Thursday, October 15, 2015

Aidiladha 2015

org dah balik haji, aku baru nak up cerita pasal raya haji.
bapak la malas nak transfer gambar.
bila connect ke laptop, kejap keluar gambar kejap tak.
mengundang kemarahan betul.
maka asyik la tergendala nak up entry.
tapi better late than never kan?
moh le update jugak supaya ada kenang2an suatu hari nnt.
hihi..
kita kumpul skali smua pasal raya haji.
malas nak separate entry dah.

raya haji ni takda menda sgt.
slalu simple2 jelah kan?
aku takda beli baju baru pun.
pakai je jubah mana yg ada.
1st raya papa keja, dia cuti 2nd raya.
biasa dah aku.
takda hal.
a day before dapat balik awal.
tak amik cuti pun raya haji.
anak2 hantar kat umah tok umi sebab pengasuh cuti.
blk keja aku blk rumah dlu.
kemas2 rumah mana yg patut and masak2 sket.
sebab mlm tu kawan2 skolah nak datang.
masak spageti je and buat kek coklat.
pas asar pecut g ambik anak2.
lepas maghrib diorg dah datang.
saja diorg datang, ada yg nak ambik kacang, ada yg nak ambik ketupat.
alang2 jomla ramai2 datang.
raya kang memasing bizi, meh la datang sebelum raya.
meriah gak la ngan budak2 semua.
tak sempat ambik gambar sebab sibok nak bercerita.
makanan semua licin. lega.
hehee
6 org kawan datang campur anak2, meriah btul.
syok Amni main ngan kawan2.

raya pertama

pagi raya, bgn cam biasa.
papa siap2 g keja.
nak pakai baju nikah katanya tahun ni.
amboi sangat, mentang2 dah kurus dah muat baju lama.
aku ni bule jugak pakai baju nikah dlu, cuma kena alter bagi besar sket.
hahahaha.
pas salam2 papa, laju2 buat kek coklat.
sebab yg semlm dah habis.
bahan2 ada, jom la buat.



buat kupkek.
saja gatai main deco. hehehe
yg lain aku tabur ja, yg ni saja buh nama.
syok amni, asyik nak makan kek.
bwk g umah mentua sikit, kat rumah sikit, bawak blk kat mak aku sket.



adik tdor kejap, buat keja laju2.
pastu siapkan kakak smua while tgg kek masak.
kakak dah siap lawa2 dia gerak adik.
tak sabar nak g raya.
nak g umah wan je pun kakak oi.
dah siap2, jom kita amik gambar sket.
pastu g lepak umah wan.
diorg pun takda buat apa2.
mama ngan ayah masak nasi minyak kambing and ayam ros.
takda g memana, lepak je kat rumah.
tghr,aku blk rumah, siap2 nak balik umah mak aku pulak.
ambik mak and adik2 g beraya umah sedara.
g umah maklang, diorg buat laksa.
adoiyaiiiiiii,
Aniq setahun sehari dah hari raya tu, so apa lagi, kita sebatlahhh.
tak tahan bau kuah menusuk kalbu.
kazen aku buat sendri, sedap woi.
pastu maklang lak buat tapai.
terbaik ah.
petang blk lepak umah mak aku ja, overnight sana.

raya ke 2

takda buat menda.
pak mentua buat korban.
papa cuti, dia yg g uruskan daging bahagian ayah.
kami kat umah lepak2 je.
pkul 10 lebih keluar ngan Amni g mengunjung, opismate ayah dia meninggal.
pastu blk rumah jap nak basuh baju then g makan nasi kat umah ayah skali.
mama buat sup tulang.
daging fresh, sedap woh.

petang, pas asar siap2 nak balik rumah mak aku.
Aniq tinggal sana tak bawak pun.
leceh kut nak g ziarah org mati kalau bawak dia.
lagipun adik aku ada, dia jaga Aniq kejap.
mlm tu tidor sana lagi sebab raya ke 3 abah pulak buat korban.
mentua aku tak buat kenduri pun, sedekah je daging.
abah nak buat kenduri.
so, laki bagi stay lagi sana.
hehee.
lgpun esok dia dah keja, cuti sehari je.



papa layan anak bini gedik kejap.
sedondon ngan Amni, biru biruan.
dia pun seronok pakai jubah dress gini, perasan princess.
hahaha.

singgah umah kawan aku kejap.
ada kenduri, akikah kut.
makan daging lagi kita.
ada laksa sardin, so bedal lah.
sedap. pasni nak buat jugak.



schoolmate.
lama oi tak jumpa, sejak2 ada group whatsapp ni, baru la dapat jumpa.
lama gak duk lepak sembang2 ni.
merapu, mengimbau kenangan lama.. haha
yg paling depan Nadia, dia junior setahun.
tapi kawen ngan classmate kami.
lgpun dlu Nadia ni duk hostel skali aku gak, sebelah2 je pun.
pastu aku la yg duk kena jadi posmen si Zaki tu.
tapi dlu Nadia jual mahal.
habis skolah tak dengar berita dah, tuptup dapat jemputa kenduri diorg.
panjang btul jodoh hampa.
both side aku g kenduri diorg.
sebelah Nadia is Mila.
cikgu ni, dlu mengajar kat KL now dah balik Perlis.
mengajar kat sini then jaga org tua skali.
next is yours truly.. ehehe.
sebelah aku Asriyah, tuan rumah.
dia kat Bukit Jalil sana, blk raya Perlis thn ni.
last is Nani.
tu pun last jumpa masa SPM. hahahaha
now anak dah 5.
syok oi jumpa kawan lama, tak puas sembang.
skang ni hari2 sembang kat wa jelah.

raya ke 3..



bawak budak2 tgk org sembelih lembu.
ikutkan tak pegi pun tapi abah kol suruh hantar baju salin.
baju dia dah basah kena air, kena darah, rasa miang plak katanya.
so, angkut Amni ngan kaklong pegi.
malam tu abang aku anak beranak sampai  dari Thailand.
diorg blk raya sana thn ni, tetiba je pegi.
1st time utk Amierah and Amierul and also mama diorg.
pegi rabu masuk ikut kelantan, hari jumaat balik ikut padang besar.
lepas kenduri diorg bertolak balik kl dah.
sempat rest sehari, senin dah keja.
yg kecik tu anak kazen, Aisy.
abah dia ambik daging utk akikah adik dia.



kenduri.
menu nasi putih+daging merah+daging rebus+perut rebus+acar+sambal petai ikan bilis+air asam.
then ada bihun sup skali.
umi buat jugak mlm tu nasi impit kuah kacang.
daging korban dapat 21kg.
bapak besar lembu tu, daging bnyk oi.
campur tulang smua tu, lagila banyak.
bahagian utk kenduri, lepas sedekah and yg tuan rumah simpan, setel.
sampai mlm, habis semua lauk.
lega.
tinggal sup je.

setel bab raya haji.
peti ais penuh daging sampai hari ni makan tak habis lagi.
aku tak mkn beriya sangat kali ni.
cemuih sebab nnt daging lekat celah gigi.
mengundang kemarahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...