Perkara-pekara yang makruh dilakukan oleh orang yang berpuasa adalah:
Menggosok gigi selepas gelincir matahari.
Merasa makanan-takut sampai ke rongga.
Memamah sesuatu-kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
Mencium atau mengkucup isteri.
Banyak berkumur-kumur.
Mengeluarkan darah seperti berbekam dan lain-lain.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Puasa akan batal dengan salah satu daripada perkara-perkara di bawah ini :
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja.
Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja.
Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa).
Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak mengeluarkan mani.
Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk cium dan sebagainya.
Kedatangan haid atau nifas.
Gila sekalipun hanya sekejap masa.
Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Bersalin.
Murtad-iaitu orang yang keluar daripada agama Islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan.
ADAB-ADAB BERPUASA
Beberapa adab-adab yang baik bagi menambah kesempurnaan dan pahala puasa adalah:
Jangan banyak berludah.
Jangan membuang masa dengan berbual-bual kosong dan melakukan perkara tidak berfaedah.
Menghindar diri daripada melihat perkara-perkara yang haram.
Menjauhkan diri dari sebarang pendengaran yang haram.
Jangan mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencarut dan kotor.
Menguasai tangan dari melakukan perbuatan haram dan menahan kaki dari berjalan ke tempat-tempat maksiat.
Jangan berlebih-lebihan makan dan minum ketika berbuka.
Jangan boros dalam perbelanjaan makan minum dan sebagainya.
Jangan banyak tidur, terutamanya pada siang hari.
HUKUM-HUKUM MENINGGALKAN PUASA
Hukum-hukum meninggalkan puasa terbahagi kepada empat :
1. Wajib qadha'
Kedatangan haid dan nifas.
Sakit yang membahayakan.
Tersangat lapar dan dahaga.
Dalam perjalanan.
Pitam.
Mabuk.
Mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
Menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan diri masing-masing.
2. Wajib qadha' dan wajib membayar fidyah.
Orang yang mengandung dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
Orang yang menyusukan anak dan berbuka kerana bimbangkan kesihatan anak masing-masing.
3. Tidak wajib qadha'.
Kafir (tidak beragama Islam)
Kanak-kanak.
Gila
4. Tidak wajib qadha' tetapi wajib membayar fidyah.
Sakit yang tidak ada harapan sembuhnya.
Tua yang tidak kuasa (daya) berpuasa
Beberapa Catitan Penting :
1. Lewat qadha' puasa:
Jika lewat qadha' puasa hingga datang bulan ramadhan yang lain, wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa, dan jika lewat dua tahun, melewati dua kali ramadhan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqadha' puasa itu.
2. Orang yang mati sebelum qadha' puasa:
Orang yang luput puasa ramadhan kerana sakit atau musafir dan ia mati sebelum mengqadha'nya, tidak wajib diikut dengan qadha' atau fidyah dan tidak berdosa.
Jika seseorang itu mati sebelum mengqadha' puasanya dengan ketiadaan uzur, maka walinya hendaklah mengqadha'kannya atau mengeluarkan fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasanya.
Fidyah puasa : Mengeluarkan secupak bahan makanan asasi ( di negara kita - beras) untuk tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, kepada fakir miskin.
No comments:
Post a Comment