Tuesday, October 13, 2015

Selfie.... wefie

aku salute kat org yg suka selfie, pastu upload kat media sosial.
yg jenis selfie ambik gambar sendiri, muncung sana muncung sini, mata besar, pastu buh caption tak menahan.
ahahaha.
selalunya budak2 remaja yg baru nak up la.
yg tak remaja pun ada ada gak.
artis and yg perasan artis.. hihi..
ampunnn

pada aku org yg selalu selfie mcm tu, upload kat media sosial tak kisah muka camna pun, dia ni semangat kental.
selfie, pastu caption tak menahan, pastu upload kat media sosial.
kental sebab kang org komen mcm2, kena redho.
kalau selfie nmpk background blakang, pastu caption yg menceritakan sesuatu ok jugak la.
ini selfie muka sendri je penuh skrin, pastu caption "cuaca terang pagi ni, matahari bersinar indah".
yg nmpk lubang hidung kau je, celah mana matahari entahhhh.
but sokay, aku takda la nak kata tak boleh.
boleh je, sebab ramai je mcm tu kan?
dah nama pun selfie.
cumanya aku agak pelik sket la.
pastu bila org komen pelik2, meroyan.
hahahah.
manusia ni mcm2.
aku ni semangat tak berapa nak kental.
sedar diri tak berapa nak lawa, so takda keyakinan nak selfie then upload ke media sosial.
tak sanggup, kang kena kutuk ke apa.
oh kenot.
boleh mental down woh kena kutuk walaupun strangers.
pastu self confident tak berapa tinggi.
rasa mcm ambik gambar tak lawa sgt so segan nak share.
klau lawa ok la kut nak share.
bg org tgk yg elok2 je. hahaha.
plastik sangat kau.
elok pada mata aku laaaaaaa.
mata org lain tak tau camna.
ambik gambar sendiri, rasa lawa ok simpan gambar tu.
tapi kalau rasa mcm buruk je, nmpk gemok ke nampak jerawat ke apa, so deleteeeeeee.
nak share mmg tak.
but, sokay sebab aku tak  minat sgt gitu.
sebab tu salute ngan org yg suka selfie and share.
peduli apa dia lawa ke tak lawa janji kat mata aku lawa.
so, jom share.
gitu kekdahnya.
ambik gambar sensorang pun jarang aku ni.
selfie la, jarang sgt kut.
dulu2 ada gak.
banyak la jugak.
zaman muda belia, zaman kurus sket.. hahahah
tapi zaman dulu2 mana ada selfie2 ni.
dlu henpon kamera belakang je.
pastu jenus edjas nak ambik gambar kan?
skang ni dah ada kamera canggih eh malassssss la pulak.
faktor usia barangkali.
skang ni selfie ngan anak2.
eh tu wefie la kan?
apa2 jelah.
kalau selfie, kang muka penuh skrin dah tak nampak background.
muka je dah lebar penuh skrin kan?
pastu nak buh caption apa entah.
pastu pikir kang org meluat pulak asal buka fb ke instag ke, muka kau je penuh.
selfie, pastu caption salam jumaat, moga penuh barakah.
tapi gambar muka je penuh.
mcm takda point.
pada aku laaaaa.
org lain, maybe lain fahamannya.
bab caption pun kena beringat.
tak kena gaya kang jadi maksud lain.
kita maksudkan lain, org paham lain.
bule timbul riak dan sebagainya.
tu yg takut.
nak2 zaman skang ni keyboard warrior bnyk.
niat kita nak share, org kata nak menunjuk2 pulak.
nak share mana kita pergi, apa kita buat dengan org lain.
ada je yg share husband bg hadiah pandora, up gambar kiss pandora  pastu caption tenkiu hubby bagi ayang pandora mahal cantik lawa gini suka sangatttttttttttttttttttt.
motip?
kalau niat nak share kasih sayang je takpe.
tapi kalau niat nak bgtau laki aku mampu bg pandora kat aku, laki kau tak, tu jd lain dah.

tapi kalau pikir apa org kata, tak hidup la.
tak payah join media sosial.
giteww.
terpulang pada niat dan fahaman masing2.
aku ok je asal jgn over sudah.
dah nama pun media sosial ye dok?
aku pun kadang2 share jugak.
takda niat riak pun, just share agar org lain dapat ilmu or manfaat jugak.
that's it.




selfie ngan anak2 je bnyk.
ini pun 14 kali snap, sekeping je melepasi tapisan.
hahahah.
syok gak selfie ngan Amni sebab dia dah pandai buat action.
menurun sapa entah budak ni.
mak pak skang malas ambik gambar, dia pandai pulak posing sana sini.
papa dia lagi la payah ajak bergambar.
so, kita selfie anak beranak jelah.
ngan adik payah sket sebab tak reti lagi
kita sua kamera dia sebok nak capai, nak ambik main.
tunggu besar sket, ok la kut.


now dlm handphone penuh gambar anak2 je.
gambar mak pak ada sekeping 2.
kadang2 je ambik tu pun kalau papa rajin layan.
selalunya papa malas la.
redho.
hehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...