adik aku yg no 3 nak kawen.
dah kawen dah waktu entry ni keluar.. ahaha..
refer ke entry cuti tu, pegi ke Kuala Selangor sebab dia nak kawen lah.
kami gerak lepas asar. plannya lepas sembahyang jumaat.
sama lah jugak kan?
hahaha
dari rumah aku pkul 4 petang, ber 6.
kami 4 beranak, maktam (mak sedara) dan maklong Da (pengasuh Aniq).
singgah ambik van, pastu gerak terus ke umah mak bapak aku.
kitaorg sewa van 3 hari.
dari rumah mak aku, diorg siap sembahyang asar, jomlah kita.
kat sana, abah, umi, adik aku 2 org and makndak, jiran sebelah rumah .
tak penuh pun van, ada 2 seat kosong.
ok la kan, tak la penuh sangat.
boleh letak Aniq tidor.
sampai kuala selangor pkul 1.30 pagi.
patut boleh sampai lagi awal, tapi kitaorg kerap gak brenti.
brenti makan, brenti sembahyang, brenti g toilet.
kena pulak Aniq tak berapa sihat, asyik berak.
dia demam actually.
demam panas yg buat mak pak dia gelabah.
tu nnt lain entry aku share.
mujur jugak sepanjang perjalanan tu dia ok, takda meragam sgt.
cuma dia kerap berak.
panas nak keluar mak aku kata.
so, asyik brenti nak tukar diapers.
sokay sebab pegi sendiri takda rushing apa2.
atas highway pun smua ok.
papa sorang je drive sampai sana.
laki aku gitu dah, kalau g memana, dia lebih suka drive sorang.
bawak kreta waktu malam, takda hal.
siang payah sket, sebab tu kami gerak petang.
isteri adik aku@paklang, org Tanjung Karang.
landmark rumah family dia is hospital Tanjung Karang.
tak besar sgt pekan Tanjung Karang tu, tapi jem!
jem sebab trafic light jeeeeeeeeeeeeeeeee.
stress btoi.
pagi sabtu takda buat menda.
bgn pagi, lepak2, break1st pastu pkul 10 baru siap2.
kitaorg ambik homestay kat sana.
pastu abang aku, paksu (adik abah) and sepupu datang join sekali.
ramai la jugak jadinya.
ada lagi sedara yg lain tapi tak dapat nak join.
pkul 12 gerak ke rumah pengantin utk akad nikah.
dah sampai rumah kenduri.
kakak yg tgh moody sebab nak g duduk dengan papa.
well, kakak mana bule berenggang dgn papa.
mama pun kalah bab ni.
masa ni perempuan semua dah duduk sebelah sini, lelaki sebelah depan sana utk upacara akad nikah.
tok imam dah sampai, so takleh nak melintas ke sana.
merajuk la mek tu..
ok sekejap, main2 dgn adik.
adik memula ok, siap duk bercakap hu ha hu ha lagi.
tok imam duk baca khutbah nikah nuu kat depan dik..
pastu duk ek ek, tak sedap badan.
dedar lagi badan dia masa ni.
kesian sgt, duk merengek jugak la.
selesai akad nikah, pengasuh bawak duk luar.
ok sket tak merengek sangat.
sah selepas 3 kali akad.
apadaaaaaaa.
welcoming new family members, Surya.
pengantin dengan barang mas kawen.
mas kawen dia duit dan serba satu, sepersalinan, kasut dan handbag.
masa nak akad nikah, aku dah sebak.
bergenang2 air mata.
ntah kenapa, maybe sebak sebab adik aku nak kawen.
kami close jugak, so rasa sebak sket.
dah selesai akad nikah, batal air sembahyang, sarung cincin semua, adik aku datang salam dengan mak aku.
pastu salam maktam, pastu salam ngan aku.
bila salam ngan aku, otomatik dedua nangis.
spontan.
dia pun beriya nangis, aku apatah lagi.
sedih dan seronok dia dah kawen.
rasanya korang paham kan camna perasaan tu.
kakak yg duk jaga adik, duk dgr masalah dia, gelak sama2 share crita, bila dia dah kawen of coz la rasa sedih sket.
pastu semua family members yg lain menangis jugak.
hahahaha.
moga lepas ni dia bahagia dengan keluarga baru dia and tak lupakan kakak dia yg sorang ni.
ehehehe..
family photo.
bnyk lagi pic sebab kat depan tu bnyk cameraman amatur.
Amni takda, ada dgn papa, Aniq dengan pengasuh.
untung jugak bawak pengasuh Aniq, dia blh tolong jaga Aniq while aku konon2 sibok.
ada kawan aku kata aku bawak pengasuh sebab nak suruh dia jaga Aniq.
noooo.
dia tanya boleh ke dia ikut and aku mmg ada niat nak bawak dia.
sebab dia duk sorang, cuti pun bnyk hari kan?
dia pun kata blh tolong aku jagakan Aniq nnt.
lagipun dia sedara sebelah papa jugak.
dia tolong jaga anak kita, tak salah kita tolong dia pulak kan?
kebetulan pulak hari tu ramai pakai biru.
dah selesai semua, keluar mkn kat luar.
pas makan, selamba je duk lepak kat khemah buat mcm rumah sendiri.
tunggu anak makndak, jiran mak aku tu nak datang.
dia dari melaka.
dah mak dia datang sama, dia turun sekali.
kenduri nanti dia tak dapat balik.
geng power rangers biru.
ahahaha.
kazen aku ni, Ili.
umo dia 24 kut, dah tinggi gini.
jubah aku tu ramai nau yang tanya.
dlm gambar nampak kemain lawa kan?
beli kat pasar kemboja ja pun, rm60 jewww.
Alhamdulillah, selesai akad nikah.
pastu semua pakat balik homestay, tidorrrr.
mlm tu kluar g dinner kat kedai makan paklang kat Shah Alam.
takda g jenjalan memana pun.
masa pun singkat kan?
next entry pasal majlis bersanding pulak..
No comments:
Post a Comment