Tuesday, June 05, 2018

BICARA DAKWAH : KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR DAN AMALANNYA

TAJUK :  KEISTIMEWAAN LAILATUL QADAR DAN AMALANNYA

SALAH satu keagungan,keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. 
Malam yang penuh bersejarah itu dinilai sebagai malam yang lebih baik dan lebih banyak ganjarannya daripada seribu bulan. Ulama bersepakat bahawa Lailatul Qadar berlaku pada Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27.” – (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir. Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan. Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar


Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya : Mulai jam 12.00 tengah malam :-

1. Sembahyang sunat wudhuk.
2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan   malam Lailatul Qadar.
3. Membaca al-Quran.
4. Istighfar
5. Zikrullah
6. Bertasbih
7. Selawat
8. Sembahyang sunat tahajjud.
9. Sembahyang sunat tasbih.

KESIMPULAN:

Para rasul dan Nabi merupakan sebaik-baik manusia. Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Haram merupakan sebaik-baik tempat. Bulan Ramadan merupakan sebaik-baik bulan. Hari Jumaat merupakan sebaik-baik hari dan malam Lailatul Qadr merupakan malam yang terbaik dan malam yang paling mulia. dalam usaha memburu malam Lailkatul Qadr adalah baiknya kita mengetahui terlebih dahulu apakah keistemewaan dan kemuliaan yang terkandung dalam malam tersebut. 

Kedatangan Lailatul Qadr amat dinantikan oleh kita semua.Perbanyakkanlah amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.Dan berdoalah semoga Allah memberkati kehidupan kita dengan tibanya Lailatul Qadr.Antara doa yang sering diamalkan oleh baginda nabi SAW bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
 
Semoga artikel ini dapat memberi manfaat buat semua.

****************************************************
jom kita ligan lailatul qadar. banyakkan berdoa semoga ada rezeki kita.
kalau tak dapat pun, moga Allah mengangkat amalan dan doa kita di bulan mulia ni.. Insyallah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...