu sayang nak buang. yg kendur tu yg best pakai..
hahaha.. nak2 masa pregnant kan?
tapi sadis pulak tgk, uzur dah kut. malu kat laki.. bhahaha..
kita beli baru, yg lama kasi buang laaa..
yg tu aku masuk plastik hitam and nak bakar.
skang ni tak sempat lagi nak bakar, nak buang ke tong sampah tak gamak.
kang abang kutip sampah tu tgk, euwwwwwwwwww malu ai..
hahahaha.. mcm la dia tau sapa punya ye dok?

masalah skang ni mana nak letak baju2 ni smua.
berkotak2, baju je.
baju anak, baju mak, baju bapak..
pasni nak asingkan mana elok lagi, boleh sedekah ke org yg tak mampu.
yg lusuh, blh buat kain buruk or bakar je.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...