Monday, June 08, 2015

Menunggumu di pintu syurga by Linda Rafar



siapa dah baca buku ni?
nukilan Linda Rafar..

kisah anak dia yg kena kanser.
semasa hayatnya, berjuang utk sembuh dan akhirnya kembali bertemu penciptaNya..

sedih.
hati mak kan?
baca nukilan mcm ni, memang menyentuh hati.
aku pun pernah alami perasaan itu.
cuma caranya berbeza.

1 Jun lepas dah cukup 5 tahun pemergian abang Amni.
al-fatihah utk anak syurga itu.

buka saja2 dia menulis.
ramai lagi kat luar sana yg kehilangan anak.
dia cuma mahu berkongsi rasa kerna tak semua org mampu berkongsi rasa itu.
betul.
ada yg lagi menderita dari ni kan?

turut ada dlm ni, kisah2 dari org2 yg pernah mengenali allayarham memen.
menceritakan kebaikan anak syurga itu.
kisah2 anak itu yg kental hatinya walau baru berusia 12 tahun.



lepas baca buku ni, ada sedikit kekesalan dlm diri aku.
tengok kepada ayat kat depan buku tu..

sayangilah anak kita semampu kita, 
kerana kita tidak tahu,
siapa yg akan pergi dahulu,
kita ataupun mereka...

Allahu..
bukanlah  bermakna aku tak sayang anak2 aku.
giler tak sayang..
cumanya kadang2 aku agak keras dgn Amni.
dia makin besar kan?
bukan sebab marah, benci atau apa2.
cuma nak mengajar dia menjadi lebih baik, menjadi lebih berdikari, jadi lebih kuat.
semua ibu bapa nak yg terbaik utk anak kan?
sekarang aku cuba lembut sket dgn dia. eheheh..
garang dan tegas tu kena ada kan?
tak boleh manjakan sgt anak..
bila baca buku ni, aku takut sangat.
apa yg anak minta, kalau aku mampu, kena dengan situasi aku cuba tunaikan.
sebab aku takut itu akan jadi permintaan terakhirnya..
yg mungkin aku tak tunaikan.
tak mampu nak  bayangkan..
takut aku akan diburu kekesalan bila mereka tiada.
Allah....
Amni kalau nak tidor, dia suka gosok lengan aku.
kadang2 aku tak kasik sebab geli.
kadang2 aku tak layan sebab sibuk tgk hp.
now, semua tu aku ubah.
aku peluk je dia, biar je dia gosok lengan sasa mak ni.
geli pun aku tahan.
aku takut, lepas ni semua tu dah tak ada.
-sebak-..
tak mampu nak bayangkan..
baru ni kan dia kena demam campak.
tengok dia menangis sakit, runtuh jiwa mama.
dia menangis, aku pun menangis..
baru demam je kan?

bertekad utk tidak buang masa dengan mengabaikan anak2.
berusaha utk jadi yg terbaik utk mereka.
moga Allah memberkati kami.
Amin.


al-fatihah utk allahyarham Memen dan Muhammad Aqil.
damailah kamu dia syurgaNya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...