Search This Blog

Loading...

Thursday, October 01, 2015

Cara mak anak 2

sejak jadi mak anak 2 ni, semua benda kena cepat.
tak boleh buat keja terhegeh2, tangguh2 dah.
aku mmg buat keja laju.
takda nak kelebet sana kelebet sini dah.
dari dulu mcm tu kut.
sebab tu aku rimas la kalau tgk org jenis buat keja slow, terhegeh2 ni.
nak2 pulak benda kena cepat ko duk ngok ngek ngok ngek situ.
haishhh rimas.

weekend kan aku ngan anak2 je.
papa keja, so huru hara jugak la.
sebab masa weekend la bnyk benda nak buat.
nak membasuh baju, nak kemas rumah, nak mop lantai, nak masak bagai.
macam2.
anak2 pun masa weekend la nak mengada ngada ngan mak, nak manja2 ngan mak ni haa.
kerja bnyk, anak2 pun nak kena layan kan?
adik yg makin lasak mmg kena perhatian lebih.
kakak yg makin besar yg dah pandai jeles pun kena bg perhatian jugak.
of coz la perhatian lebih ke adik sebab adik kecik lagi tak pandai apa2 selain melasak je kannnnn?
bukan sebab tak berapa sayang kat kakak ke apa.. tak.
sayang anak2 sama je.

kadang2 terlepas pandang, bila terlebihkan adik.
kakak dah pandai komplen dan pandai jeles.
so mak kena lebih alert.
adik makan of coz la kena suap kan?
kakak dah besar kena mkn sendiri.
dah pandai jeles kauuuuuu.
bila suruh dia makan sendiri, nnt dia cakap " adik tu mama suap, suap la kakak sama"..
nada sentap okeh..
haishhhhhh..
anak2..
nak marah pun tak boleh kan?
aku pun taknak la dia terasa hati ke apa walau nada tu mmg macam dia terasa.
taknak dia rasa dah ada adik, mama tak sayang dia.
kecik gak hati mama ni.
rasa bersalah kat anak.
pastu, kadang2 bila aku main ngan adik, duk gomol2, geletek dia bagai, nnt kakak datang suh geletek dia sama.
kadang mcm malas layan sebab kakak dah besar kan, adik syok la gomol2 sebab kecik lg.
tapi tak layan kang, dia kecik hati, not gud aaaaa.
so, kena la jugak.
gomol2 adik, sayang2 smua, kat kakak pun buat sama jugak.
peluk2 adik, kakak pun kena peluk jugak.
dah pandai jeles skang ni.
lagipun dia selalu main sorang skang ni, main mainan dia.
bila dia ajak mama main sama, kena layan jugak.
takleh ignore nnt dia terasa.
dia masak la, buat kek la ngan palydoh smua tu, mama kena makan sama.
baby dia nangis ke, nak bg susu ke apa, mama kena tepuk2 sama.
layan jelahhhhhhh...
kalau mandi petang, selalu papa yg mandikan dia.
dah mmg gitu dr dulu.
kalau pagi2, pun papa.
hari tu mandikan adik, sampai turn dia nak mandi ngan mama pulak.
aku nak pakaikan adik baju smua kan, so cakap dgn dia mandi la dgn papa, mcm biasa.
dia jawab " tu adik mama bg mandi, awat kakak tak bule?"
________________________
takda jawapan dah... nak balas pun malas kang dia kecik hati.
laju2 siapkan adik, mandikan dia pulak walaupun mama duk kalut nak siap g keja.

skang ni mak memang kena alert lebih.
kakak dah makin besar kan?
dia pulak cerdik la haiii..
mulut tu ada je nak menjawab.
mak tak leh leka dah..
kena balance dua2..




nak mudahkan keja mama dan nak elakkan kes kecik hati ke apa.
hahahaha.
suap mkn dua2 sekaligus.
makanan diorg berbeza lagi sebab adik baru setahun kan?
mcm ni senang jugak keja mak sebenarnya.
kenapalah tak dari awal aku buat..
rugi rugiiiiii..
compartment kecik, makanan adik, yg besar makanan kakak.
hari tu adik mkn moi nasi+puree sayur dengan lauk udang.
kakak punya nasi+ayam goreng+kicap.
tu dia yg request, so mak ikut je senang.
kalau dia request, bnyk la dia mkn, kalau tak kena gaya, sikit je makan.
makin besar makin payah makan.
sebab tu kurus je skang ni.
adik tak leh request lagi yeeeee..

mkn mcm ni kalut sket la, tapi senang bnyk.
kalut sebab kena suap tak benti.
mula2 adik, pastu kakak, pastu adik, pastu kakak, pastu kakak, pastu kakak lagi.
hahahah.
dia laju, adik mkn semulut, g memanjat sana sini, mak kena kejar.
haishhhh. sabar la yg tu sorang.
senang bnyk sebab sekali keja je.
kalau kakak makan sendiri, nnt nak kena tgk tumpah la, kena lap smua bagai.
suap mcm ni bnyk sket kakak makan.
adik takda hal, sumbat je makan smua benda kombat tu.



bihun goreng utk adik, megi goreng utk kakak.
menu brunch masa weekend.
mak malas+keja bnyk, nilah jadinya.
pkul 10 lebih baru anak2 makan...
kenyang bwk ke tgh hari..
pas bgn tdor pkul 3 nnt baru mkn pulak.

tu baru bab makan, bab mandi bab main..
bnyk bab lagi oi pasal budak 2 org ni.
pening kepala gak kadang2.
tapi mama ok jewwwww.
kalau korang takda lagi mama pening kepala..
sunyi woh..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...