Search This Blog

Loading...

Tuesday, August 25, 2015

Pasal keloid lagi

sekarang ni keloid aku tu sakit lah sangat.
ada masa kadang2 je sakitnya.
ada masa hari2 sakit.
ada masa sakitnya sikit je, tak kuat.
ada masa sakitnya lamaaaa dan kuat.
berulang2.
sakit sangat.
stress ok!

minggu lepas mcm tak berapa nak tahan.
sebab bila sakit, habis sebelah belakang tu sakit.
mcm bisa.
macam mana eh nak gambarkan..
ok, ko ada luka yg fresh, mcm terkena pisau ke apa kan?
luka tu terbelah nmpk isi dlm tu..
pastu kena simbah air tiba2.
sakit gila kan?
ngilu je rasa.
haaaa, mcm tu la lebih kurang sakitnya.

mlm tu rasa sakit sangat.
hari selasa.
esok pagi bgn tdor pun sama.
decide nak g klinik lah check.
tapi takmo dah g klinik yg aku g dlu tu.
yg kena cucuk tu.
sakit gila kut.
g klinik panel yg biasa aku pegi.

bila doc tu tgk, dia kata mcm kena infection.
nmpk mcm bengkak sket and merah2.
mcm kena jangkitan kuman.
katanya maybe ada luka sket, then kena jangkitan kat tempat luka tu.
sebab tu sakit.
dia tekan2 sket and sakit la hai.
luka tu maybe datang tanpa sedar.
mcm ko garu2 ke, kena apa2 ke.
pastu luka, terbuka sket kat keloid tu.
then kena infection.
gitu la yg doc tu terangkan pada aku.



so, dia kasik ubat tahan sakit, ubat bengkak, antibiotik and ubat sapu.
katanya, takda la hilang terus sakit tu, tapi boleh la membantu.
semua aku mkn kecuali ubat tahan sakit.
saja taknak amal sgt ubat tahan sakit ni.
aku mkn antibiotik and ubat bengkak tu pun dah kurang sakitnya.
pastu guna ubat sapu tu skali.

pastu ada la sembang2 dgn doc tu.
sebab dah biasa dgn dia, so boleh la borak2 santai sket.
aku tanya camna kalau nak buang benda alah ni.
memangla tak nampak, sakit pun takda la mcm sakit nak beranak.
tapi kalau dah selalu, dah lama duk tahan, ngilu jugak oi.
mengganggu hari2 ku.. ecewah.
dia kata boleh.
1st is kos.. waaaaaaaaaaaaaaaa..
menangis dengar bab duit ni.
mahal sebab ianya dikira under plastic surgery.
walau bukan utk kecantikan tapi begitulah kisahnya.
then, insurans tak cover kalau operate under beauty.
waaaaaa lagi.
klau buat surgery, renyah nak menjaga.
nak buat pun sama dia kata sebab kena teliti.
sehalus2 jarum sebab taknak tinggal parut.
utk buang tu kena buang lagi besar dr keloid.
contoh keloid ko panjang 2cm.
kena buang dlm 2.5cm mcm tu.
sebab nak buang skali akar2 yg ada sekeliling dia.
so, bekas akan jadi lagi besar la.
takpelah yg tu kan sebab tak nampak pun.
2nd choice is teknik laser.
mudah sket katanya.
tapi ada percent utk naik balik.
pulak dah..
sebab laser tu cuma kat bahagian keloid semata.
tapi teknik ni lagi mahallllllllllllllllllll...
phewwww..

aku crita dgn dia aku pernah ambik suntikan dulu.
utk surutkan keloid tu.
tapi sekali pegi jelah sebab sakit ya Allah!
dia kata cucuk tu sebenarnya tak membantu sangat.
wahahaha.. sabar jelah.
menangis2 aku kena cucuk tu.
kena sampai rm100++ oii..
blh baca kisah tragis g cucuk tu kat sini.
memang tak la aku nak g cucuk lagi.
sakit gila!

tak perasan pun kat entry tu ada 7 komen.
smua tanya and crita pasal keloid.
ingatkan aku sorang je yg menderita sakit ni.
ehehe..
ramai lagi eh?
doc kata boleh je g GH..
buat check up kat sana then boleh buat treatment.
cumanya nak menunggu tu, penat sket la.
bukan kes emergency pun kan?
tapi kalau lepas ni masih sakit lagi, maybe aku gigihkan diri pegi GH la kut.
takpelah tunggu sebulan 2, asal ada rawatan utk kurangkan sakit ni.
kenot tahan wohh..

now, keloid yg kat bahu, kat dada pun sakit.
takda tekanan apa pun, tapi sakit jugak.
apa cerr?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...