Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 10, 2015

Cuti panjang yg lepas


rentetan dari entry happy holiday tu, kesinambungannya di sini.
ehehe..

cuti khamis sampai ahad.
aku ambik annual leave 2 hari, senin n selasa.
selasa tu ada monthly check-up aniq.

plan asal laki bini nak g taiping and penang.
taiping nak g jumpa kawan2 lama.
re-union la lebih kurang walaupun cuma 6 org je.
tapi campur ngan anak2 smua, meriah la kan?
dah plan bagai, end up kansel.
sebab sorang2 tarik diri sebab ada hal lain.
frust sebab aku dah booking hotel and dah bayar.
tapi apa kan daya, masing2 dah ada family, ada komitmen masing2 yg lebih penting.
last tinggal 3 org je yg pegi.
dah pakat2 sedih, tak syok.
skali aku pun terpaksa tukar plan.
ayah ajak g kl, nak tgk pak sedara (abg ipar mama) kena strok.
dia kena strok dlm 2 minggu camtu, kali ke 2 and kali ni katanya teruk.
so mama and ayah mcm nak pegi tgk.
anak jantan depa dah dlm dilema.
si isteri dah book hotel nak g jenjln, jumpa kawan2 smua.
pening pikir oi seminggu tu.
dah la peak season masa tu, sebab cuti cny kan?
edjas sana sini, so taiping kansel.
frust and rasa bersalah dgn kawan2.
mujurlah diorg paham and mmg dah terkansel dgn sendrinya reunion kami tu sebab ramai takleh join.
next time plan lain and harap2 berjaya.
rindu korang2 sangat!
so, hotel yg dah dibooking kat taiping aku kasik ke akak ipar.
siap kasik diskaun rm20 lagi.
dari burn camtu je baiklah aku kasik ke dia.
seb baik dia nak. hehehe.
hotel kat penang boleh tukar tarikh check in.
mujur. klau tak melayang duit aku..
huhu..


balik keja hari rabu tu, bermulalah kerja aku.
klau nak kemana2, nak g holiday ke, kiranya nak away from home,  mak2 lah yg paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling bnyk keja.
mcm2 nak kena pikir.
pikir nak mengemas, pikir nak tinggal rumah bnyk hari.
nak kemas beg, baju2 smua bagai.
apa lagi nak kena bawak klau pegi bnyk hari.
klau stay hotel, apa nak bawak, klau stay umah org lain pulak packingnya.



baru separuh ye.
sampai ke tgh mlm tak tdor lagi aku.
bagi anak2 tdor, baru leh buat keja.
membasuh la, kemas umah, kemas dapur and kemas beg.
yg atas beg mak pak. jenuh susun gulung2 nak bagi muat.
pegi bnyk hari, bnyk la nak kena bawak.
baju tshirt, seluar laki, tebal and mkn space, so kena pandai susun.
mujur blouse2 aku tak tebal, so leh sumbat2.
beg tu besar, aku beli kat bandung.
isi kedua2 belah baju laki bini.
beg bawah ni kecik je, isi baju2 Amni.
sebelah sini, baju2 dia je.
sebelah sana yg ada zip tu letak pampers dia, and segala keperluan lain.
like ubat anak2, charger hp, toiletries, beg plastik, and mcm2 lagilah.
utk Aniq, beg lain plak.
anak2 sorang 1 beg.
memula nak campur, tapi kang mcm susah nak mencari plak.
klau aku ok la sebab aku yg pack.
kang nak minta papa dia ambik apa2, mampoih cari tak jumpa.
dah 3 beg utk baju2 je.
pastu ada lagi 1 beg isi telekung aku and bantal anak2.
letak beg asing sebab nnt otw nak benti solat kan?
senang nak ambik, tak payah buka beg besar bagak tu.
bantal anak2 memang aku slalu bawak klau g memana.
kang nak tdor dlm keta ke apa, pastu kat umah org kadang2 takda bantal kecik.
acaner baby nak tdor ye dok?
nak senangkan smua pihak, so bawak jelah.
tak susah pun.
pastu ada lagi 1 beg isi baju anak2 2-3 helai, diapers, towel kecik, toiletries smua.
prepare klau benti kat mana2, nak tukar baju anak.
kut anak kencing berak ke, muntah ke apa.
kena ada beg mcm tu ye klau g jln jauh2.
tak payah la tiap kali nak tukar baju anak, kena buka beg besar bagai.
nak punggah cari baju, tuala smua.
leceh... kena pikir cara nak senangkan kita, senangkan laki and mudahkan smua keja.
gitewww..
dah 4 beg.
pastu ada lagi bakul isi susu, air panas, air masak, stok makanan pulak.
hoih, penat oi packing ni.

plan asal nak gerak khamis pagi.
tak pagi sgt la, dlm pkul 11.
sebab abang aku blk dgn amierah pagi tu.
ambil diorg kat station bus, blk umah kejap nak rest2.
pastu dia gerak blk umah abah bwk keta aku.
tak dpt nak hantar, lagipun nnt kami takda.
so tinggal la keta kat dia 1 senang nak gerak g mana2.
pagi tulah baru nak check keta bagai.
pegi jenjln kali ni naik keta ayah (bapa mertua).
papa bwk nak g buat aligment, skali tgk tayar kat bahagian dlm dah teruk.
so kena tukar sebab nak jln jauh.
pungpangpungpang bagai, pkul 4 baru gerak.
bhahaha..
singgah umah mak aku kejap nak ambik kad touch n go.
lupa nak ambik pagi tu.
seb baik otw je.
pastu gerak trus sebab dah lewat.
benti solat asar kat jitra and top up touch n go.
papa siap beli smart tag pulak.
haishhh..
pkul 8.30, exit changkat jering nak makan mee udang kat kuala sepetang.
ayah tak pernah pegi, dah alang2 lalu jom kita singgah.
lagipun takda rushing pun papa kata.
benti makan kat makjah ke apa ke, lupa dah.
ramai oi org. cuti kan?
seb baik dapat meja and tunggu tak lama sgt.
huru hara gak la.
berjln dgn anak2, sorang kanak2 sorang baby.
pastu mak pak mentua aku pun bukan kuat sgt.
mama jln kena pimpin, dia rasa tak balance sebab dlu pernah operate telinga.
baru2 ni operate mata pulak, so agak terhad la pergerakan dia.
ayah ok, blh jln sendri, cuma slow2 la.
aku ni dokong Aniq, pastu mama jln duk berpaut kat aku.
klau sorang jatuh,dua2 jatuh. hahahahha.
papa pegang Amni. yg tu 1 hal, takleh berenggang ngan papa.
haishhh, geram btoi.
gambar kat sana jgn harap la nak sempat ambik.
aku sebelah tgn pegang Aniq, sebelah tgn makan.
udang suami tolong kupaskan.
dia kupas utk smua org, sebab dia je yg gagah perkasa.
hehehe..
dah kenyang, gerak g kl trus.
benti isi minyak, kencing, tukar diapers Aniq je.
sampai bukit jalil, umah mak sedara pkul 1 pagi.
nampak bantal je time tu.
lenguh 1 badan oi duk pegang budak kembong tu.
seb baik dia tak meragam sgt duk lama dlm keta.
tapi..
masa sampai umah sedara tu, aku ter sakitkan dia.
haishhh.. giler rasa bersalah kat anak.



nak tutup pintu keta.
dgn kendong dia tgh tdor, sebelah tgn lagi pegang bantal, ngan gelapnya, terkena kaki adik kembong.
meraung budak tu tgh2 mlm.
sory dik, mama tak sengaja.
berbekas gak la kaki dia.
mujor tak kuat sangat aku tolak pintu keta tu.
apak dia marah.. huhu.
nak buat cemana, nama pun tak sengaja.
ater gila aku nak kepit kaki anak kan?
seb baik adik kuat, nangis kejap je.
dah sapu minyak angin, tdor balik sampai pagi..


ok, dah panjang dah, tak larat taip dah.
nnt sambung eh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...