Friday, October 02, 2015
Susun atur dlm kabinet dapur part 1
rasanya aku tak pernah share lagi susun atur kat dalam kabinet dapur aku tu.
sebab tak best sgt ponnn.
hahahah..
okeh, dahh takda menda nak share, meh la nak tayang rupa dlm kabinet aku tu.
harap ke kabinet je besar, susun atur berterabur jugak.
mahap la yeeeee.
maybe ada 2 part je kut.
kc aku tu besar la jugak.
so, kita divide la eh..
nin dia kc aku.
L shape.
masuk dapur, ada kat sebelah kiri dapur.
dapur besar, so kabinet pun besar la.
tu kat emoticon tu, tiles situ dah luruh.
2 keping jugak la campur yg kecik2 lagi.
ntah bila nak buat baru tak tau la.
tak lawa kan?
nak tgk dapur aku, boleh klik kat entry dapur, ha, keluarla segalanya.. hehehe
part 1 ni nak share yg sebelah kiri dulu.
soon, yg belah depan tu pulak.
drawer tu dah pernah citer dah dulu.
kita mula dengan pintu yg paling kiri sebelah drawer.
semua ada 5 pintu.
2 pasang dan yg hujung single.
2 pintu yg pertama.
lantai kabinet ni semua dah siap tiles masa buat dapur lagi.
kat bahagian ni aku buat para.
besar jugak ruangan ni.
so aku letak benda2 yg besar2.
kat bahagian atas letak segala periuk, kuali semua.
aku ada 3 kuali besar.
takda la besar sgt, takat nak goreng bihun dlm 2 bungkus tu lepas la.
yg lagi 2 kecik sket.
periuk pun yg paling besar saiz 14inci je.
lepas la nak buat sup 2 ekor ayam.
pastu yg lain saiz biasa je.
kuali aku ada errr, 5 biji.
3 besar, 2 kecik.
frying pan ada 3.
periuk, yg besar saiz 14 inci ada 1, saiz 12 inci ada 2.
periuk kukus sebiji.
pastu periuk saiz sedang, tak besar tak kecik ada ermm.... 4 biji yg simpan kat sini.
tak tau nak simpan camna, susun2 camni la dgn tudung periuk semua.
kat bahagian bawah letak segala bersaiz besar and tupperware yg besar jugak.
tupperware yg kecik2 simpan kat almari lain.
dah pernah share dulu kat sini.
close up sikit.
aku nak kata ada bnyk besen tu takda la bnyk sgt.
takat nak buat kenduri kecil2an, tu lepas la.
nak basuh ayam 2 ekor sekaligus camtu.
aku beli gak la bg ada, nak guna senang kan?
nak mandi anak ke.. hehehe.
beli kat padang besar, murahhhh.
besen dan raga/penapis.
tupperware besar, tipuware besar, besen, mangkuk nasi yg besar pun semua letak sini.
talam pun adaaaa.
pemanggang ajaib pun ada tu terselit celah tu.
duk setempat senang nak cari.
taktau dah nak susun camna.
setakat ni camni jelah.
bekas yg besar2 tu jarang guna, kalau ada kenduri kendara je kut.
kita manfaatkan ruang, kat pintu pun kita guna.
pintu sini gantung tray ni, pintu sana gantung pemanggan ikan tu.
tray tu takleh susun masuk skali dgn periuk sbb saiz dia 4 segi.
tray lain yg saiz bulat aku susun skali dengan periuk.
next, pintu sebelah pulak.
sepasang jugak.
haaaa.. nmpk serabut kan?
sama besar ngan sebelah sana.
sini tempat aku sorok pinggan mangkuk utk kegunaan harian.
kat bahagian ni aku tak buat para/rak.
saja tak buat.
pastu menyesal sebab mcm susah nak susun pinggan.
pastu bila letak mcm ni eh mcm ok je pulak.
cuma cara susunan tu tak berapa best sgt la kan?
hahaha.
lantak situ, janji dia susun mcm ni.
kalau susun secara bertindan, susun kat para, ada perkara yg paling aku tak suka.
iaitu................................................. kena taik cicak or lipas!
susun mcm ni, tertiarap, cicak susah nak berak.
hahahahaha.
sebelah kanan, atas pinggan utk kegunaan harian.
bawah, mangkuk.
ada kaca ada melamine.
sebelah sana, atas skali gelas.
tapi jarang sgt guna.
next, pinggan mangkuk plastik.
bawah skali besen kecik.
yg ni utk kegunaan harian kalau nak masak.
sini yg saiz kecik, yg comey2 je.
yg besar kat sebelah sana.
susun mcm ni, nak suruh amni pun sendiri pinggan mangkuk dia pun mudah.
kalau susun bertindan, susah pulak nak kena angkat kan?
sekali sekala ok, hari2 aku pun cemuih.
so, gini lah susunannya sejak 4 tahun yg lalu.
tak lawa sgt tapi pada aku praktikal.
dan yg penting cicak susah nak berak and lalu situ.
setakat la ni tak pernah lagi taik cicak melekat kat pinggan aku.
kat lantai tu kadang2 ada jugak.
kalau kat besen periuk sana, pernah dah sebab kedudukan mcm tu.
nak guna, kena check dulu.
kat pintu, pun sama jugak.
kita manfaatkan ruang.
tapi ni kalau buka laju2, mau terpelanting setengah.
tu slalunya kalau papa yg buka la.
hahahaha..
last, pintu yg tak da pasangan.
yg tu hujung dah, yg sebelah dia pun takda pasangan.
ceruk kabinet tu ada tong gas.
sini aku letak pan tree.
dah 3 tahun camtu aku guna, so far ok je.
tapi jgn letak benda yg berat la, sebab plastik je.
sebelah tu ada bakul yg isi segala bekas aiskrim, balang kuih raya semua yg rasa sayang nak buang.
kut nnt nak guna lagi nnt sebab bekas aiskrim ni elok jugak kan?
tu sebab malas, main campak je.
kalau rajin, susun2 la jugak.
sebelah tu tong gas.
so kena letak benda yg mudah nak alih je kat situ.
setel part 1.
soon aku share sebelah sana pulak.
yg tu horror sket.
kalau ada keyakinan aku share la eh..
hehehe
aku masa buat kabinet ni bajet dah takda.
bukan ciput, tahap dah kering poket.
tak dapat la nak buat yg ada tray siap, ada rak lawa2 smua tu.
so, dapat yg ala kadar sajalah.
dapat buat pintu pun syukur.
jadilah kan?
asal susun elok2, jaga, ok je ye dok?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sisi kat mana ada jual rak besi putih periuk tu? Sy nak juga
ReplyDeletedulu saya jual, tapi sekarang dah takda. blh tgk kat online, bnyk yg jual
Delete