Tuesday, July 14, 2015

Nak raya dah..

dah siap ke persiapan raya korang?
baju smua dah setel?
dah basuh, dah gosok..
kuih raya yg di order smua dah sampai ke?
yg buat kuih tu smua dah setel ke?
ke masih menggentel lagi..
rumah smua dah kemas?
dah lap2, dah tukar baru..
dah plan nak masak apa pagi raya nnt?
yg penting, nak raya kat mana?
hehehe..
tahun ni turn rumah sapa?
jangan gaduh2 naaaaa..

weolls takda hal..
umah mentua ngan umah aku kentut pun dengar.
hahaha.
sebelah rumah je.
umah mak aku 20km je dr rumah aku..
sejak kawen, mlm raya kat umah mak aku.
berbuka kat sana.
pagi raya kat umah mentua.
pastu baru rumah mak aku.
dekat je, blh balik hari.. takda hal la..
sebab laki aku slalu kena keja hari raya.
dah 5 thn kawen ni, takda nak rasa tak syok ke apa.
dah kena keja, redho jelah..
pernah jugak dia cuti raya pertama mcm thn lepas.
masih mcm tu jugak, pagi raya kat umah ayah.
tghr, baru blk umah mak bapak aku pulak.
pastu membawak ke raya ke 2 ke 3 kat sana.
hahahahahahaha.

yg cuti lama slalunya aku sorang je.
laki aku sehari 2 je pun.
masa dia ada, pergila beraya umah sedara smua tu.
masa dia keja, aku pegi ngan family aku.
takda hal la..
kadang2 laki takda ok jugak.
sebab kita pompuan ni klau bule berjumpa kwn2 lama or sedara mara yg lama tak jumpa, nak sembang, gelak2, merapu bagai kan?
depa yg laki duk boring tunggu.
ada laki kang takleh nak gosip lebih2, nnt kena jeling.
hahahaha.
klau ada laki, diorg yg drive.. hahaha..
mana2 pun ok je aku..

thn ni mcm biasa, persiapan ala kadar.
baju anak2 dah setel smua.
dah basuh, tinggal nak gosok je. 
adik pun ada baju melayu.
tok umi jahitkan baju melayu johor.
tak sabar nak tgk adik, mesti ensem..
thn ni beraya berempat..
taktaulah cemana nnt nak handle dak kembong tu.
lasak ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn..
baju kurung kakak tok umi jahitkan.
2 pasang baju kurung, 2 pasang jubah.
kemain awak eh.
menggedik tak ingat tu, tak sabar nak raya.
baju mak bapak kita hantar tailor.
baju tok umi pun hantar ke tailor jugak.
tok umi malas nak jahit.
lagipun umah mak bapak aku tgh renovate, huru hara rumah.
nak mengemas nak menjahit, tak sempat.
ni pun baru siap umah, kemas pun tak setel lagi.
gasak la...
janji dlm rumah ok, luar nnt pas raya baru setel.
bnyk kut, kayu2 smua tu..

thn ni kemain kak yah buat kuih raya..
hahahaha.
gigih la buat kuih sambil bergadoh ngan anak2.
kakak sebok nak menolong.
bagus tu bagus dah, tapi bukan tolong sgt pun.
tolong sepah lagi ada.
der sangat.
adik cam biasa laaaaaa.
mana bule takda mama..
nak berkepit ja... sabar jelah.
huha huha tum dapat la 3 jenis kuih dah.
buat masa anak2 tidor. pkul 2 pagi baru mama tdor.
waaaaa.
takpe2.. bukan selalu..
buat kuih mudah2 je pon.
tak kuasa smua nak beli, mahal nau.
mencik.
beli sejenis 2 je..
later kak yah share kuih raya tu  smua ehh.
skang ni mood kelaut dah.
pikir nak raya je.
walaupun masih keja.. agagaga..

korang cuti lama ke?
aku tak cuti pun sebelum raya.
malas.
hari kamis mesti dpt balik awal.
semua konpiden je ni..
klau tak dapat blk awal, mau ada yg menangis bawah meja. haha
pas raya, cuti hari isnin je.. selasa keja.
simpan cuti.
pasni nak cuti bnyk lagi nu...
mcm2 hal lagi nak setel.




wish sesiap la..
pasni malas dah nak update.
hehehhe..


Selamat Hari Raya Aidilfitri utk semua.
mohon ampun dan maaf seandainya ada coretan2 aku ni mengguriskan hati korang tanpa sedar.
kosong kosong ehh..

yg beraya di kedah perlis ni, meh la beraya umah kak yah..
ehek ehek..

2 comments:

  1. alahai..sukanya si kecik tu dapat main bunga api.
    kita suami orang perak, kite Terengganu.. alahaiiiiiii..penat sangat balik 2 buah kampong ni..
    kan best kalau semua dekat-dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. jodoh kan? tapi at least dapat rasa kemeriahan kat tempat org. mcm kami ni, sama jelah.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...