Search This Blog

Loading...

Tuesday, April 07, 2015

Sukan PASTI Kawasan Kangar 2015

lama dah ni.
awal bulan lepas kut..
baru transfer gambar, jadi marilah kita update..

sukan ni utk Pasti kawasan Kangar je.
tak campur dengan kawasan lain.
walau kawasan kangar je, rasanya budak2 ada kut 300 org.
tu baru budak, belum mak bapak, tok nenek yg datang lagi.
memang ramai and meriah.
Amni kat Pasti Bestari Al-Islah.
situ je ada 3 cawangan.
klau tak silap kat kawasan Kangar ada 6 kut Pasti.
klau tak silap la, tak sure.

memula dapat info dari cikgu2, macam malas nak pegi.
sebab Amni baru lega selsema.
plus, buat hari sabtu, sapa nak jaga adik.
boleh je nak hantar ke tok umi, tapi pagi2 dah kena pecut sebab sukan start pkul 7.30 pagi.
diorg buat awal utk elakkan panas.
skang kan panas lit lit..
tapi tak bule kena pegi jugak sebab Amni terpilih masuk sukaneka.
so, kena pegilah..hehehe.
takpelah, bagi dia enjoy. nak bawak adik, dia pun baru baik demam and tak sampai hati kang panas.
mujur sepupu boleh tolong jaga.
suka je budak2 tu klau aku hantar Aniq.
papa hantar Aniq ke umah diorg, aku laju2 bawak Amni g sukan.
diorg buat kat padang Institut Perguruan Perlis.
aku sampai sana dekat pkul 8, pun dah ramai org.
kluar awal, tapi singgah 7e beli roti and air utk Amni.
kang tak break1st, tak larat pulak.



muka fresh pagi2.
seronok nak p sukan.
mak siap bawak kipas kut anak panas.
padahal mak yg panas berkuap.. hihi.
lepak bawah khemah dlu sementara nak mula.
pastu dengar pengumuman nak start perbarisan.
so, aku g hantar dia kat khemah Pasti dia.
cikgu2 and kawan2 smua duk berkumpul situ dah.
cikgu siap bagi diorg mkn roti and air kotak.
dah sampai situ, aku suruh Amni pegi duduk dgn kawan2.
japg ada perbarisan.
ada pertandingan, perbarisan tercantik kut.
siap ada maskot, ada banner, ada hiasan macam2.
seronok tgk budak2 smua comel2 dah.
tapi Amni takmo join.
nak duk ngan mama. aisehhhhh..
pujuk2 suh pegi join ke kawan2 pun taknak. duk berkepit kat mama jugak.
aku pas dia ke cikgu, pastu blah g duk khemah ibu bapa.
klau aku duk situ, pas sudah dia takmo join kawan2.
tinggal jelah...
tau dah, budak2 ni klau mak pak ada, lagi bnyk ragam dia.

pastu, mak g duk rilex2 kat khemah sana.
usha dari jauh je.



malas nak bangun ambik gambar beriya mcmkan ko sorang je ada anak kat situ.
mihmihmih..
ambik gambar dr khemah je lah.
diorg dah start berkumpul, utk perbarisan.
sebelum start sukan ni cikgu ada mohon sumbangan kat mak pak utk meriahkan sukan ni.
so, aku ngan husband bagilah sikit sumbangan.
ada pasti yg hias budak2 tu ikut tema.
mcm2, comel2 sgt.
Pasti Amni, cikgu belikan topi kuning.
siap ada maskot kat depan.
yg tu budak2 umo 6thn la.
yg 3 and 4 thn join perbarisan and sukaneka je.
utk game, mostly budak2 umo 5 dan 6 tahun.



aku tengok Amni dari jauh je.
nampak dia mcm dah cool down.
ok lah kut sebab dah jumpa kawan2 kan?
tengok la, Pasti dia paling hujung and paling ramai.
3 cawangan kan?
Pasti lain sket je.
cikgu2 pun ramai.
lawak kut tgk cikgu2 duk kejar budak2 yg duk berlari rata.
mana nak duk diamnya kan?
masa perbarisan tu, diorg kena nyanyi lagu Pasti.
beriya je smua menyanyi...
comel!

kat bawah khemah tu aku duk kat row depan, so nampak la Amni.
skali, dia pusing2, nampak mama!
dan2 tu menangis.
hahahaha.
padahal sebelum tu duk main2 dgn kawan dah.
memang nampak duk panggil mama mama mamaaaaaaaaa..
tapi aku buat dek je, tak tgk dia pun.
bajet, kalau aku layan kang dia lagi menangis.

dah habis, cikgu bawak ke khemah semula.
aku tak pegi pun kat Amni.
biar je dia ngan kawan2 dlu.
pastu bila ada pengumuman nak start sukaneka utk 4 thn, baru aku gerak.
nak tgk Amni main.
dia masuk sukaneka baling bungkus kacang dlm baldi tu..

so, mak pegilah intai2 anak..
apa khabar la dia...

skali..


duk menangis engkauuuuuuuuuu..
hahahha.
tu nampak ada sapa ntah duk pujuk dia.
haishhhh..
dia ni bab menangis jgn heran.
takda punca pun bule nangis sampai setengah jam.
letih dah nak layan.



kejap nangis kejap benti.
kawan sebelah dia pun tumpang nangis skali.
sabar jelah Amni oiii..

bila dia pusing, nampak mama, laju2 lari peluk mama.
siap nangis2 sambil mama mama maaaamaaaaaaaaaaaa..
mcm lama tak jumpa.
rupanya kawan sedih ingatkan mama tinggal dia.
sambil nangis sambil cakap "Amni nak p kat mama".
"mama tinggal Amni".
adehhh..
sedih plak aku. rasa bersalah plak tinggal dia tadi.
ingatkan dah jumpa kawan ok, rupanya duk nangis je sepanjang aku tinggal dia.
sory dear...
mama nak awak hepy, rupanya salah.
hahahaha..
cikgu kata dia nangis, dah pujuk tak jalan.
so cikgu tukar dia ngan org lain utk sukaneka.
alaaaaaaaaaaa.. rugilaaaaa.
takpelah, 1st time kan?
dia mmg gini, klau org ramai sket, mula la gelabah.
cerita ke papa, gelak je kawan tu dengar perangai anak dara dia.



tengok la mata..
sembab sebab duk nangis..
hai la kakak, bila awak nak benti nangis ni?
skang ni menangis tu hobi dia tau?
silap sket, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
penat oih.

dah tak join sukaneka, aku g lepak tgk budak2 main bola sepak.
ada opismate anak dia join bola sepak utk 5 thn.
ammar, kawan Amni jugak.
tgk diorg main bola sepak, kami kat tepi padang keras perut duk gelak.
lawak oih.
main sepakkkkkkkkkkkkkk je.
ntah mana2 pegi. siap masuk padang sebelah lagi padahal ref dah tiup wisel bola keluar.
hahahaha.
yg sepak angin, yg terguling, yg tercabut kasut.
cikgu pun sama naik ngan budak2.
yg masuk dlm gol pun ada.
sebab diorg main sepak je, tak tau mana 1 gol dah.
sabar jelah.

dah pkul 11 lebih, aku lambung  balik.
tak tunggu jamuan tghr dah sebab nak kena ambik Aniq.
sepupu aku nak g knuri pulak.
kang diorg lambat.
beli nasi, ambik Aniq, balik umah..



petang, dah jadi gini dah kakak.
letih sgt mcm kan dia main sama.
padahal letih menangis je.
anak oh anak..

papa balik keja, beriya crita Amni pegi sukan.
papa tanya, Amni main sukan apa?
diam tak jawab.
hahahahah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...