Alhamdulillah..
misi berjaya, dapat baby boy.. hekhekhek..
kita merancang, tuhan yg menentukan.
idok le nak kata hasil usaha kami, so dapat baby boy.
tu keja Dia..
kita usaha, cuba, the rest, serah ke Dia..
Dia bagi, Alhamdulillah..
dapat baby girl, pun sokay bule buat teman tdor kakak Amni nnt..
bila proposal utk pregnant lagi diluluskan incik suami, so, jomlah kita usaha bang..
plan masa bulan 12.
so, bila period bulan januari tu, kita start la.
eh, awal bulan 1 tu pun dah start.
takda apa sangat.
aku cuma minta suami makan lebih seafood.
jgn makan yg masam2.
tu je pun petua yg kami amalkan utk dapatkan baby boy.
ada 1 lagi, tapi petua tu tak bgtau kat sini.
nak tau sila email aku.. hahaha..
so, hari2 lah duk jamu laki aku makan seafood.
nak2 masa aku period.
pastu laki kata " dapat boy belum tentu, dapat gout boleh jadi ni"..
hahahaha.. rilex la pa.. makan udang, sotong ngan ikan je ponnn.
seminggu dua je, bukan sebulan 2. klau mcm tu harus dapat gout..
pas period, bilang bila hari subur.
bulan 2, eh dah tak datang.
masuk bulan 3, moh le kita check and +ve.
lompat bintang!!
masuk 5 bulan, g buat ultrasound.
3-4 kali buat, doc kata boy.
yeszaaaa..
bukan hasil dari apa yg kami amalkan, semua tu cuma usaha.
yg mengizinkan Allah juga..
3 org doc kata boy selepas 3-4 kali ultrasound, so boleh percaya.
sebak bila doc cakap boy sebab teringat kat arwah abang Muhammad Aqil.
then cadang kat papa nak letak nama Muhammad Aqil jugak.
dia mcm tak berapa berkenan.. sokay, tu kita pikir nanti2 la.
kali ni mengandung 9 bulan ++.
azab tu toksah cakap la.
lagi teruk dari mengandungkan Amni dan Aqil.
adik baby lagi bnyk peelnya.
muntah, pening, letih, tak lalu makan, muka buruk.. haishhh..
tgk diri sendri kat cermin pun menyampah.
org lain mengandung makan kemain berselera, aku jenuh pilih nak makan.
tapi mujur jugak Dia senangkan aku masa beranak.
tu lagi baik kut, sebab sakit nak beranak tu tak tergambar dgn perkataan.
setengah jam sakit pun aku dah tak sanggup, ni kan pulak klau berjam2..
day 2.
setelah berhempas pulas.. hahaha..
lahir on 23rd september 2014, 10.14am.
berat dia 2.45kg je. sokey kecik pun dik, asal awak sihat, cukup dah.
lama2 nnt besar lah awak kan?
lepas susukan dia, doc datang check.
gitu gini, kena warded pulak sebab gula rendah.
aiyaaa.. lepas bagi susu, naik sket je katanya.
aku sempat tgk dia masa tu jelah.
ptg tu, papa dia je g tgk.
esok bila dah blh discharge, baru pegi tgk dia pulak.
tak ingat sgt muka dia sbb masa beranak tu kejap je tgk.
bila warded kat scn tu, mak bapak je bule masuk.
mak pegi, baru bule amik gambar adik baby. harap ke papa, nan hadooo..
tunjuk ke kakak dia, kemain seronok.
aku discaj tghr, adik baby disccharge ptg.
bwk balik tunjuk maktok, wan semua.
seronok masik2 tgk baby.
bau syurga ni..
pakatan rakyat sedang dibentuk.. matikla mama...
T_____T
1st nite adik baby kat rumah..
papa dah ada geng baru, shah junior.
Amni pun geng papa, adik geng ngan mama ehh?
kakak awak, sket2 papa, sket2 papa.. klau adik geng papa, mama nak geng ngan sapa?
esoknya..
kakak yg keciwi, tak pegi jauh dari adik.
semua nak buat tepi adik.
so far, nampak dia sayang sgt kat adik..
Alhamdulillah..
day 10.
dah balik umah tok umi & tok abah.
kita berpantang kat sana yeh..
time ni dah luruh pusat. day 8 kut klau tak silap pusat tanggal.
dah tanggal pusat tu senang sket nak urus kan?
klau tak, seriauuuu..
day 11.
cukur rambut.. mcm biasa dah kontrak dgn toknjang.
hehe..
Amni dlu pun toknjang jugak yg cukur.
lead by toknjang, assist by maklang and paklong (kazen).
kali ni, lead by toknjang, assist by makteh (kazen)..
gituuuu..
toknjang dah pencen, duk kat umah, meh la cukur rambut cucu.. hahah..
siap bawak gunting sendri tu yg tak tahan.
lagi 2 tahun, bawak skali pisau cukur sendri.. hehehe..
budak botak.
hairan kakak tgk adik takda rambut.
duk gesel kepala adik.. sabau jelah..
day 35.
g checkup sebulan. berat dah naik, 3.2kg.
leher dah takda, pp dah kembong.
asyik minum, berak, tdor.. tu je keja dia..
tdor lak kena bedung, baru tdor lama.
klau tak duk terkejut2, pastu tergawang2 tgn. pastu ngamok takleh tdor.
kena bungkus, haaa, senyap.
masa ni kulit masih tan lagi.. hahaha..
lama sgt duk kat wad sebab jaundis.
10 hari duk wad. uhuk2..
tu nnt lain entry.
day 60++
nampak?? anak baru 2, dah malas nak kira umo anak..
bhahaha..
tak sure 60 berapa dah masa g checkup 2 bulan ni.
63 kut. entahhhh..
kira 2 bulan sudahhh.
terkedang pas kena cocok.
2 bulan, berat dah naik, 4.3kg.
peha dah mcm kepci..
latest pic, day 76.
Alhamdulillah, dia senang dijaga..
tapi standard la baby. nak2 boy.
mulut tu nganga je manjang..
nak bergayut je keja dia.
ko dik, kecik2 dah suka tetep yeeh.. jeles papa awak tau tak?
duk menjeling je kat awak.. hahaha..
dah asyik nganga je, nak bergayut, nahh mak ko sumbat puting..
hahaha.. sian awok.
mahap la dik, mama tak larat awak asyik nak ngempeng.
pecah, luka habis dik.. tskkkk..
tapi cerdik budak ni. klau dia lapar, takda maunya isap puting.
dah kenyang betul, puting ni buat lalok nak tdor je.
kemut2 mulut tu. dah lena, diluahnya puting tu.
aku pun idok le sumbat puting manjang, tgk keadaan jugak.
duk nganga, melalak tak tentu pasal tu, ni la makan dia.
kang ada yg hentam kata menipu anak la, tak kesian ke anak ke bagi puting?
takda mak yg suka2 nak bg anak puting oih..
sesaja nak bagi, tak la kan?
nahhh.
budak muka 4 segi. kehkehkeh..
rambut lebat jugak. atas dah mencacak, belakang tu makan bantal sket.
sekarang dah pandai main.
kita agah2, kemain sengih pastu uuuukk akkk uuk akk.
ntah apa awak cakap ntah la..
time ni la yg syok bila ada baby.
gewam rasa nak tunjal. homei angat!
melting je tgk bila cenggini, tapi bila ngamok apa pun tak bule.
so far, tak da la dia ngamok2 sakan ke apa.
sekali sekala tu ada la jugak buat akal, nak duk atas riba, merengek.
tapi masih boleh diterima lagi.
skang ni dia duk dgn pengasuh kakaknya jugak.
pengasuh pun kata dia ok, ada la ragam sket2 tapi ok lagi.
jgn buat perangai dik ehh..
awak budak baik kan?
kakak Amni panggil adik Mirzaa..
mama panggil Aniq, dia panggil Mirza..
mana2 lah kak, asal awak sayang adik dahhh..
No comments:
Post a Comment