Dah lama niat nak letak meja makan kecik kat dapur.
sebab dapur aku luas.
setakat letak meja utk 4 org tu, tak menyempitkan dapur pun.
ewahh, kau..
meja yg sedia ada tu, besar.
aku rapatkan ke dinding.
kalau letak kat tengah, haa, makan ruang.
lagipun mcm tak sesuai nak letak meja besarkat tengah2 dapur.
meja kecik, sokay..
masuk 2,3 kedai gak cari meja kecik comey tu.
nak yg kecik, utk 4 org, comey, lawa, cun, murah.
bhahaha..
nak murah je kan?
klau boleh nak yg moden sket design tu.
angan2 la kannnnnnnnnnn..
nak mcm ni..
design moden and krusi tu best.
tapi mahallllll. so cancel lahhh.
lagipun meja tu kaca.
mcm tak sesuai sebab ada budak kan?
jumpa yg mcm ni.
cuma kerusi tu kecik sket and ada 4 ketul.
meja tinggi, permukaan kayu.
mmg lawa ah..
tgk harga, rm700..
telan ailio... seret kaki balik rumah.
2,3 kedai gak aku pegi.
kalau pegi carik kat belah alor setar sana, mesti bnyk design.
kat perlis, tak best sgt.
tapi kang nak hantar jauh, dah 1 hal nak kena bayar caj penghantaran pulak.
so, kita ikut kemampuan dan keadaan jelah ye..
tadaaaaa.
dpt yg ni pun syukur lah.
sebijik sejibon ngan meja kat ruang makan.
cumanya kat sana 6 kerusi, yg ni 4 kerusi.
jarak dr meja ke kabinet dapur tu dlm 2 kaki.
masih selesa bergerak.
dari pintu dapur pun luas lagi.
tak mkn ruang sgt pun.
aku letak tengah2 dapur, betul2 bawah kipas.
meja besar yg lama tu aku ubah keluar.
buat masa ni takda tempat lagi meja tu.
merempat dlu kat luar.
hahaha..
habis madu sepah dibuang.
bila ada meja mcm ni, tak bnyk yg akan di lungguk atas meja.
sebab meja ni kecik.
lagipun skang ni aku dah kemas2 kabinet dapur smua.
mana yg tak perlu, aku buang je.
later aku share pasal kc.
pastu skang ni kami suka mkn kat dapur je.
klau tv ada crita best, baru berkelah depan tv.
kalau tak, lepak dapur je.
kalau ada tv kat dapur kan best... waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..
meja mkn kat ruang mkn, ditinggal sepi.
hehehe..
amni pun skang ni suka nak mkn kat dapur.
bila aku duk buat keja kat dapur, dia pun nak duk dapur.
nak makan ka dapur, nak main kat dapur.
nak duk kat meja tu lah..
senang nak tengok kan?
sekarang ni aku puas hati dengan keadaan dapur aku.
ada la sket2 nak buat, susun atur segala tu.
nak letak hiasan sket, tapi tak terlaksana lagi.
sebab perlu bantuan suami utk tebuk2 dinding smua.
later kita gosok2 sket incik suami..
mihmihmih..
so, part dapur almost complete.
dari segi perabot la.
ikut kemampuan...
klau ikut apa yg nak, bnyk kehendak la.
barang elektrik, mcm 2 ada dlm wishlist.
slow2 kita menabung eh?
No comments:
Post a Comment