Search This Blog

Tuesday, March 07, 2017

Pendaftaran Pra Sekolah dan Darjah 1 2018

to mak bapak yg ada anak yg bakal masuk darjah 1 atau pra sekolah t
ahun depan, korang dah daftar anak ke belum??

ha belum???
daftar lekaihhhhh..

aku pun baru daftar ni ha...
hahaha.
sekarang ni semua online yeh.
dulu utk negeri selangor n putrajaya saja katanya, but now se Malaysia dah.
kat Perlis ada sekolah yg masih lagi register manual.
sekolah yg luar bandar la.
blh check dgn sekolah yg kita nak mohon.
kawan aku kata kalau kl, selangor sana, 2 tahun sebelum anak masuk darjah 1 dah kena mohon.
kang anak kena sekolah jauhhhhhhhhhhhhhh ha dari rumah.
Perlis ni sokay sebab sekolah bnyk, pastu takda la jauh pun jarak rumah ngan sekolah.
aku tahun lepas, wat lex wat pis ja tak daftar apa pun.
tahun ni, bila permohonan dah dibuka, maka marilah kita daftar segera.
permohonan ni buka sampai 30 April 2017.
keja2 ni memang mak la yg kena buat kan??

utk daftar klik sini..
then kena register as user dulu, baru boleh proceed.
alah, mudah je pun.
page tu user friendly, no worries.



lepas daftar as new user, klik kat permohonan tahun 1..
masukkan no mykid anak.
pastu, klik kemaskini permohonan..
aku tu kemaskini pulak tadi.
minggu lepas dah isi semua dah.
semlm tukar sekolah.
asal nak sekolah yg 1 lagi, but bapaknya nak sekolah yg dekat skali ni.
aku bukannya tak nak skolah tu, skolah tu pun 1 of the best school dlm Perlis, memang ramai mak pak yg nak anak skolah tu.
dulu, bnyk budak2 dari luar Kangar skolah situ.
now dia limitkan, yg kawasan rumah sekitar Kangar sahaja, yg luar kena interview dulu.
anak2 sedara aku pun sekolah situ, sebab sekentut ja dari rumah.
1km++ je kut.
cumanya, sekolah tu ramai sangat budak.
pastu  tepi jalan, pagi2 oi sesak.
aku nak sekolah yg dekat maktab Perlis tu.
sekolah rendah dlm maktab Perlis.
so, 1st thing is security is terkawal.
tu yg mula2 aku concern.. hahaha
#overprotectivemum
lepas tu sekolah tu budak2 tak ramai, 1 darjah 2 kelas saja.
and now prestasi sekolah tu pun dah naik.
tapi apaknya nakkkkkkkkk sekolah dia dulu jugekkk..
okey okeyyyyy..
nnt tahun depan awak bising, jem masa nak hantar anak, awak hadaplah.
situ ada 3 sekolah dekat2, pagi2 mmg hazabedah..



haa, pastu kliklah kat tab kat atas tu..
isilah maklumat murid, maklumat kesihatan,maklumat penaga, maklumat permohonan tu semua.
maklumat kesihatan tu la azab sket sebab ko kena carik balik buku rekod kesihatan anak yg dulu tu.
sebab kena masukkan maklumat imunisasi anak.
kalau yg anak tak ambik imunisasi, blh skiplah bab ni.
aku memang simpan lagi semua buku merah. buku check up anak.
so, senang lah keja.
maklumat penjaga mcm biasalah, nama mak bapak, maklumat kerja, gaji semua tu.
utk maklumat permohonan, sekolah mana yg ko nak mohon.
dah confirm semua, blh klik kat perakuan.



maklumat kesihatan anak.
ni yg aku tau, aku isilah.
imunisasi lain, entahlah tak tau.
ikut ja yg kat buke check up tu.
aku takda ambik suntikan tambahan ke apa utk Amni dulu.
jenis darah tu tak tau, so tak isi pun.



maklumat sekolah.
kat Perlis, takda daerah, memang 1 je pun.
under Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.
pilih jenis sekolah, sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil, sekolah agama semua ada.
lepas tu pilihlah sekolah mana yg ko nak.
semua nama sekolah kat Perlis ada kat situ.
kawasan rumah aku ni, ada 3 sekolah rendah.
2 tu sekentut ja dari rumah, around 1km++.
dari rumah ada roundbout besar, kiri ada sekolah, kanan pun ada sekolah.
tapi kalau jalan kaki, mengah jugaklah.. heheh.
sekolah Maktab Perlis tu jauh sket, dlm 3km++, but maish dekat la kan?
#untungdudukPerlis
jangan kecam aaaaa.. hahaha



dah setel semua, dah sah isi maklumat yg perlu, klik perakuan.
then kena print 2 perkara kat atas tu ha.
then hantar ke sekolah yg dipohon.
senang je pun..
yg ni nnt keja apak pulak.
malas aku nak panjat sekolah..



selain borang yg diprint tadi, ada jugak dokumen yg kena bawak skali nnt.
so, kena make sure lengkap supaya permohonan tak kena reject yehhh..
ada kawan aku tanya kenapa perlu ada bil utiliti tu?
yes perlu sebab nak sahkan alamat rumah kita.
sebab pembahagian sekolah ikut kawasan tempat tinggal.

maybe minggu depan or hari2 apa yg papa free, minta dia hantar nnt ke sekolah.
kena cepat kang penuh ha kena trasfer sekolah lain pulak..
dah 1 hal nak kena mohon lagi.

ikutkan ni syarat saja.
niat hati aku yg sebenar2nya nak hantar Amni ke sekolah agama.
ada 2 sekolah yg aku nak.
1st, Sekolah Rendah Islam kat Abi sana tu.
sekolah tu dulu under Yayasan Perlis, but now dah bantuan penuh kerajaan.
memang aku nak sangat Amni sekolah agama.
tapi sekolah tu jauh sket dari rumah.
kena keluar dari Kangar.
jauh tu takda la sampai 20km camtu, rasanya dlm 10km je kut.
jauh tu sebab tak sejalan dgn aku or papa dia nak pergi kerja.
kena timbang jugak bab hantar and ambik anak sekolah ni.
kalau papa not around, ha masak la mama kau nnt nak huru hara pagi2 kan?
2nd Sekolah Agama Al-Furqan.
yg tu sekolah swasta, ada yuran bulanan.
tapi masih mampu milik, lagi murah dari yuran Pasti dia sekarang.
sekolah tu mmg sekolah agama betul, pagi2 mengaji dulu, kena hafal hadis, ayat quran semua.
nakkkkkkkkkkkk sangat sekolah tu.
then dekat Jejawi sana ja, tak jauh sgt dr rumah.
nak ke opis aku pun sejalan saja, blk pun mudah nak ambil.
tapi papa tak nak.. 😓
sekolah tu guna modul sama mcm skolah kebangsaan biasa, so oklah.
petang ada kelas agama, wajib terus.
pkul 5 baru leh balik, smayang zohor asar semua kat skolah.
sayang la kalau dia pegi sekolah biasa sebab dia dah 3 tahun kat Pasti kan?
rugilah, dah ada asas agama dari kecik, masuk skolah kebangsaan biasa nnt abaikan je semua.
nak harap mak pak ajar lebih mmg tak sempat.
yuran bulanan tu masih below rm200, so consider murah.
lagipun sekali dgn makan tau yuran tu.
makan pagi, makan tengahari and petang
so, jimat weiii..
kalau tak, belanja hari2 lagi, haa sama ja kosnya kan?
mak ni ha dah timbang pikir dah.
ada ja kawan2 aku yg hantar anak ke situ.
dengar crita diorg, semua ok.
anak balik pun mengaji solat semua tak payah suruh.
seronok dengar tauu...
nnt aku nak pegi daftar sekolah tu jugak.
harap2 papa lembut hati, setuju dgn pilihan aku.
hihi...
hari2 aku mmg duk bgtau benda ni ja kat dia.
moga2 tuhan permudahkan urusan aku.
nak ke jln Allah ni semua..
zaman sekarang kena beratkan ilmu agama kat anak2.
takmo jadi mcm mak pak dia dulu, jahil..
huhu....

so, mana yg belum daftar anak lagi, cepat2 yeh...

3 comments:

  1. Saya suka baca entri pasal sekolah anak2... untuk panduan sy di masa akan datang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha samalah ngan saya... kita share2 utk kegunaan org lain jugak..

      Delete
    2. ha samalah dgn saya. kita shae2 maklumat apa kita tahu utk org lain juga..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...