Thursday, January 08, 2015

Sekolah @ taska pilihan utk Amni


thn ni Amni dah masuk 4 thn.
plannya nak hantar dia ke sekolah.
ada yg kat awal lagi. tunggu 5 tahun.
ada yg kata ok je hantar umo 4 thn.

pikir2, kena hantar jugak.
sebab dia dah ada adik.
adik akan stay dengan pengasuh lama dia.
kena tukar. adik masuk kakak keluar.
gitu.
sebabnya, pengasuh tu ada budak lain yg dia jaga..
kang ramai2, tak terjaga pulak.

kena pulak Amni menggedik lahai nak g skolah.
takpelah, hantar jelah.
bukan nak suruh dia belajar sgt pun.
bagi berkawan, kenal asas sket2 kan?

so jom cari skolah..

being mak kan, mestilah nak yg terbaik utk anak.
mak mana tak nak anak dia cerdik pandai.
haruslah pendidikan awal ni perlu di titiberatkan.
papa dia nak hantar taska yg ada smart reader bagai.
yes, bagus tu.
tapi tgk ke yuran pendaftaran, yuran bulanan..
telan ailio.. hahahaha..
boleh, bukan tak mampu.
cumanya sengkhak sket la..
ehek ehek..

masa memula nak cari skolah utk Amni, 1st yg terlintas dlm kepala otak aku is aku nak hantar Amni ke sekolah yg berasaskan islamik.
tu niat aku, and aku nak sangat.
aku kalau boleh nak anak2 aku ada asas agama dari kecik.
budak2 kan, klau dari kecik kita terapkan, amalkan, insyallah sampai besar diorg bule ingat and amal.
impian aku, klau boleh nak anak2 aku pandai baca al-quran, pandai agama, pandai bahasa arab.
aku nak diorg lebihkan akhirat dari duniawi.
pada aku kalau diorg belajar al-quran, diorg belajar semua tentang dunia ni.
Insyallah..

mak bapak ni tak berapa nak pandai sgt agama.
klau boleh nak anak2 pandai.
sekarang pun masih lagi belajar, baca mana2 yg tak tau.
mak aku kata dia pun tringin anak2 dia blajar skolah agama.
tapi tak berpeluang nak hantar masa kami kecik2.
takat belajar agama kat skolah biasa and pegi mengaji al-quran.
klau mampu, dia pun suh hantar anak2 ke sekolah agama.


usha2, ada yg mahal ada yg murah.
kebetulan ada opismate aku hantar dia ke taska islamik.
iaitu PASTI.
Pasti Bestari AL-Islah.
jadinya aku pun usha2.
katanya bagus.
anak dia hero, nakal bule tahan.
tapi bila pegi situ, sebulan 2 dan pandai baca mcm2 doa.
pandai nasihat mak balik tu yg tak tahan.
siap baca hadis, padahal umo baru 4 tahun.
lawak pun ada. hahaha..
tapi nakal tu maintain la..
tak kisah la, budak2 kan?
mula2 masa kecik ni bagi diorg belajar benda2 asas dlu.
dah besar sket, baru beri penekanan lebih.
tapi klau dah ada asas, Insyallah lebih mudah.



Pasti ni 1 Malaysia ada kan?
ada cawangan merata dah.
kat Perlis ni pun banyak.
Pasti Al-Islah, Pasti Al-Huda, mcm2 al lagi.
aku pilih Pasti Al-Islah sebab dekat kangar.
tak jauh sgt dari rumah, nak hantar, nak ambik masa cuti pun takda hal.

bila opismate aku bgtau diorg dah buka pendaftaran, laju2 aku pegi ambik borang and submit.
Amni punya lah seronok bila bgtau nnt Amni nak masuk skolah.




1 Dis, pendaftaran skolah.
mujurlah sebab aku masuk keja lepas bersalin 2 Dis.
yuran pendaftaran campur dgn yuran bulanan dekat rm500 gak la.
masa hari pendaftaran, cikgu kata dah boleh masuk skolah, start december.
aku macam, ye ke?
ingatkan start bulan januari 2015.
dah boleh masuk, so jomlah kita hantar terus.
alang2 budak kenit tu nak sgt g skolah kan?

aku pilih sesi C iaitu dari pkul 7.30am hingga 5.30pm.
kalau sesi A dari 7.30am hingga 1.00pm.
sesi B dari 7.30am hingga 3.pm.
yuran bulanan utk sesi C, RM200.
utk sesi A dan B, lebih murah.
mana nak cari taska yg murah gitu ye dok?
hehehe..
menepati pilihan mak tu..
islamik dan murah.

papa dia duk cakap2 juga.
dia kata kang diorg ajar Amni jadi PAS pulak.
yelah sebab Pasti ni from PAS kan?
ainyonyo papa..
pada aku tak kisah la anak nak jadi PAS pun lepas ni.
janji anak aku pandai agama.
diorg pun takdanya nak terapkan unsur politik kat budak2 kecik ni aih.
kecik lagi kott..
tu nnt kita kira lain eh.
yg penting, Amni belajar agama.

Pasti ni ada silibus dia sendri.
ada buku2, ada teknik2 pembelajaran dia.
utk mengahafal surah, nak ajar budak2 mengahafal al-quran.
taknak ke anak jadi tahfiz 1 day, bule hafal quran.
bule mandikan kita bila dah mati nnt.
doakan mak bapak dia.
asalkan diorg tak ajar ajaran sesat, pada aku ok je.
lagipun Pasti ni bukannya baru.
dah lama dah.
dulu2 org pandang serong kat Pasti sebab katanya diorg menerapkan unsur politik pada budak2.
sekarang ni org berlumba2 nak masukkan anak ke Pasti.
nak anak2 belajar agama.
subjek lain bukannya tak ada.
ada jugak english, matematik tu smua.
cumanya, pembelajaran agama lebih la.
takpe.
skang ni awak belajar kat sini dlu Amni eh?
mama nak awak ada asas dlm diri dlu.


makanya bermulalah sesi persekolah Amni.
kena bgn awal sebab nak g skolah.

ok, mcm mana 1st day Amni?
tu next entry.
nnt aku crita betapa huru haranya hidup mak dia ni.
muahahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...