Thursday, June 30, 2011

biadap sungguhh

agak biadap siapa yg menghantar email ni kepada haku!!! dah lama ada dlm inbox, tp mls nak tgk..petang2 hari ni, duk bilang jam bila nak balik, sesaja carik pasal g check email..buka smua email walaupun tajuk xsemenggah..
dan memang ternyata...tajuk xsemenggah, tapi isi dlmnya sangatlah  gah!!

sket lagi nak meleleh ayaq liuq ni dah.. blk mlm ni confirm tido mengigau2..jenuh la laki haku nnt kena paksa ngan bini yg selera mcm jin skang ni...aaaaaaaaaaaa...matik la...


jom tengok apa yg biadap sangat tu....


























mmg biadap kan...sebab mana nak carik yg seksi dan menggiurkan mcm tu kat perlis niiiiiiiiiiiiiiiiiii!! tensi aku tgk!!! aku dah la addicted gila ngan coklat2 ni smua!!

tapi, gambar cun, belum tentu sedap kan?
ahhh, xkesah...yg penting aku dah terliuq sangat dah ni tengok gambar2 ni smua...nampak mcm sedap gila weiiii.....

Monday, June 27, 2011

Pemuda Miskin Menjadi Terkenal


Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.
Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.
Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.
Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.

Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.
Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.
Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.
Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.
Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.
Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.
Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.
Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.
Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.
Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.
Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.
Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.
Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.
Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.
Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000
Siapakah pemuda tersebut?
Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.

Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.
Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.
Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.
Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.
Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.
Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.
Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.
Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata
“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.


 Sumber : www.isuhangat.net

** hebat dok? tiada yg mustahil klau kita berusaha, kan ??

parkinson selama sebulan...

hari ahad kemarin dah selamat g wat check-up kat INS..smua dah duk bising2 suh g check kat tempat lain plak. kat tempat yg lebih proper gitu..bukan la kata kat GH ni xbagus..ok, cuma diorg kadang2 ala kadar la..yelah, nama pun general ye dok?
makanya, cargas la aku laki bini ke INS specialist centre plak..ramai kata doc pakar situ bagus..xpe, kita try la..klau bleh ikhtiar, kita cuba la kan..

alhamdulillah, smua ok..xpayah tunggu lama sebab pagi2 aku dah tercongok situ..pkul 11 lbh dah setel amek ubat smua. skali tgk, makin meramai plak manusia datang..seb baik dtg awal kan....
alhamdulillah, bila doc check, bby smua ok..maknye je xberapa ok, but sokay2..." dun wory..kita kasik ubat dlu, next month come again, i want to see ur condition..just take a good rest n dunt be pressure "...cute eh doc tu..heheh..dia pun terang gitu gini..kami laki bini pun tanya gitu gini jugak..n so far, puas hati..
cum ada sesuatu yg agak contingencies masa scan tu...hihihi..sampai mlm kami laki bini duk hairan2...but, its not a big problem..asal, anak sihat, sempurna n cukup sihat...alhamdulillah...


skang laki aku keja berleter la..pesan suh mkn ubat tu betul2..

iberett dah kena mkn 2 bijik 1 hari sebab HB sedikit rendah..pastu ubat yg amek semlm pun kena mkn 2 bijik jugak..utk kuatkan rahim..n ubat tu cukup utk 4 minggu sebelum g jumpa doc bulan depan...so, mmg kena habiskan...masalahnya skang ni, bila mkn ubat tu, badan akan jadik parkinson sket..hehehe....menggeletar abis kaki tangan nih....
tapi xpa...demi mu wahai anak...mak redho....dengan harapan dan izinNYA...semuanya akan baik2 je...


sekarang semakin menghampiri fasa yg terasa enjoy being a preggy mommy...heheh...
eh, tu bukan perut aku ekk...mampus kena pelangkung ngan laki mengkalu letak gambar perut sendri kat sini!!!

Saturday, June 25, 2011

manisnya SEPAH ituuuuu...

wohoo....SEPAH memang baek punyeeerrr......
aku duk susah hati kut Jozan menang sebab dlm carta diorg 1st...pastu mlm tu persembahan diorg tu kureng sket kan...1st, Nabil, xgelak sangat..pastu Jambu, pun sama gak..duk bilang, bila la nak gelak ni ? masuk je Sepah..haaa, bersepah2 gelak....kekekeke....xabis2 ngan dafi dia si shuib tu..xmenahan toi...skali utk persembahan ke2, muncul sungguh si dafi tu...hahaha...dasat ar gimik sepah!
dedua persembahan sepah adalah best! yg lain tu smuanya kureng..jambu tu, persembahan kedua je best..banyak plak lagu diorg..nabil pun persembahan kedua br best...jozan, pada aku dedua kureng...bukan xbest, cuma kureng best..hehehe...
ramai plak artis yg g nengok final ML semlm ekk? bagus2


pagi ni, gigih plak aku duk download lagi skali nak tengok n nak gelak...ngehngehngeh...




yg pasti...lawak diorg ni mmg lawak melayu la..idea tu 1 hal...pastu apa yg diorg cakap tu la xmenahan..bukan lawak bodoh la..lawak yg ada maksud...siap ada pepatah melayu tu yg xtahan...persembahan diorg pun tetiap minggu konsisten..ada je lawaknya klau nk compare ngan kumpulan lain...

mmg layak diorg jadi juara ye dok??

Thursday, June 23, 2011

rehat sebentar

semlm cuti, g check-up kat klinik kesihatan..mcm biasa, monthly check-up..
xdak maknanya aku nak g awal..pkul 9 lbh br aku g..ada kwn2 aku, pkul 7.30 dah terpacak sana...ehhh, xkuasa mak nak bgn awal..dah nama pun cuti ye dok..hehe..klau dah nama g klinik kesihatan kangar tu, ko pegi pkul 7.30 pagi ke, pkul 9.30 pagi ke...sama jek..mau pkul doblas gak br habis..manusia meramai ya allah...

semlm lmbt sebab aku masak nasik melantak kenyang2 dlu..sebab dah tau nnt lama n mesti lapar..dah kenyang br g...bawak bekal roti n biskut siap..heheh..tapi xberani makan sampai ambil botol kencing utk urine..kekeke..takut nnt ada glukos plak dlm air kencing..dah kena dlu, xpasal2 kena cucuk jari amek darah utk check gula plak..dah siap kencing, trus melantak coklat...huahuahua...mak dah terre..2,3 hari sblm check-up mmg kena jaga makan..ubat pun tetiap mlm mkn..klau x,kadang2 lupa, terskip jugak..xpun laki tlg ingatkan..tu pun klau dia bawak sampai ke katil, klau aku dah tidur, xkoser nak bangun mkn dah..hehe

semlm punya check-up adalah paling lama...tapi tunggu utk urine, utk jumpa kaunseling adalah sekejap..memula mcm heran..mak yong punya ramai, tapi eh, mcm cepat plak diorg panggil la..sejam 30 menet, dah diorg panggil..cepat la tu..biasa tu 2 jam okeh!! leper montot tau ak..bajet leh balik awak..tapi skali, harram!! duk kat bilik 20 tu punya la lama...sebabnya? banyak plak masalah bulan ni...

hb tetiba lak bleh turun..selalu maintain jek, napa tah kali ni leh turun plak. tp xbnyk sangat..pastu ayaq kencing plak kotor..adoiii...teruk plak tu..rasa mcm dah togok ayaq masak xingat punya banyak..tapi still xcukup kut. skang ni aku xleh minum air manis plak, jadik payau..so, ayaq masak jelah. dah tu keputihan lagi..walau xgatal, tapi banyak..kena amek sampel utk test kut ada jangkitan kuman sebab lately ni aku duk sakit kat tuttttt..hehehe...serius! heran aku napa..duduk lama, pastu bangun jln, ha, terasa la..pastu ms nak kencing tu, ko kangkang sket, rasa lagi..bila tidor, nak mengiring, ha, rasa lagi...

hari selasa tu, dah duk terasa gak sakit tu, aku g check kat klinik..situ pun buat urine jugak..doc kata maybe pasal air kencing kotor, sebab tu duk sakit..bila g klinik kesihatan semlm pun, sama jugak nurse tu kata..tambah lagi ngan keputihan yg hebat tu..terbaek la sakitnya..kena amek ubat bagai la...xpa2, utk anak, apa pun xpa kan...duk dlm perut tu mana kita tau apa jadik kan.

dah setel smua, g lunch ngan gf jap..lepaking, makan2..pastu hujan...huda kena masuk opis, aku blk la..skali balik umah, tgk bleeding sket..gigil2 dah aku..dah xtau nak buat apa...merata aku kol..hahah..cemas weiii..kol klinik kesihatan, diorg bleh plak tanya aku napa buat pap smear sebab peknen.. eh2, mana mak tau!! dah org suh buat, aku kangkang jelah..hahah..dah alang2 nak amek sampel katanya, buat skali..pastu kol sibah, kol dek un sebab dia misi, kol laki aku...pungpangpungpang bagai, decide g wad bersalin trus sebab aku dah ada history bersalin awal. klau g klinik pun, takat leh tgk je, nnt refer g spital gak kan..kol huda, minta tlg dia amek n hantar g sana. nak drive sendri xbleh dah, duk gigil2 dah aku. sibah duk kol tanya kut aku drive sendri..hehe

g check kat wad bersalin, alhamdulillah, smua ok..layanan ok,check-up pun ok..yg xmenahan kena doc india, lelaki...tapi nasib baik gak doc india, klau doc melayu, lagi maluuuuuuuuu...
mau xmalu oi, kena check kat situ la, nak tgk kut terbuka ke hapa ke..mana la tau bleeding tu tanda nak bersalin ke..aku ni xtau la nak cakap cemana, menggigil2 la wei..dlu aku bersalin masa 27 minggu. skang ni aku dah 25 minggu..uii, takut wei! sampai petang gak la kena tunggu sebab kena buat urine lagi skali..laki aku pun balik awai, mai duk tunggu sama..dah la ramai plak yg nak bersalin ptg tu..hehe..klakar pun ada..dah xda apa, leh balik la..tapi klau kena admit pun, aku redho je..lagi bagus kan...senang diorg nk pantau..

semlm tdor mmg sengal la kat situ..seb baik hari ni xrasa dah..hari aku minta EL kat bos..nak rest kejap..akak suh g check kat private hospital plak hari ni..bukan xmau p, hr ahad ni br nak p..hari ni, aku nk rest dlu..xlarat kut..karang klau g hr ni, karang diorg jolok lagi,aduiii...sakit oi..lagipun nak kena masuk ubat yg spital bg tu dlu..






japg nak g sambung tido..kata rest kan, so tdor la sampai lebam..hehe..
harap2, smua nya selamat la..kol kat umi semlm, dia pun cemas la jugak sebab aku dah masuk 6 bln ni..moga2 tu sempat la cecah 7 bulan klau nak beranak pun. harapan tu dapat la sampai 9 bulan dengan selamat..moga2 smuanya dipermudahkan Ya ALLAH!! xsanggup dah aku klau benda yg sama jadik lagi..sungguh aku xkuat!!



dlm keadaan aku mcm ni, mmg la sokongan org terdekat amat aku harapkan..family, kawan2...tapi pada yg xsuka tu, klau ko xnak doakan aku xpa..aku xkesah...tapi ko jangan la cakap bukan2..ko xrasa apa yg pernah aku rasa, ko xtau..klau ko xsuka, ko diam je..xpayah nk bg statement membunuh..ko xdoakan aku, ko xsokong aku, xpa, aku xharap n xkisah pun..tapi sebelum ko cakap bukan2 tu, ko pikir la dlu..klau benda ni jadi pada diri ko sendri, ko bleh terima ke klau ko dengar ada org cakap mcm tu? tentu xkan....smua org nak yg terbaik utk keluarganya, utk anaknya..

xpalah, aku xkesah pun sebab aku tau, ramai lagi yg akan sentiasa ada disisi aku, yg akan sokong aku..aku juga ada Mu ya Allah! aku percaya segala yg telah Engkau takdirkan...


** kadang2, org luar jadi lebih baik dari saudara sendiri yg sanggup menikan saudaranya sendiri...

Tuesday, June 21, 2011

sebak rasa..tapi kena control...

td kuar lunch xbawak henpon...balik tgk ada miskol dr abah..kol balik..
tanya abah kenapa kol kut ada urgent apa2...
" xdak apa la, telipon hang xangkat, awat hang sakit ka? kut hang sakit perut ka apa ka..."
sebak sangat rasa masa tu..
abah mcm tau je aku sakit..tanya dia, kut ada sapa2 bgtau...tapi sapa nak bgtau...sapa jek yg tau...
bgtau abah, td pagi dah g klinik..ok, xdak apa..bukan la sakit sangat, rasa sengal2 kat bawah tu, pastu rasa menyucuk2 kat perut...doc kata itu biasa bila kandungan makin besar..cuma kena beware lbh dr dlu, sebab dlu dah terberanak awal dah..so, dah tau yg kita ni xkuat mana...
abah suh g check kat pakar..mana la tau kut ada apa2, dah tau senang nak jaga katanya..dia pun xmau benda yg sama jadi lagi..
abah nak cucu ekkk??
insyallah..kali ni aku pun lebih berhati2...
sekarang ni dlm fasa yg amat aku takuti..serius!!
dlu aku bersalin masa 27 minggu..skang ni aku dah 25 minggu...siang mlm doa mintak kat tuhan agar xdak apa2 jadik..minta dipelihara kandungan ni sebaiknya..mmg la smua tu kerja dia, tapi kita kena usaha jugak..kan? insyallah, moga dipermudahkan semuanya...

Monday, June 20, 2011

hipokrit atau nak jaga hati ? atau bodek??

yes..ini entry yg berunsurkan perkauman...huh!!
tak tak...bukan marah kaum cin peng ke samy velu ke..
ni marah 1 kaum yg perasan bagus!!!
yg rasa diri hebat tapi.................................xla hebat sangat!!
kaum yg kadang2 salah mentafsir...
skali pandang trus anggap.. ooo gini gini gini....
klau tafsir sorang2, xpa...ini dah tafsir bukan2, p duk cakap kat smua org...mmg celaka!
bukan xboleh tanya, tapi saja...jenis perasan bagus kannnnn, mcm tu la..
main cakap je, xpikir apa implikasi kat org lain..sebab duk bajet apa dicakap tu adalah betul..
bila dah jadi macam ni, apa pun xguna dah..
sakit hati ? of kos la!!!
mmg aku sakit hati..
macam aku ni teruk sangat! buat kita mcm xdak nilai!!!!
xsalah klau tanya dlu..siasat dlu...tu  lg elok kut..bleh jaga hati smua pihak kan..ni, ko tengok, pastu ko pikir, pastu ko cakap..klau cakap sorang2 xpa, ni p cakap kat org ramai..klau apa yg ko cakap tu btul,xpa jugak!!
saja nak bg bad intention kat org...kat aku la tu!!!
aku bule terima klau ada yg nak menegur..klau pada org lain apa yg aku buat tu xbetul..datang sini, ha, cakap leklok..aku bule terima..gua xdak hal punya lah. aku open jek..xsuka cakap, aku leh terima. klau aku xleh terima pun, aku xkan bising2 kat org. bukan smua org suka cara kita kan..kita pun kadang2 xsuka apa yg org buat, tapi nak buat cemana, dah dia mcm tu..klau dah xbley tahan, tegur elok2..xpayah nk p duk sokseksoksek kat org lain...bajet bila crita kat org, kita tu hebat sangat..disgusting kan??
bila dah jadi mcm ni, mmg sakit hati dok? tapi xpa...mak ok jee...
cuma pasni, jgn harap la aku nak baik2, nak tolong2..klau tolong pun setakat yg kena jelah..lebih2 tak la kut..sebab, depan aku kemain ko ek ek...nak minta tlg kita mcm bagus je ayat kan..tapi kat belakang....sorry to say la der...








** kadang2 org yg ada pangkat ni rasa diri hebat ( yg xdak pangkat pun sama jugak ) ...tapi, kena sedar, smua tu xkemana...klau pun nak menjalankan tugas, biar kena pada cara..hormat sesama manusia tu perlu walau sapapun diri kita..kan?

laki sapo ni haaaaa

ni crita lama..xla lama sangat, awal bulan hari tu...

opis laki aku tu ada annual dinner...slalunya pun dlm bulan 6 camni la..thn ni buat kat Bustani Hotel kat Jitra,Kedah. kiranya seminggu dua tu duk kecoh pasai tu la laki aku..lagipun dia mmg AJK kelab kat opis dia..masalahnya, klau kecoh pasal hal dinner tu xpala..ni kecoh nak pakai baju apa mlm tu..tema thn ni Retro..siap nak g tempah baju bagai..haishhh...sebab akan ada pemenang la mlm tu utk penampilan smua..thn lepas dia xleh masuk sebab ada kekecohan sket masa mlm dinner tu..ada staf yg sakit, so dia g tolong...frust la sebab dia dah mmg niat nak masuk..siap pakai baju tidur ngan topeng spiderman dah...bila tgk gambar thn lepas, aduii, xmenahan aku gelak...

tahun ni, as usual, cadangan bini dia jugak yg diterima..aku la yg kena g pilih baju..harap ke dia,,,nan hadooo...potpetpotpet ja keja, tapi 1 pun xjadik...jenuh aku men'google carik..kitaorg g beli baju kat bundle je pun..yelah  nak pakai mlm tu je kan..tapi cari yg baru la walaupun kat bundle, bukan 2nd hand punya...
n berkat dr baju bundle n the most is berkat dr idea si isteri yg comey ni, makanya laki aku menang Best Man Appearance mlm tu...hahahahahah..mcm xpercaya plak...

nak tengok cemana rupa laki aku tu???????
moh nengokkk...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

tu, atas kepala tu la yg buat dia menang..dah roper alleycats dah aku tengok...aduiiiii...sabaq jelah..ramai plak yg kasik bunga kat dia, tu yg menang..katanya diorg kena menari skali, bukan takat baju jek..
baju kolar besar, pastu bukak butang sket..sluar kaki besau, rambut afro, spek hitam...xmenahannnnn.....aku gelak sampai semput tengok laki sendri....hahahahhahaha


ni team kat opis dia..ada kumbang yg xmenahan 2 ekor, bunga 1...bunga punya la cun, kumbang tu...jahanammmmmmm..ha, awek depan tu pun menang jugak, utk pompuan punya..thn ni dapat kat team diorg dedua plak..tahniah2


ngan geng..samseng kampung dusun...wahahahah



cemana ropa pun, xpalah, laki aku jugak.....redho jelah kannnnn...kekekeke...
yg penting, dia sporting..xdak hal punya nak dress gitu..apalah sangat kan..seb baik menang..n pastu kena blanja bini makyong dia ni...ngehngehngeh...






** to wandi : this is your BFF....wahahahah

Happy fathers day ABAH


how wonderful i am to have a great father like u!!! love u much!!


tengok gambar tu pun dah tau betapa sportingnya abah aku..tapi sportingnya bertempat la. bukan smua benda dia bule terima..klau xkena ngan dia, sory la...tapi apa yg dia buat smuanya utk kebaikkan anak2 dia...

ni gambar mlm knurik kawen aku..duk eksen potong kek kawen..hehe...selamba dia jek...

pada aku abah aku xkan ada galang gantinya..he was a great father for me!! walau kami xdimanjakan dgn wang ringgit, dengan kemewahan, tapi abah tetap akan usaha yg terbaik utk anak2nya..
sayang abah!!!

Thursday, June 16, 2011

24 weeks



uterusparu-parukulittunas rasa

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini..




** jangan hairan klau ayat dia mcm hampeh sket..saja aku amek caption yg bahasa melayu punya. dari babycenter.com..bila tukar bahasa dah roper indon plak kan...xpa, janji paham...

dah masuk 24 minggu dah..baru cecah 6 bulan la ni..skang ni aku nyampah btul bila org pakat duk kata kat aku n bila tanya aku dah brapa bulan peknen..' eh, xnampak sangat la perut kan..'..pastu bla2, ada la lagi..aduiii..xkan la aku sesaja nak g tayang perut plak..nak buat cemana dah xnampak..dah aku mmg besar, so xnampak sangat la perut tu..pastu perut aku lak bukan jenis busung ke depan, jenis penuh sampai ke tepi..tu yg xnampak sangat n org xperasan. nak2 plak baju aku skang ni jenis kembang2 bawah sket, longgar je..xnampak la kan..tapi klau tgk perut je, uiii...pada aku besar dah ni..sengkak xingat dah...mungkin sebab aku dah pakai baju peknen, tapi xnampak perut sangat..oii, baju kurung smua dah xleh pakai..badan dah naik xingat, tu yg kena tukar awal..sluar smua pun sama..masuk 4 bulan aku dah gemok gedempol dah..ingat sesaja gedik nak pakai awal ke baju peknen ni..kita bila peknen, nak kena carik pakaian yg selesa kan..nak xnak kena tukar la..xkan nak pakai baju sendat2 kut...rimas oi rimasss....
tapi, lantak la korang nak cakap apa..yg penting aku selesa, sudah kan....ada mak kesahhhh.....hahaha...

Wednesday, June 15, 2011

tengah menggedik gedik...

skang ni tengah menggedik gedik nak beli barang baby..ngehngehngeh...
duk plan nak beli baby cot..ada yg kata xpenting n ada yg kata penting..
xpenting sebab nnt kut baby xmo duk dlm tu pun..
penting sebab nnt nak letak baby kat baby cot supaya senang nak buat keja..bila duk dlm tu xdak la kita risau nak jatuh katil ke, dia merangkak kemana2 ke kan..
ada yg kata nnt baby xnak duk pun kat dlm tu..tapi klau kita ajar dari kecik, mesti xdak hal sangat kan..
n aku plan, mmg nak ajar baby aku nnt duk dlm baby cot. xkisah la nak bg tidor ke, nak bg dia main ke kat dlm tu..klau letak kat atas katil kita yg besar tu, karang klau dia jaga n kita xda, pastu dia golek2, kang tergolek jatuh bawah trus, ha camno? nak2 plak bila dia dah bule merangkak kan..lagi haru..klau duk dlm tu, at least nak tinggal g dapur ke, toilet ke xla risau sangat kan...
pastu pastu kan...bila duk plan2 nak beli baby cot, mek pun duk usha2 la kan..moh tgk apa yg mek jumpa....


 ni best sebab ada drawer banyak..leh isi barang baby kan..cun plak tu..tapi katil baby plak kecik sket..


 ini memang menjadi pojaan hati aku dah...simple but nice giler ahh! klau mmg betul nak beli, mmg aku nk beli kaler putih camni..tapi, sini ada ke design camni??????

 ni confirm2 dah xdak kat sini..luar negara nun ada la..cun gak kan, tapi kecik


 haaa..ni pun best kan..ada drawer gak kat bawah..kaler merah lagi tuuu

 design yg ni pun haibat jugak..cuma, tahan ke kaki dia tu...klau bby dah besar, kukuh ke?


 ni awesome giler!! xpenah tgk lagi kat mesia design bulat camni...cun ahh



 
 ni pun sah2 xdak gak...obersea nun ada la...hot giler design..ni silap2 mak pun nak masuk duk skali..leh nampak anak clear ni klau duk jauh pun sebab cermin clear camtu kan...



 ni xtau la come with ke beli asing..tapi best gak camni, leh letak barang2 baby dekat ngan baby cot dia...tapi baby cot tu simple jelah kan..



  ni super shomel kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn....


 ni best  gak, tapi nampak mcm gabak sket...kaler xbest ahhh..

 ni mcm best tapi nmpk kecik..dah besar karang xmuat plak..

 tapi klau bule aku nak elak la beli yg mcm gini...nampak mcm xkukuh sangat. karang baby dah besar, xleh duduk dah...tapi design mcm ni la yg melambak2 n murah sket..



klau bule nak beli yg mcm ni...meaning, yg kayu la....
rasa2nya ni jelah design yg ada kat sini..standard je ye dok? bule la kan..klau design2 cantik2 mesti nampak hot kan kan? yg mcm gambar2 kat atas tu, bule tgk jelah, sah2 dah xdak kat sini..lain la klau nak custom made kan? tapi mampu keeeee...huhuh..*** nangis
nanti nak g survey lagi..ada la nampak kat 1 kedai tu, kaler putih. tapi xtanya plak berapa harga dia.
xsabar ohh!!

Tuesday, June 14, 2011

KL Gangster






okes, semlm mek g nengok KL Gangster ngan incik somi..ngan sapa lagi nak pegi ye dok klau dah ada laki..citer ni kuar 9 jun. sampai hari ahad lepas, tiket asyik la sold out kat Jitra..tensi mak..bila kol tanya, full manjang..mlm tu, dah siap2 bagai dah laki bini, kol kat panggung, skali tiket sudah full utk 2 show mlm tu..tinggal yg pkul 1 pagi punya, tu pun dah separuh tiket dah jual..tukar baju, g tengok maharaja lawak..frust..tapi xfrust sangat sebab maharaja minggu lepas adalah tersangat best!

semlm g tengok citer ni kat alor star. aku beli online trus..tgk semlm, penuh panggung gak..giler hot la kan..sebelum ni pun bukan xleh beli online, cuma malas sebab nak g alor star jauh, jitra dekat sket. tapi jitra xleh booking n xleh beli online..alor star bule sebab diorg ada Big Cinemas..senang ok, bayar trus n ko bleh print tiket trus..xpyh collect tiket awal sebab ko dah bayar..datang xdatang tu ko punya pasal!

sampai semlm ngam2 show baru mula. seb baik seat blakang skali sebab amek couple seat. pasni xleh amek dah sebab xnampak full screen. terlindung ngan kepala org depan sebab seat dia cam sama level ngan seat depan..xbest...

tapi tapi...nasib baik citer tu best! mcm kejap je nonton, eh dah habis dah.. aku duk baca review, smua kata dasyat...mmg dasyat la..congrates to syamsul yusof..citer ni pasal gengster2 kl la konon2nya..pakat duk berebut port, berebut sapa hebat. bisnes juta2..tapi xtunjuk la bisnes apa..tapi taulah, klau dah nama gangster mcm tu, nak jual apa lagi kan...
aoran aziz ngan adi putra sangat hot dlm tu..mmg ada style bila part diorg gaduh..nmpk real mcm gaduh btul2..badan lak ketul2 sket kan..dah mcm tony jaa dah aku tgk..mmg feeling abis la..watak syamsul pun ok,cuma heran apesal dia duk cakap pelat cina..nak kata cina, xkut..

smua watak nampak real. pelakon tambahan pun ok gak, xnampak kaku sangat berlakon..klakar pun ye jugak..part gaduh2 tumbuk2 pun real..dah mcm citer action luar negara dah..gaduh2 kat club, baling2 sampai pecah2 meja kan..pastu tembak2 kat tempat org ramai..
paling xmenahan si zizan raja lawak..bajet mcm dia pun gengster hebat la.abong long la konon..skali, habuk jek..pakat duk gelak ja kat dia..watak dia ok la, ada jokes sket kan..sedih pun ada gak..yg bagusnya xdak heroin dlm citer ni..ada xada pun sheera, jadik adik aoran aziz, tapi sket je watak dia..last xtunjuk pun apa jadik kat dia..watak pompuan ada la, tapi xditonjolkan sangat pun..setakat tunjuk2 gitu jek...lain smua jantan ganas2 muka cam pecah rumah..gaduh mmg nampak real sebab laju..
ada jln cerita n ada motif...kerana duit, sedara mara pun bule pecah belah..kerana persahabatan, kawan sanggup susah payah..ending pun bule tahan jugak...xla tergantung mcm tu jek


okes, moh g tengok ramai2..sapa nk sokong filem tempatan klau bukan kita sendri..xpyh la nak bangga sangat ngan citer luar yg xsetara mana hebatnya..teknik diorg mmg hebat, tapi kadang2 jln crita tu haram xpaham pun..aku kadang2 jadik mls nak tgk citer luar sebab tu la..tgk preview kat tv kemain hebat. bila g tgk kat panggung, jln crita, ending...hampess..makanya aku pilih2 nak tgk movie ni..10 hengget tu banyak ok..klau citer luar, laki aku download je, layan kat umah..heheh..citer melayu pun bukan smua aku layan, tgk kepada pelakon, pengarah n preview jugak..
eh, klau g korang xpayah bawak la klau ada anak kecik..skolah rendah tu ke, xsesuai la kut..bukan sebab action dia, sebab bahasa dia agak kasar sket..karang pas tgk, balik umah pakat duk sebut2 plak..xelok la kan.sial tu mmg kat mulut la..lain2 pun ada gak..ater, dah nama gangster kan, cakap mesti la gitu..
apa pun, tahniah utk diorg2 smua yg terlibat...bleh kasik 5 bintang...khabarnya dah dapat 5 juta kutipan...

Monday, June 13, 2011

Luahan Hati Jimmy Shanley


INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”



kesian plak baca luahan hati si jimmy ni...xsangka kan? gamaknya dah lama dia sabar n sabar pun ada hadnya jugak..dlu penah dah wartawan interview dia kat melodi..sampai sebak2 xleh cakap dia duk tahan air mata..kiranya skang ni dah hilang sabar la kut..
tapi kita dgr dr sebelah pihak je. xdak statement pun dr sebelah isteri kan? tapi cemana diorg nk bg statement, asyik larik je dr suami ni kan..
mcm2 la rumuos yg kluar kan..tapi, klau betul pun si jimmy ni salah, xkan la isteri tu sampai gamak buat cenggini ye dok? lupa dosa pahala ke apa? xtau la kut dia xtau apa hukum klau xdengar kata suami dia.. mak bapak dia xkan la xtau nak guide anak sendri kut?dlu beriya berkenan sangat ngan jimmy si maknya tu...
kdg2 heran gak tgk isteri2 kat luar sana yg mcm endah xendah ngan suami, buat suami mcm xdak nilai je..skali suami xampunkan korang, huii, xcium bau syurga oii...
tapi bagus la jimmy ni, siap nak terima balik klau isteri dia nak balik kat dia.. xnak failkan kes dia kat mahkamah..sabar nak tunggu bini balik..nak bina keluarga ngan bini dia..baguskan? klau org lain, lantak ke ngkau la apa nak jadik..lama dah saman kat court kut..tapi, maybe bini dia org kaya, so xheran sangat la ke jimmy tu...tapi, itu laki ngko oiiii....
khabarnya, anak dlm perut tu pun belum dikenalpasti kesahihannya..katanya lah..kat dlm melodi hr tu pun cara dia cakap mcm anak tu bukan anak dia.. dalam Kosmo cakap, dia dah buat bersiapan utk baby tu nnt... dah beli barang2 bagai..uii, xsabar la kan nak tunggu anak kluar..sian kan..dah la dia tu xdak mak bapak sejak kecil..
well, kita tunggu la bila anak tu dah kluar nnt...nak ada iras sapa..xpun, buat je DNA kan...


aku klau dapat laki hensem kayak gitu...uiii, jangan kata nak tinggal lelama, pegang pun xnak lepas..kut org ambik nnt...hahahaha.... tapi tapi...saya sayang suami saya!!ngehngehngeh

Sunday, June 12, 2011

Aura Ipad



Apple sebelum ini mendakwa tablet iPad mempunyai daya tarikan seperti ‘magik’. Ya memang benar malah seorang remaja di China sanggup menjual buah pinggangnya demi sebuah iPad 2. Kedengaran gila dan tidak masuk akal? Namun bukan hanya itu saja cerita tentang aura iPad yang berlaku sehingga saat ini.
Berikut adalah beberapa kejadian unik yang berlaku gara-gara iPad:

1. iPad digemari di dunia akhirat
Replika iPad yang dibuat dari kertas cukup banyak diminati oleh keluarga berkebudayaan Cina. Mereka membeli replika iPad tersebut bersama replika barang mewah lain untuk dibakar dengan tujuan agar di dunia akhirat dapat digunakan mengikut kepercayaan mereka.

2. iPad menyebabkan rusuhan
Salah satu kedai Apple di Beijing menjadi mangsa keganasan para penggila iPad 2 yang tidak sabar. Kekacauan yang berlaku menyebabkan 5 orang tercedera. Kerugian harta benda atas kerosakan yang berlaku di kedai Apple juga menyebabkan kedai tersebut terpaksa ditutup sementara.

3. Membayar untuk beratur di barisan pertama
Harga ipad 2 paling murah hanyalah lebih kurang $500, namun Hazem Sayed (dikenali juga dengan iPad 2 hunter) sanggup membayar sejumlah wang untuk menjadi orang yang paling depan di kedai Apple Fifth Avenue. Dia menghabiskan sehingga $900 untuk membayar seorang mahasiswa yang sudah beratur berhari-hari untuk menjadi orang yang pertama memiliki iPad 2.
Namun hasilnya sungguh bermakna kerana namanya menjadi terkenal dan mendapatkan perhatian orang ramai atas projek pengembangan iOS yang dilakukannya. Setidaknya $900 untuk kos promosi masih tergolong cukup murah.

4. Kehilangan jari kerana iPad
Tragis, seorang pemuda dari Colorado yang sedang seronok kerana ingin membeli iPad untuk rakannya di salah satu pusat beli belah berubah menjadi tragedi. Dia terpaksa kehilangan sebagian jarinya akibat mencuba menjaga iPad nya dari diragut. Setelah berlaku peristiwa tarik-menarik dengan peragut, pemuda ini tidak hanya kehilangan iPad, tetapi salah satu jarinya hampir terputus.

5. Menjual buah pinggang demi iPad 2
Remaja berusia 17 tahun di China rela menjual buah pinggangnya berharga $3100 supaya boleh membeli iPad 2. Remaja ini terjebak dengan sindiket perdagangan organ tubuh pasaran gelap disana. sebiji buah pinggangnya hanya ditukar dengan ipad 2, iPhone 4, dan wang yang tidak seberapa.
Bagaimana menurut korang? adakah iPad memang memiliki aura atau hanyalah produk gagal seperti yang banyak diucapkan oleh para anti Apple diluar sana.


** xpercaya? xmustahil ada yg fanatik sampai begitu..mek cadang nak beli jugak, tapi xtau bila..lagipun xnampak penting sangat pun skang ni..nanti2lah pikir..banyak lagi yg penting dr tu yg nak kena beli...tapi mmg tidur malam termimpi2 jugak la iPad ni..hehe

sumber :  www.isuhangat.net

Saturday, June 11, 2011

20 things that change when you have a baby


Everyone warns you that having a baby will change your life. Sure, you'll have less money (and sleep), and a lot more responsibility. But when the centre of your universe shifts to your new baby, there's much to celebrate too:

• You discover an inner strength you never realised you had.

• You accept that the last 15 pregnancy pounds you can't seem to shift are absolutely worth it.

• You don't need a clock any more - your baby now sets your daily schedule.

• You respect and love your own parents in a new way.

• Any pain your baby suffers feels much worse than your own.

• You don't mind going to bed at 9pm on a Friday night.

• Your heart breaks much more easily.

• You discover how much there is to say about one little baby tooth.

• You look at your baby in the mirror instead of yourself.

• You're no longer disgusted by babies' bodily functions - in fact, you're fascinated by them (hooray, a poo!)

• The sacrifices you thought you'd made to have a baby no longer seem that big a deal.

• You respect your body ... finally.

• You realise that a baby's comforter has magical powers!

• You give parents with a screaming baby an "I-know-the-feeling" look, instead of a "Can't-they-shut-him-up?" one.

• You make time for one more baby hug and kiss, even if it means you'll be late.

• You realise that it's possible to love a complete stranger.

• You learn that taking a shower is a luxury, never mind a trip to the hairdresser's.

• You finally get to speak to the shy neighbour in your street, because you've got a baby in your arms.

• You find that things that once seemed important are now meaningless.

• Every day is a surprise.



** btul ekkk? xsabarrrrrrrrrrrnye...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...