Wednesday, June 13, 2018

28 Ramadhan

Assalamualaikum

dah 28 Rahamdhan. Insyallah esok last kita berpuasa utk tahun ini.
adakah sempat bertemu Ramadhan tahun depan..
wallahuallam..

mula2 rasa mcm lambatnya masa berlalu
now, esok lusa dah nak raya..
cemana persiapan puasa korang?
dah setel?
cemana pulak amal ibadat utk Ramadhan kali ni?
bertambah dr tahun lepas ke or sebaliknya..
huhu..

tahun ni lain sket utk kami sekeluarga sebab Amni dah mula puasa.
banyak hari jugak dia dapat puasa penuh.
almost 20 days aku rasa. nnt kena kira balik.
so far dia ok, mudah bangun sahur and makan pun selera ja.
hari sekolah ok, cuma petang tu letih la bila dah balik rumah.
hari cuti pun ok, tapi menyampah jugak sebab asyik tanya bila nak boleh berbuka..
kalau kat skolah, bizi dgn kawan2, main2 smua so tak terasa sgt lapar dahaga tu.
kat rumah, haaa menjawab laaa
suruh tidor, tak nak. mengadap je phone or tv tu.
sokay la, mak bagi can main phone lama sket sbb nak elak dia dari boring.
tau tak berapa bagus, tapi budak lagi.. biarlah dulu.
ada masa aku tak bagi pun main phone..

berbuka pun ala kadar je kami
klau masak tu, 1 lauk je kadang2
malas aku nak beriya + tak sempat sgt
masak bnyk2 pun makan tak habis pun. kami laki bini bila posa ni mkn xberiya pun.
so tak perlu lah masak beriya. makan pun 4 beranak je.
thn ni kerap ke bazar sbb Amni. hahah
layan jelah budak puasa tu. pegi bazar sbb nak beli air jagung ais je budak tu
air je yg dia tuju dulu kalau puasa. pastu makanan.
aku ikut apa dia nak makan, tapi ada had jugak la
tgk jenis makanan. tengok semua benda dia nak beli. biasalah nafsu kan?
sudahnya, balik tak mkn mana pun.
membaziorrrr
belanja laju ok bulan puasa ni.. so kena slow2 sket.
ada hari masak, ada hari beli lauk.
so far takda la membazir teruk.
tak habis tu ada jugak la kadang2..
weekend blk berbuka umah mak aku. tapi tak la every weekend.
susah sbb laki aku tu sampai rumah dah berapa minit nak azan.
klau aku blk dlu, kang dia berbuka sorang. ada la jugak skali 2. hihi..
dengan izin la.. tapi dia p berbuka umah mak pak dia la.
sebelah je punnnnnnnnn..

eosk pun aku masih keja.
malas nak ambik cuti. rasa mcm takda nak buat menda pun.
sbb bukan nak raya rumah sendiri kan. hehe
balik menyemak umah mak bapak aku la..
pagi raya kat umah mentua dlu, tghr kang blk umah mak pak aku pulak.
sana meriah sket. sini kureng.. pagi raya ja ada org. lepas tu, takdo

seminggu lepas raya, kenduri pulak. kazen kawen.
yg terdekat jugak ni..
so, berkumpul sekali lagi.
tak sabarrrrr..
raya best, kenduri pun best
seronok ramai2 ni..

di kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya utk korang yg masih membaca blog aku ni.
ampun maaf dipinta if ada coretan aku ni mengguris hati korang tanpa aku sedar... yg balik kg, hati2 memandu.. semoga selamat hendaknya..
Image result for aidilfitri 2018
pic from Google.

1 comment: