Search This Blog

Loading...

Thursday, September 10, 2015

DIY Tabung

sekarang ni, tengah semangat menabung.
harap2 tak hangat2 taik ayam la.
sejak aku peknen tahun lepas aku mula menabung.
2 tabung dah penuh.
1 tabung duit syiling je.
dah penuh yg tu buat tabung baru.
pun dah penuh.
yg tu aku cuba nak konsisten.
sehari aku masukkan singgit.
pastu duit syiling lebih2 smua aku masuk tabung.
kadang2 aku masukkan je notes rm10 or rm5.
tapi jarang laaa.
hahaha.
now dah penuh.
berat gak sebab duit syiling and duit kertas.



ni tabung tersebut.
tak besar sgt tabung ni.
aku DIY je tabung ni.
guna tin susu SD11.
ada bnyk kat rumah, marilah kita guna.
nak beli pun membazir je, baik masuk duit tu dalam tabung kan?
skang dah penuh.
suka suka sukaaaa..
tu tgk aku siap label nama tabung.
tabung horey2...
hahahaha..

tu nampak epal merah kat belakang tu?
tu tabung dr kelab opis ni ha.
yg tu aku simpan duit hijau masa bulan puasa.
boleh baca entry pasal tu kat sini.
berkesan ok!

dah penuh tabung tu, jom kita buat tabung baru.
DIY dan free tak payah kluar duit sesen pun.
guna je apa ada.



kali ni aku pakai tin besar sket.
sebab impian lagi besar.
hahahaha.
tak salah berangan kannnnnnnnnnn?
tin susu Bebelac ni besar sket dr yg dulu.
berat susu 800gm.
dah basuh bersih2 dah.



tebuk tudung utk buat lubang nak masuk duit.
jgn besar sgt, jgn kecik sgt.
kang susah nak masuk duit.
pastu aku guna selotep kat tudung tu nak bg kejap sket.
susah nak buka sket la kan?

pastu jom balut.
tak lawa la klau duk nampak tin Bebelac tu kannnn?
tabung dlu aku guna kertas putih je.
guna kertas sticker, mudah nak membalut.
kali ni up sket aku guna wallpaper.
lebihan wallpaper yg aku guna buat make over almari baju Aniq tu.

sebelum balut utk tutup semua tabung tu, jgn lupa letak kertas ke tisu ke kat dlm tabung yeh.
supaya nnt bila korang masuk duit syiling, tak la bunyi kelentung tu kuat sangat.
sebab tabung ni tin, so bunyi kuat jugak.




haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
dah siap.
lawa dah kan?
senget sket bawah tu, sebab susah nau nak edjas balut benda bulat camni.
sokay la, nama pun buat sendiri.
yg penting tak payah kluar duit.



kali ni label siap dgn tarikh.
masih kekal sehari singgit dan duit syiling.
pastu aku tambah kalau ada duit lebih ke apa.
dah masuk notes rm5 dah sepuluh dah.

2 tabung yg dah penuh tu aku tak usik pun.
target aku, soon aku nak g jalan2 nak guna duit ni je.
lepas utk duit minyak, tol and hotel pun dah ok.
tak la terasa sangat nak keluarkan duit kalau nak g jalan2 nnt.

korang, ada tabung tak?
ada target tak?
jom sama2 menabung.
sikit2 lama2 jadi bukit.
tak banyak, sikit pun tak pa kita menabung.
janji ada.
menabung ni bnyk kelebihan.
dan banyak cara.
menabung kat bank pun ada, potong terus dari gaji.
bila sesak, korek jugak la.
pastu main kutu, tu pun menabung jugak kan?
pilihan masing2....

4 comments:

  1. Sebelum raya ada tabung duit Hijau..tp dah clear

    Nak start balik mcm awak buat ni...insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom buat sama2... buat bekal masa sesak.. hehe

      Delete
  2. Bagus buat sendiri jimat duit.. Tapi saya ni suka membeli tabung.. Handbag or baju tak suka beli tapi suka beli tabung. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik hobi tu. hehehe.. takpe suka beli tabung. and make sure tabung tu penuh la nnt... hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...