Monday, March 06, 2017

Ahad...family time

dari dulu, sejak kawen, pada aku hari Ahad is family time.
aku cukup tak sukalah kalau kena kemana2 pada hari ahad..
kalau kena keja lah.. heheheh..
kalau keluar dgn family, ha sokay..
tapi kalau arahan, kena bertugas, kenalah ikut..
SYMP.. 😉

seboleh bolehnya, hari Ahad aku suka duduk rumah ja.
seriusssss
rumah aku atau rumah mak pak aku.
nak relax2 badan dan jiwa saja.
kalau nak ke mana2, aku prefer Sabtu.
sebab Ahad memang aku nak rehat.
sebelum tahun 2017 ni, sejak kawen, hari Ahad mmg aku balik rumah mak pak aku.
sebab husband keja.
jarang sgt la nak tak balik hari Ahad.

tahun ni, Alhamdulillah, suami dah dapat off day hari sabtu ahad.
sujud syukur sangat.
almost 5 years++ wei.
sejak aku beranakkan Amni, dia kena tukar off day ke hari khamis jumaat.
frust but redho jelah..
nama pun kerja kan?
dah lama aku meroyan bab ni, tahun ni dapat tukar dah.
Alhamdulillah again.
but mcm kepelikan jugak la sementara nak biasa pak incik tu ada kat rumah on weekend.
hehehe..
budak2 suka and bertambah2 mengada.
sabar jelah haku ni..
so now rutin balik rumah mak pak aku kadang berubah lah sejak husband tukar cuti.
tapi tetap balik cumanya selang2.
minggu ni balik, minggu depan tak.
sebab kadang2 dia ada keja nak buat, nak mesin rumput la, nak meracun la nak pegi mana2 yg aku kena ada.

mcm minggu ni tak balik.
sebab sabtu aku dah balik sana dah.
aku ada kelas,  Aniq tinggal ngan tok umi kejap.
habis kelas balik lepak sana dulu.

semlm, lepak rumah saja.
sekarang kan Amni mengaji on weekend, so kalau nak kemana2 kena lepas pkul 11 tunggu dia habis mengaji.
pak incik kata dia nak meracun hari ni.
geram ke pokok and lalang kat belakang rumah tu ha.
kang menjalar lagi bnyk, kut runtuh pagar.
padahal bukan dari kawasan rumah kami pun.
belakang tu tuan tanahnya buat lot rumah kedai then sewakan.
pastu tak terurus sangat, semak samun.
ngeri betoi.
sidai kain duk tengok semak samun tu lah.
laki aku siap pegi mesin rumput, lalang pokok yg semak kat sana tu ha.
pastu meracun skali sebab semak.
kang ada apa2, ha rumah kami la yg kena. diorg selamat..
takpelah, doa yg baik2 moga takda apa2..

bila semua ada kat rumah, mak  ni ha masak la best2 sket on sunday.
sebelum ni balik rumah mak, so mak masak..
hari ni bini ni ha masak.
seminggu ni tak masuk dapur pun, beli ja utk dinner.
mcm2 hal, letih la tak sempat la, so beli jelah..



meriah jugak ni.
kalau weekdays, memang 1 lauk jelah.. huhu..
weekend, kita kasik meriah sket.
pesan papa beli ikan masa dia pergi jemput Amni.
lama kut tak makan ikan sejak mahal nauuuuuuuuuuu ikan.
asyik mkn ayam, oi jemu...

sayur campur masak lemak.
feveret semua yg senang nak mati nak buatnya ha.
aku lebur ja semua tak payah nak tumis2 bagai.
mula2 didihkan santan+air, pastu campak sayur yg keras dulu and fishcake tu.
dah mendidih, masuk garam+gula and sayur yg lembut pulak.
rasa, dah ok, siap.
cair je aku buat tu sebab santan sikit, but sokay ja.
budak2 suka mkn kuah, sayur tu aku la makan.
nak guna sayur apa pun bule, nak taruk udang, ayam telur semua boleh.
pandai2 lah edjas.
serius senang, cepat dan sedap dap.
then goreng ikan kembong, lawan dgn sambal belacan.
pastu ada hati lembu goreng kunyit.
pesan ke papa suruh beli skali pagi tadi.
teringin pulak.
uhuhu..



paling win!
sedap woh...
bertambah makan nasi aku hari ni..
kena pulak letih kemas rumah kan?
hehehe...
blend bawang merah+bawang putih+halia pastu tumis.
dah garing masuk hati yg digaul garam kunyit.
kacau2, dah kering masuk air sket.
pastu campak kentang, optional.
masuk air asam jawa sket, gula, cili besar and bawang besar or bawang holland.
dah kering, rasa, siap.
senang je pun.

budak2 makan bertambah, mak pak pun sama.
sesekali jumpa ikan goreng,haaa bertambah nasi oi.
kenyang mkn, pakat2 tidor.
nak2 pulak hujan, uii nikmat.

tapi mak ni ha tak tidor..
mcm2 keja lagi nak buat oii..

so, setel Ahad kami..
ahad korang camna?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...