Wednesday, January 25, 2017

Our 7th Annivesary

cerita tahun lepas..
20 November is our anniversary.
utk 2016 ulang tahun perkahwinan yg ke 7..
tahun ni bakal annivesary yg ke 8.
wow...
pejam celik pejam celik dah nak masuk 8 tahun kawen..
moga terusssssssssssssss ke anniversary yg ke 10, 20, 30 tahun dan selamanya..

aku saja sepraiskan suami masa hari anniversary tahun lepas.
kebetulan kawan aku sekarang tgh hot dgn bisnes sepraiskan org.
hantar bunga coklat bagai.
so, aku pun tringat nak sepraiskan incik suami..



and berjaya!
yay!!

comey dok suami domok2 ai? hahahaha
kemain membesar kau bang oii..
bini belak elok ehh?

we both not romantic person.
baru2 kawen tu felling2 jugak, dah ada anak ni mmg takda dah.
hilang terus.
sometimes sesaja buat romantik ngan dia, tak da nak layan pun.
hampesss.
masa bercinta kemain ehhh..
but sokay.. aku ok je.
mujur jugak dia tak romantik2 sgt sebabbbbbbbbbbb kalau dia romantik, jiwang bagai mampus aku pun nak kena buat camtu.
hoi aku pun tak reti.
perempuan skang ni bnyk sgt tgk drama nak lelaki romantik mcm dlm tv tu ha.
mana ada dik oiiii.
pastu bila suami @ pasangan tak romantik, mula komplen mcm2.
bnyk sgt pengaruh drama tuuu.
pada aku takpelah tak romantik sgt, aku ok je.
romantik, jiwang sgt eii rimas jugak.
romantik kat bilik tidor sudehhhhh. hahaha.
tak payah nak tayang kat semua org kan?

so far dah 7 tahun lebih kawen ni, baru kita kenal pasangan kita dgn lebih lagi.
bercinta bertahun2 tak sama yeh dgn kawen 2-3 tahun.
dah tinggal sebumbung, tidor sekali baru kau tau perangai sebenar.
time ni haaaa amek kau nak suka ke tak dah jadi suami isteri.
redho jelah kalau laki kau selamba kentut depan kau eh..

laki aku ni dia selamba.
gila punya selamba, takda nak cover malu apa dah.
kadang2 kat luar pun buat perangai dia tu.
kat rumah lagilahhhhh.
selamba, tak kisah, ada ada hal, ha gitulah perangai dia.
duk rumah pakai baju buruk, terkoyak, pastu selamba pegi kedai ngan baju tu
eii sakit mata. kita tegur dia buat tak tau ja..
pastu tanya kita balik awat, salah ka pakai baju ni?
tak larat nak bising, aku buang baju tu.
sayang sgt napa ntahhh..
tapi bila pikir balik, biarlah dia selamba gitu daripada nak keluaq p kedai depan rumah nak beli roti pun kemain bersiap sikat rambut belah tepi pomade bagai.
kedai sekangkang kera ja bersiap sekerat hari. cemuih pulak aku nnt.
tak blh sgt aku lelaki yg bersiap bagai nak rak ni, bajet hot. hahahahaha

sepanjang kawen ni tak pernah lagi bergaduh besar.
merajuk sket2 tu adalah.
ada jugak lah merajuk, malas cakap, malas layan bagai.
tapi dia jenis tak layan, takda nak bising2 perang mulut ke apa.
aku ja jenis hingaq potpetpotpet klau ada apa tak kena.
dia buat dek, pastu blah.
geram jugak tapi ada bagusnya.
kalau dia balas mau berlarutan and perang pun tercetus kannn?
bila dia diam and blah, aku pun bising sorang2, lama2 diam la. hahahah
tak syok wei berleteiq tak dak org dengaq.
kalau ada apa2, gaduh2 manja tu selalunya sehari 2.
pastu aku la mula buat hemoi dlu, pastu ha ok balik.
kami ni jenis bising, cakap jerit2 kadang2 kau aku ja.
takda nak bersayang abang bagai..
dari dulu tak pernah.. so boleh la nak cakap lebih kurang. haha
tapi, dia tetap suami dan aku tetap hormat dia.
tak boleh la nak jerkah laki ikut suka kan?
syurga tu woi.

tapi dah nama perkahwinan ni, ada la turun naik.
setakat la ni, ok ja pada aku.
terimalah kelebihan dan kekurangan pasangan kita.
kalau ditilik2 mmg la bnyk nau ciri2 lelaki idaman yg setiap perempuan nak.
ingat senang ke nak cari yg sempurna dan kita ni pun sempurna sangat ke?
kalau ada kekurangan, mesti ada kelebihannya.
kelebihan laki aku yg paling utama is sabarrrrrrrrrrrrrrrrr.
hahahha. sebab dia sabar layan peel aku ni.
kalau aku bising2, dia buat dek, sabarrrrrrrr je tak da nak balas blk ke apa.
bila aku pikir2 balik, kalau lah jodoh aku dgn salah 1 ex aku yg dulu, hmm rasanya takda yg sabar nak layan kerenah aku kut.
tak suka dia kentut depan kau? kau pun kentut depan dia and dia tak kata apa.
haaa boleh gitu? hahahaha
kena give and take.. and selalunya akulah yg give lebih. hahaha.
but aku ok sebab tau perangai laki aku camna.
tgk cara dia jaga mak bapak dia, cara dia treat anak2 kami, aku ok.
nak dia treat aku mcm pwincess, tak pelah..
aku pun bukan org mcm tu.
tak yah nak high demand sangat, terima apa adanya.
kalau semua ok, then everything goes well kan?
jangan di ikut sgt perasaan nak mcm tuan ihsan ke, tuan anas mikail ke..
tu smua dramaaaaaa..
asal dia tak da gelpren lain, ha ok. hahahaha...

1 yg aku respek sgt laki aku ni, dia jenis family man.
dengan mak bapak dia, mmg dia concern.
ikut tu blh masuk syurga dah sbb jaga mak bapak kan?
walaupun aku sedikit terabai, but sokay.
tak kan aku nak jadi penghalang utk dia berbakti kat mak pak dia kan?
sementara depa ada, biarlah dia jaga, dia tengok.
hope 1 day, anak2 kami pun akan mcm tu.
jaga kami bila dah tua nnt.



nak cerita pasal annivesary kan  tadi?
hahahaha..
takpalah, tak tau nak cerita apa.
takda yg specialnya pun.
ptg tu dia bwk balik bunga and coklat, depa anak beranak yg mkn, aku mkn sket ja.
wish happy annivesary, and mkn kat rumah ja.
malas nak kluar makan luar..kami ni pencinta rumah sendiri. hahaha..









tu husband....
semoga awak terus mencintai saya, sayang saya sama bnyk mcm saya sayang dan cintakan awak.
moga Tuhan kukuhkan cinta dan sayang diantara kita.
moga rumahtangga kita aman bahagia selamanya.
moga awak terus jadi imam saya dan anak2.
moga saya dapat jadi bidadari syurga awak nnt di sana.
dan jangan lupa, cincin emas saya ya..
hahahahahah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...