Tajuk: “ HARGAILAH PEKERJAAN KITA SAAT INI “
Zaman
ini merupakan sebuah zaman yang amat mencabar kepada kita terutamanya
daripada segi kewangan dan kos sara hidup yang semakin tinggi. Kita
patut bersyukur kerana Allah kerana diberikan peluang memilih kita dan
takdirkan kita mencari rezeki di dalam bidang yang kita ceburi kini yang
mana setiap bulan kita akan menerima gaji seperti mana yang kita
harapkan.
Saat
kita merasa bosan dan mengeluh kerana merasa terbeban dengan pekerjaan
yang kita geluti maka renungkanlah sejenak bahawa masih ramai orang
diluar sana yang sibuk mencari pekerjaan dan rezeki yang halal.
Marilah
sama-sama kita memberikan komitmen dan fokus kepada pekerjaan kita
sekarang dan berilah yang terbaik untuk tempat kita bekerja supaya
sesuatu yang berharga hadir disana yang akan memberi manfaat kepada
orang lain.
HARGAILAH PEKERJAAN SAAT INI KERANA IA MENGHASILKAN GAJI YANG HALAL.
Pekerjaan
kita miliki sekarang adalah pekerjaan yang baik dan benar, dan yang
paling penting ia merupakan rezeki yang halal di sisi Allah. Sebahagian
manusia masih belum cukup dengan apa yang diperolehi.Sehinggakan ada di
antara mereka yang sudah melencong dalam mencari rezeki iaitu jauh
daripada sumber yang halal asalkan mereka mendapat wang. Mereka lupa
akan hadis daripada Rasullullah SAW yang bermaksud “setiap daging yang
tumbuh daripada hasil yang haram, maka nerakalah tempat yang sesuai
baginya”
Sebagai
seorang Muslim yang beriman dengan Qada dan Qadar Allah, kita harus
menghargai pekerjaan kita sekarang dengan segala kerendahan hati kepada
Allah yang masih memberi kita kemudahan dalam mencari rezeki yang halal.
HARGAILAH PEKERJAAN KITA INI DENGAN BEKERJALAH SEPENUH HATI.
Besungguh-sungguhlah
dalam mengerjakan pekerjaan kita dan hargailah ia, walaupun
kadang-kadang hasil usaha kita tidak diperhitungkan sama sekali.
Ingatlah bahawa disisi kanan dan kiri kita terdapat Malaikat yang
sentiasa mencatat segala amalan baik dan buruk kita. Kita bekerja bukan
untuk menunjuk-nunjuk, tetapi kita bekerja untuk menghalalkan sumber
rezeki yang kita perolehi setiap bulan.
Semoga
artikel ini dapat memberi manfaat buat semua warga UniMAP. Semoga Allah
menerima segala amal ibadah kita. Yang baik jadikan teladan, yang buruk
jadikan sempadan.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua.Semoga amalan harian kita mendapat keredhaan dari Allah SWT.
------------------------------------------------------------------------------------
yg dah ada kerja, kerjalah sebaiknya..
buat kerja betul2, jangan menipu, jgn mengelat, jgn membongak.
jgn buat org menyampah dengan kita sebab tak buat kerja, tapi bulan2 dapat gaji.
bos tak marah pun sebab pandai membodek.
alasan mcm2 nak senangkan diri sendiri.
pastu org lain lak kena kaver kita, buat kerja kita.
tak baik sangat tauuuuuuuuuuuuuuu..
ehh termeroyan pulak. hahaha 😁😁😁😁
No comments:
Post a Comment