Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 21, 2015

Bila anak cirit birit


cerita bulan lepas..
tiba2 Aniq kena cirit birit.

start hari selasa.
blk keja, masa ambik dia, pengasuh bgtau Aniq berak bnyk kali.
poo poo dia masih ada tekstur katanya.
dia pun nmpk cergas lagi.
oh, masa tu dia dah start mkn.
dah masuk minggu ke 2 pun dia mkn.
later aku share pasal solid food dia pulak.
1st 4 days, aku kasik dia puree epal.
pass, smua  ok.
2nd 4 days, makan puree brokoli.
pun ok je.
3rd 4 days, puree pear.
1st day start puree pear tu la dia berak2.
mlm tu adik aku jaga, aku kena g dewan utk APC tu.
aku blk mlm tu, papa kata Aniq berak 3 kali dah since maghrib.
aku sampai pkul 12, eh berak lagi.
pagi esok, pun berak lagi.
takpe, hantar ke pengasuh dlu, tgk cemana.
aku stop puree pear hari tu.
tghr tu pengasuh bgtau Aniq cirit birit.
dah takda tekstur dah najis dia, kluar air je.
asal minum susu je, mesti poopoo.
dia pun dah meragam, sebab letih and lapar.
so aku minta kat ketua unit aku, nak balik jap tgk anak.
aku sampai tu, tgk dia melepek je.
nampak mak ni, terus menangis sayu je bunyi.
sian sangat.
pengasuh kata hr ni mcm meragam sket.
yelah, tak sedap perut kan?
aku ambik bawak blk rumah dlu.
sampai umah dah tertidor dah.
dia bgn, aku bg susu, minum laju je. lapar.
pas 5 minit, dah bocor diapers dia.
cirit kluar air je, kuning pekat.
sian tgk, bontot dah merah dah bnyk kali poopoo.
mlm tu pas smayang je terus bwk g klinik.
nak g petang tu, papa tak balik lagi and hujan lebat pulak.
tengok ke cara, mcm punca dari susu.
sebab lepas minum susu mesti berak.
aku kasik dia air masak, ok pulak.
mujur lah dia nak je minum air masak.
takla kosong sgt perut tu.



kesian sgt ngan kembong mama ni.
tu aku siap bli diapers murah sbb asyik berak je kan?
rugi diapers.. hahaha..
baju sluar smua tak pakai, siap lapik tikar getah lagi kat tempat dia tidor kut bocor nnt.
dah keluar air je pas tu.

mlm tu bawak g klinik, doc check, katanya dari susu la.
dia skang minum susu S26+susu mama.
tapi bnyknya susu formula la.
maybe dia alah laktos doc kata.
so, dia suggest stop susu S26 and bli susu yg free laktos.
bila dah brenti cirit tu, baru back tu susu S26 tu.
takpun, tukar terus susu lain.
selalunya, dia dah tak boleh dah ngan susu lama tu.
takpe, kita bli susu free laktos dlu.



doc suggest susu ni.
utk 300gm, harga rm 29.
telan ailio.
balik tu laju2 bancuh kasi dia minun.
dah lapar sgt dah sbb mlm tu langsung aku tak kasi susu.
kut dia cirit lagi, kesian.
seb baik dia tak meragam sgt.
dapat susu, laju je isap, tau2 dah habis. lapar kan?
mlm tu dia masih berak, tapi najis ada tekstur dah.
takda la kluar air lagi dah.
memula mmg akan cirit lagi, tapi akan berkurangan.
maybe sekali 2 je sementara nak biasa dgn susu ni and nak buang smua laktos yg ada sebelum ni.
aku pantau, mlm tu 3-4 kali dia minum susu, tapi takda la tiap kali dia minum dia berak.
pastu, badan tetiba panas sket.



aiyo adik..
risau mama oih..
seb baik tak tinggi demam tu, 37++ je.
tgh mlm dah sejuk dah.
maybe sebab asyik berak, letih, kurang air dlm badan, panas sket badan tu.
seb baik dia tak dehidrated.
risau gak kut kurang air ke apa sebab asyik berak je.
ada gak sekali 2, dia muntah tapi tak bnyk.
takut kena admitted je.. ehehe..
tapi kalau teruk, kena admitted, nak buat cemana kan?
asal anak sihat.

pagi esok tu, dia berak and najis dah pekat dah.
lega..
so, hantar dia ke pengasuh mcm biasa.
then, keep update ngan pengasuh tanya keadaan dia.
pengasuh kata, dia minum bnyk, berak 2 kali je.
Alhamdulillah..
lepas tu, dah makin ok, dah tak berak kerap dah.
sehari sekali je.

then, aku kena carik susu baru utk dia.
gantikan susu S26 tu.
dah ada lagi sepeket susu tu kat umah.
nnt nak jualkan jelah.
mahal oi susu skang ni.
usha2 susu apa yg nak kasik.
klau boleh nak carik yg murah sket la skang ni.
bukan nak berkira dgn anak, tapi skang ni smua barang mahal.
penat nak kira.
tapi takmo la yg murah sgt sbb dia kecik lagi.



doc suggest susu ni.
Bebelac by Dumex.
tawakal, cuba jelah..
tin kecik, berat 400gm harga RM24.
tin besar, berat 800gm, RM 44 camtu.
so, takla murah sgt nak compare ngan S26.. hehehe..
takpelah, asal awak sihat, mama ok je walau kena jimat sket.
2 hari pertama minum, dia dah kentut berak smua.
Alhamdulillah serasi.
susu ni pun senang nak dapat tak mcm S26 tu.
slalu je takda stok.
skang ni dah masuk 3 tin dia minum.
pengasuh kata, laju betul minum skang ni.
sedap kut susu ni dik?
dlu masa minum S26, dia selalu jeluak susu.
tapi sejak minum Bebelac, tak jeluak dah.
ada, tapi kurang la. klau dlu, kerap kut and sometimes bnyk.
taktau lah kut dah makin besar, makin ok kan?

hari tu aku ada agak tanya doc pasal ni.
katanya biasalah kalau budak alah laktos.
tak sesuai ngan susu.
ada yg alah susu lembu terus, lagi payah.
kena minum susu soya or susu kambing je.
seb baik Aniq tak alah laktos sampai gitu.
Alhamdulillah...
aku pun google jugak pasal ni, mcm2 yg jumpa.
thanks pada mak2 yg suka share pasal anak2 ni.
sangat berguna kan?
memula ingatkan pasal puree pear tu.
papa dia suh stop dlu bg puree.
tapi bila pikir balik, takkan bagi hari tu, hari tu jugak tindak balasnya kan?
bila dia dah ok, 2 hari pastu aku kasi balik puree pear tu.
laju je makan, kawan lapar.



happy faces..
now Aniq dah ok.
badan pun mcm dah naik sket dah.
hr tu nmpk seroh sket, cirit birit sampai 2-3 hari.
dah start mkn solid food balik dah.
bukan punca dari puree pear.
harap2 pasni adik sihat2 je yeh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...