Thursday, May 14, 2015

Harum manis.. mangga Perlis

rasanya semua org tau kut pasal mangga Perlis ni..
harum manis..
sebab kat Perlis je ada.
negeri lain takdeeeeeeeee..
setahun sekali je berbuah.
around may - jun je ada.

buah ni kat negeri lain tak menjadi..
sebab cuaca kat Perlis ni lain sket.
dia punya panas tu hoiiiih, membahang.
dan harum manis perlu cuaca yg sebegitu.
dan ada cara penjagaan pokoknya.
ada je yg tanam and tak jaga betul2.
silap2 boleh mampos pokok tu.
kena jaga betul2, buah2 smua kena balut, baru dapat buah yg harum dan manissssssssssssssss..

lagi 1, buah ni mahal ok.
rate tahun ni around rm20-rm25 sekg.
rm20 tu susah sket la nak jumpa.. hahahah
dulu2 boleh gak dapat rm 18 sekg.
now sorry, takdeeee.
but now, dah masuk pertengahan bulan ni, tak jumpa dah la rm20 sekg tu.
busuk2 rm25 sekg.
klau beli bnyk, maybe bule dapat murah.
kalau takat sekg, soryy.
lagipun beli sekg je, buat lekat celah gg.
sekilo baru 3 bij, tak puas makan weh.
busuk2 beli jelah 3 kilo.

aku ni tak la minat sangat nak mkn.
sekadar nak membeli nak merasa je.
lagipun pak mentua ada gak 2-3 pokok harum manis.
so, kita tunggu buah free jelah yeee.
hahahaha.
mahal weh nak beli.




2 minggu lepas beli 3kg dari kawan aku.
abang aku nak and nak kirim ke dia.
tapi hujung2 dia tak leh g ambik pulak sebab nak kirim ke pengasuh Aniq.
dia nak ke KL so, kirim ke dia.
klau nak pos, mahei sebab berat kot.
dah dia tak jadi ambik, aku sebat la.
3kg ada 8 biji mempelam.
kasik mak aku sikit.
makan dengan pulut, fuhhhhhh, lazat oi.

aku nasihatkan kat org2 luar perlis, kalau nak beli tanya dulu yeh.
ahahaha.
bukan, sebab ramai yg tertipu.
better beli kat jabatan pertanian kat bukit bintang sana.
tapi stok terhad la
kena cepat.
kalau beli kat sana, buah adalah dijamin elok, manis dan harga berpatutan.
nama pun jabatan pertanian, haruslah diorg jaga kualiti kan?
kalau korang beli kat tepi2 jalan tu, kat tepi2 highway tu, tak dijamin la kemanisan buah tu.
boleh je nak beli, tapi takleh nak expect lebih2.
harga pun boleh jadi dabel ok!
boeh cecah sekg rm50 tau.
nak makan punya pasal, ada je yg beli.
kalau dapat yg manis elok, ok la.
ada yg dapat tawar je.
kesian.. tak baik tau peniaga tu buat camtu.
aku pun penah kena, beriya je cerita pokok dia elok la jaga elok bagai.
skali balik kupas, tawarrrrrrrrrrrrrrrr..
telan jugaklah dah beli.

kalau pokok2 under pertanian, insyallah, elok je isinya.
diorg pun tak cukup stok, then ada jugak org2 persendirian yg tanam mempelam ni tapi under jabatan pertanian.
yg mcm tu sokay, boleh beli.
sebab jabatan pertanian pun akan turut sama jaga.
nak maintain kualiti.
macam yg aku beli tu la.
so, kat kotak dia tulis siap2 bila boleh buka kotak.
klau nak buah yg boleh mkn segera kena bgtau.
kalau tak, dia kasik buah yg belum masak, kena peram dulu.



siap ada label pada buah.
bayangkan kalau ada beribu buah, semua ada label.
sebab diorg mmg check setiap 1 utk jaga kualiti.
kalau beli kat tepi2 jalan tu, takda la mcm ni.
ada je yg elok, yg manis, tapi tak bnyk.
manis tapi tak cukup manisssssssss..
pokok mempelam harum manis ni kena jaga betul2.
sebab buah manis, pokok2 tu smua klau tak jaga, boleh mati, reput mcm tu je.
tak jaga pokok dgn betul, buah pun so so je lah..


yummehhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
kupas buat buka puasa, makan dengan pulut and santan.
heaven oiiii..
Amni yg tak pernah mkn mempelam, tetiba haritu makan habis sebelah.
sedap katanya.
jeles kut tgk adik kemain duk  menghisap, dia pun nak rasa.
sekali rasa, eh sedappp.
pastu minta lagi.
dulu jangan harap dia nak makan buah2 ni smua.
dia layan buah doyan jeee.

mahap ye, kut ada yg terliur.
hahahahhah.

skang ni ada lagi buah tu.
kalau ada yg nak merasa, silalah..
sedap!
setahun sekali je berbuah.
seminggu 2 lagi habislah.
ni esok lusa keputeraan raja perlis.
harga boleh jadi dabel triple dah sebab ramai org dtg kan?
hati2 ye kepada yg nak membeli.
aku dah bg guide tu..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...