Search This Blog

Friday, January 27, 2017

Kelas Al-Hira utk Amni

tahun ni Amni dah 6 tahun.
so, aku decide nak hantar dia pegi mengaji al-quran.
actually kat Pasti dia pun ada ja kelas mengaji.
diorg guna Nurul Quran, lebih kurang mcm Iqra jugak.
tapi yg tu kat skolah, ni aku nak dia belajar mengaji pastu naik quran.

survey merata jugak.
mcm2 aspek kena ambil berat.
like, belajar tu hari apa, sapa yg mengajar, lokasi kat mana, yuran berapa then berapa kali dlm seminggu pergi mengaji.
haa mcm tu la lebih kurang.
tanya kat Fb group anak Perlis, ada yg suggest cikgu mengaji yg ajar guna muqaddam, ada yg bgtau kelas kat sini, kat sana, mostly guna Iqra.
taman kat depan rumah aku ni ada ja 1 tempat mengaji, anak2 buah husband mengaji kat situ.
senang la kan sekentut ja dari rumah.
aku whatsapp ustazah tu tanya, pas sudah tak reply.
padahal mesej read ja..
kut ye pun bizy ngan hal duniawi ke apa ka, at least balas la kan?
bgtau jelah dah penuh ke, kena pegi tanya kat opis ke, dah brenti keja ke apa..
tak pun salah nombor ke, ni senyap ja.
geram jugak la..
pastu malas dah aku nak g tanya situ.
carik jelah yg lain.

then, jumpa kat fb Kelas Al-Hira.
ada nombor contact, so aku whatsapp terus.
apa aku tanya, elok ja ustaz tu balas.
bagusssss..
begitu begini, aku pun booking slot utk Amni.
start awal January 2017.
pendaftaran RM10, buku mengaji RM10, yuran bulanan RM50.
kelas seminggu 2 kali, hari Sabtu dan Ahad, pukul 9-11 pagi.
ada kelas on weekdays, tapi aku pilih weekend.
tapi weekdays petang or malam, blh pilih.
kesian pulak nak hantar lepas balik Pasti tu.
kang dia letih, merempan pulak.
lagipun rasa mcm kelam kabut kut, balik ptg nak kena siap mkn awal smua sebelum g ngaji.
kang mood tak elok, haaa buat drama ayaq mata ta la mek tu.



buku mengaji Amni.
dia dah kenal huruf dah, so mudah sket ustaz kata.

minggu pertama pergi mengaji, uiiiiiiiiiiii menduga kesabaran.
hahaha.
menangis2 tak nak pergi.
gerak bgn pagi tu pun dah mcm2 dah.
yelah, dia tau tu hari sabtu ahad tapi kenapa kena bgn awal pergi mengaji.
bebai la... kena pulak mek tu mmg jenis susah bgn pagi.
otw pegi tu pun dah mcm2 dlm kreta.
sampai tempat mengaji, dah meraung2.
sabar jelah aku.
kecik besar kecik besar ja aku tgk.
ustaz datang pujuk2, aku blah tinggal kan dia.
lantak situ. hahahah..
nak cari ilmu hati kena kental ye nak.
ko jgn mcm2 sangat yehh..
sesekali rasa mcm nak brentikan ja sebab malas nak layan peel dia tu.
minggu ke 2, pun sama, pagi2 menangis beriya.
tapi masa jemput aku tanya ustaz, Amni mcm mana..
dia kata ok ja, nak je dia baca cuma mood tak elok la.
taknak solat sama2 dgn kawan2 yg lain.
utk kelas ni ada sekali amali solat.
so aku umpan mcm2 jugak la, gertak2 sket bagi dia takut.
lepas tu crita ngan tok umi and tok abah (mak bapak aku), diorg gertak2 dia sket.
muka risau jugak la sebab kena gertak ngan tok abah.. hahaha
tok abah garang ok.
minggu ke 3, dah tak nangis.
sampai tempat ngaji muka monyok sket tapi masuk jugak la.
hari Ahad tu adik aku yg antar dia, langsung tak nangis katanya.
wow amazing sgt ni. hahahha

harap2 tu ok dah la lepas ni.
penat oi nak layan peel drama ayaq mata dia tu.
mujur la ustaz tu baik and layan ja dia.
so, dia pun rasa selesa kut..
masa jemput balik muka pun dah ceria, compare masa 1st day.
dah kenal kawan2 dia ok la.
ustaz ustazah yg mengajar pun nmpk baik.
budak2 pun ramai..
harap tu dpt la dia belajar sampai naik quran.
mama blh nak ajar tapi mama tak cukup sabar. hahaha

doa mama, semoga awak diterangkan hati utk mudah belajar kalam Allah ye...
ni semua utk masa depan awak, utk akhirat sana.
mama kena tegas jugak bab agama ni.
mama buat sebab mama sayang awak Amni..




4 comments:

  1. Bagus entry ni. Dpt BG guide kat mak-mak yg Nak mencari kelas mengaji utk anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh search kat FB Teknik Al Hira kalau tak silap.

      Delete
  2. Saya pun Nak antar anak sy ke klas mengaji selain dari belajar kat skolah. Tapi Anak sy baru Nak masuk umur 3 thn. Mungkin Nak tunggu dia 4 thn dulu baru Nak antar dia gi mengaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. umor 4-5 tahun just nice.awal sgt takut dia boring. hehe.. kalau g pre-school lain sbb blh main2. mengaji ni kena betul2 kan?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...