minggu lepas agak bizis, tak sempat buat entry.
minggu ni tak tau..
mungkin sama atau lebih..
sebab?
Amni kena demam campak!!!
Allah....
sayu hati mak ni...
start hari jumaat lepas.
mlm tu badan dia panas.
bajet nak demam la kut
seminggu sebelum tu pun mcm tu jugak.
mlm je panas.
pernah sampai 38.9c.
laju2 bagi ubat demam, bagi mandi bnyk2, basah rambut smua and tempek coolfever.
esok tu dah kebah.
Alhamdulillah.
yg terbaru ni tak tinggi pun panas dia.
37c je.
bgn pagi, masa mandi papa notice something kat badan dia.
nampak ada bintik2 merah.
berterabur kat badan and bnyk jugak.
papa kata maybe campak.
mama wat lek wat pis.
bajet takda apa2, maybe kena gigit nyamuk atau ruam.
tapi papa kata bnyk, takkan nyamuk gigit lompat sana sini.
kat belakang, kat tgn, kat leher, kat perut, kat paha..
ermmm..
kalau ruam takkan kat perut?
so, mama dah tak leh wat lek wat pis dah.
diskus laki bini, Amni tak g skolah hari tu.
kalau betul demam campak naya je kan?
papa off day hari tu, so papa jaga, mama g keja dulu.
sehari tu dia ok je, takda demam apa.
mlm tu pun sama.
cumanya binik2 merah tu makin terang.
pagi sabtu, makin bnyk.
mama cemas!
dah la hari tu 1st class utk sem Mei ni.
oh, dah start kelas balik dah selepas setahun extend..
kekeke..
tgk dia ok, so pegi jelah kelas.
tinggal anak2 dengan tok umi kejap.
kelas 2 jam je pun.
habis kelas terus balik tak g menana.
dlm kepala duk ingat Amni je.
tok umi masakkan sup ayam kampung utk kakak.
petang tu, nampak la keluar lagi bnyk bintik2 merah.
mlm tu dia dah tak lena tidor.
asyik terjaga.
kesian sgt.
ahad, dah penuh 1 badan.
aku tgk pun terkejut.
banyak!
merah2 and dah bintik2 tu dah start menggelembung.
besar bule tahan.
kat muka bnyk, kepala, leher, perut, dada, ketiak, celah2 peha, tangan.
pendek kata, penuh 1 badan!
yg merah2, yg kecik yg besar yg dah jadi kelopak air.
kat kaki, tapak kaki, tapak tgn.
dia sendri menangis tgk.
perasaan mak ni.... tak tau nak describe.
seharian dia asyik nangis.
badan pun panas jugak.
ni 1st time dia kena demam campak.
baring je, tak buat apa pun.
kadang2 terlelap kejap.
nak bgn jalan dia kata sakit sebab ada kat tapak kaki.
nak mkn, nak pegang apa2, dia kata sakit sebab ada kat tapak tgn.
nak mandi, nak kencing, menangis2 sakit sebab ada kat celah2 paha.
mandi, dia kata pedih, sakit.
nak lap air pun dia kata sakitttttttt..
anak menangis, mak pun sama menangis.
mula2 aku tahan, tapi tgk dia menangis bgtau sakit, menitik juga air mata.
sebab dia tak pernah sakit sebelum ni.
takat demam sikit, jatuh, luka sikit2 je.
bila kena mcm ni, mmg menduga hati mak ni.
bila buka baju dia tgk badan dia, siap cakap sambil menangis.
" banyaknya bintik2 kat badan kakak" (terkejut) .. then, menangis.
" pedih mama bintik2 ni".. then menangis.
" mama, badan kakak sakit".. then menangis..
" mama, bila kakak nak lega?".. dengar ayat ni, mama pun menangis.
Allah..
sungguh aku tak kuat bila dia asyik merintih sakit and menangis seharian.
tak gamak tgk keadaan dia.
dia bgtau sakit, aku pun tak tau nak calmkan dia cemana.
sebab dia tak kasik aku pegang dia.
nak pegang kat mana pun tak tau sebab dah penuh 1 badan.
nak dukung dia pun dia tak bagi sebab ada kat ketiak and sakit bila pegang nak dukung.
jalan la jugak terhincut2.
pastu asyik panggil papa bila dia sakit.
dia kan close dgn papa dia.
papa keja sampai mlm.
siap suruh mama call papa suruh balik cepat.
cakap dgn papa sambil menangis.
tunggu papa sampai tertidur.
kesian sgt.
nmpk sayu je muka sebab asyik menangis.
makan minum pun sikit je sebab selera tak berapa ada.
apa dia nak, mama ikut je janji dia makan walau sikit.
air mata tu asyik la keluar.
cakap sikit, nangis.
bila dia tgk badan dia, menitik la air mata dia.
aku yg duk tgk dia ni, duk tahan je air mata.
last2 tak tahan, keluar jugak.
tenangkan dia, menangis sama naik dgn dia.
mak mana yg blh tahan bila anak sakit kan?
anak demam sikit, batuk sikit pun dah risau.
kena pulak duk bgtau sakit sakit..
rasa tak tentu arah, tak tau nak buat cemana nak redakan kesakitan dia.
tiup la, kipas la, mcm2 aku buat nak tenangkan dia.
mak pusing belakang, lap air mata...
huhu...
dia kan suka bercakap.
macam2 nak tanya nak cakap.
petah sgt.
bila dia tak sihat, tak cakap bnyk, sunyi je rasa.
cakap sikit2 je sebab tak larat.
asyik menangis bgtau sakit.
lap air mata lagi...
tak sanggup!
tak mampu tgk anak duk merintih sakit.
walau baru kena demam campak.
cemana kalau sakit lain yg lebih serius?
nauzubilllahiminzalik.
hari2 aku doa moga Tuhan bagi anak2 aku kesihatan yg baik.
tu yg paling aku takut.
nak anak2 aku sihat2 je takda apa2.
aku tak cukup kuat utk terima ujian begini.
betapa tabahnya hati ibu2 kat luar sana yg diuji dgn anak2 tidak sihat.
moga kalian terus tabah.
betapa besarnya pahala utk korang.
hari ni Amni duduk dgn tok umi.
moga dia ok.
esok lusa mama cuti jaga dia pulak.
pastu papa pulak cuti.
doa mama semoga dia cepat sembuh.
tak sanggup duk tgk dia menangis2 bgtau sakit.
kalau blh dipindahkan sakit tu....
dah lama mama buat demi kakak.
datang keja pun hati tak tenang teringatkan dia.
tapi pagi td nmpk dia ok je.
harap dia makin ok.
takut dia meragam jelah bila badan tak sihat ni.
nak mama ke nak papa ke..
jenuh la tok melayan.
seb baik la cuti skolah, adik2 aku ada blh layan dia.
kat skolah dia, 6 org termasuk dia kena demam campak.
musim kut skang ni.
berjangkit semua.
moga kakak cepat sembuh..
mama nak kakak aktif mcm selalu.
cakap bnyk mcm selalu.
biarlah bising pun daripada kakak menangis sakit.
Amin!
later aku share petua2 berkaitan demam campak ni pulak.
Anak-anak sue belum kene campak lagi. Risau jugak sebab tak tau macam mana nak jaga kalau kene.
ReplyDeletemasa mula2 kena la sebab diorg akan demam and rasa sakit badan. klau anak kecik, for sure merengek, menangis all the time. mak kena bnyk sabar... ehehe..
Deletecampak smua dah keluar, ok dah. kena jaga jgn biar diorg kopek bekas campak tu nnt jadi parut. makan pun kena jaga. and jaga supaya tak berjangkit dgn yg lain.