Search This Blog

Thursday, July 27, 2017

Bicara Dakwah : HARGAILAH PEKERJAAN KITA SAAT INI

Tajuk: “ HARGAILAH PEKERJAAN KITA SAAT INI “

Zaman ini merupakan sebuah zaman yang amat mencabar kepada kita terutamanya daripada segi kewangan dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kita patut bersyukur kerana Allah kerana diberikan peluang memilih kita dan takdirkan kita mencari rezeki di dalam bidang yang kita ceburi kini yang mana setiap bulan kita akan menerima gaji seperti mana yang kita harapkan.

Saat kita merasa bosan dan mengeluh kerana merasa terbeban dengan pekerjaan yang kita geluti maka renungkanlah sejenak bahawa  masih ramai orang diluar sana yang sibuk mencari pekerjaan dan rezeki yang halal.

Marilah sama-sama kita memberikan komitmen dan fokus kepada pekerjaan kita sekarang dan berilah yang terbaik untuk tempat kita bekerja supaya sesuatu yang berharga hadir disana yang akan memberi manfaat kepada orang lain.
 
HARGAILAH PEKERJAAN SAAT INI KERANA IA MENGHASILKAN GAJI YANG HALAL.

Pekerjaan kita miliki sekarang adalah pekerjaan yang baik dan benar, dan yang paling penting ia merupakan rezeki yang halal di sisi Allah. Sebahagian manusia masih belum cukup dengan apa yang diperolehi.Sehinggakan ada di antara mereka  yang sudah melencong dalam mencari rezeki iaitu jauh daripada sumber yang halal asalkan mereka mendapat wang. Mereka lupa akan hadis daripada Rasullullah SAW yang bermaksud “setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah tempat yang sesuai baginya”

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Qada dan Qadar Allah, kita harus menghargai pekerjaan kita sekarang dengan segala kerendahan hati kepada Allah yang masih memberi kita kemudahan dalam mencari rezeki yang halal.

HARGAILAH PEKERJAAN KITA INI DENGAN BEKERJALAH SEPENUH HATI.

Besungguh-sungguhlah  dalam mengerjakan pekerjaan kita dan hargailah ia, walaupun kadang-kadang hasil usaha kita tidak diperhitungkan sama sekali. Ingatlah bahawa disisi kanan dan kiri kita terdapat Malaikat yang sentiasa mencatat segala amalan baik dan buruk kita. Kita bekerja bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kita bekerja untuk menghalalkan sumber rezeki yang kita perolehi setiap bulan.

Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua warga UniMAP. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.

------------------------------------------------------------------------------------

yg dah ada kerja, kerjalah sebaiknya..
buat kerja betul2, jangan menipu, jgn mengelat, jgn membongak.
jgn buat org menyampah dengan kita sebab tak buat kerja, tapi bulan2 dapat gaji.
bos tak marah pun sebab pandai membodek.
alasan mcm2 nak senangkan diri sendiri.
pastu org lain lak kena kaver kita, buat kerja kita.
tak baik sangat tauuuuuuuuuuuuuuu..

ehh termeroyan pulak. hahaha 😁😁😁😁

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...