Tuesday, July 21, 2015

Back to work bebeh...

puasa dah habis, dah raya..
hari ni dah 5 syawal..
dah start keja.
aku cuti hari isnin je.
a day before raya, khamis tu tak cuti pun.
lagipun tau dah akan dapay half day, pkul 1 dah bule balik.
takda mende sgt nak buat kat umah, so keja jelah..
balik awal tu sempat la g shopping last minit.
takda beli menda pun.
g cari baju utk ayah (pak mentua).
memang dah niat thn ni nak belikan mentua baju raya.
utk mama (mak mentua) dah belikan dia sepasang baju kurung.
tanya dia hari tu dia kata tak beli apa2 pun..
dah tak minat nak beli katanya bila dah tua2 ni.
tak sampai hati pulak menantu ni dengar.
lagipun mmg dah niat nak beli kan?
dia dah beli ke belum, so belikan jelah.
dah setel utk mama, cari utk ayah pulak.
cadang nak cari sedondon tapi susah la hai sebab ayah besar.
dah dapat kaler seakan2, tak muat pulak.
gigih la menantu ni cari.
dapat jugak a day before raya tu kat kedai yg selalu aku beli tudung.
saja singgah nak beli stokin and tudung utk mak aku.
sebab lupa umi belum beli tudung.
kebetulan ada sehelai baju melayu yg big size tapi kaler hijau.
hantam sajalah, janji ada.
seb baik muat.. hehe..
dan dia suka kaler hijau lumut tu.. Alhamdulillah..
so, setel dah part tu.
walau baju2 yg aku beli tu murah2 je tapi niat nak bagi diorg and tgk diorg hepy je.
siap pakai on 1st raya.
kembang kuncup menantu hantu ni. hahahaha
utk umi aku belikan jubah.
utk abah, aku bg duit raya thn ni.
sengih je dia.
nilai tak penting, yg penting nak gembirakan hati diorg.
mcm mentua aku diorg mampu je nak beli sendri.
duit pencen ribu2 kut... tapi bila anak2 yg belikan, lain feelnya.
gitewwwwwwwww...
sementara diorg ada, marilah kita gembirakan diorg kan?


petang sebelum raya tu papa pun ada, so boleh setel apa yg patut..
belikan apa yg tak cukup lagi utk mama ayah.
ayah masak nasi beriani+kambing, ayam masak  merah, daging ros and dalca utk 1st raya.
then dia suh belikan kuah laksa kat kuala perlis tu skali.
ptg tu bwk semua ronda2 kuala perlis.
dah setel, laju2 balik rumah mak aku utk berbuka puasa.
tiap2 thn mcm tu.
mlm raya kat umah mak bapak aku, pagi raya kat umah mak bapak suami pulak.
ada sapa ntah share kat FB, 1st raya kena raya kat umah belah suami dulu.
sebab suami nak salam mak bapak dia dulu.
lagipun syurga suami kat mak dia, syurga isteri kat suami dia.
kami mmg gitu sejak kawen.
lagipun belah suami cuma 2 beradik, sian jugak kat mentua aku.
so, pagi raya ramai2 kat sana dlu, pastu baru sebelah mak bapak aku pulak.
dekat je, takda hal la..
yg jauh2 tu kena pepandai edjas lah yeee..



belanja sikit gambar raya sedondon kami.
tema terkois thn ni.
kain kak ipar aku yg belikan ni..
sama semua.. biruuuuu je.
1st raya utk Aniq..
omey2 je pakai baju melayu johor.
rambut raya tuuuuuuu..
kakak pun kemain kasut raya and beg raya kaler merah ang2.
dia yg pilih, lantok le..
papa berspek mata baru raya ni.
spek mata patah sebelum buka puasa hari rabu tu.
memang bala sangat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
dia tu silau tinggi, power pun tinggi.
memang kena ada la.
aku ni ok lagi, tak la tinggi sangat power tu.
seb baik sempat jugak siap hari khamis tu.
kalau tak, sapa nak drive utk kak yah raya nnt kan?
hahahaha.
penangan tak pakai spek hari khamis and tdor lewat mlm raya, hari raya tu dia sakit kepala teruk.
petang raya tidor je.. haishhhh.
maka berayalah aku ngan anak2 je..
pon boleyyyy..

ni je gambar raya ber 4 yg ada.
sabar jelahhhh..
hahaha..
gambar2 lain harap selamat sebab skang ni handpon kak yah piap.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
masuk air semlm oi..
harap2 esok sihat la dia.

later, kita sambung citer pasal raya eh.
lepas dah transfer gambar.
ni ambik balik dari fb je..





cik kuntum yg beraya sakan.
petang raya dah habis bateri.
hahahahaha..
pkul 7 mlm ni, tau2 senyap je.
rupanya dah terleleh..
letih sgt la tu.
sronok raya katanya..


raya korang camna?
best ke?
share la...


2 comments:

  1. sian anak penat beraya..selamat bekerja ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan penat beraya... penat main. sronok berlari main ngan kazens. basah lencun baju..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...