Thursday, June 16, 2011

24 weeks



uterusparu-parukulittunas rasa

Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar "mata kering". Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan "airmata tiruan" untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini..




** jangan hairan klau ayat dia mcm hampeh sket..saja aku amek caption yg bahasa melayu punya. dari babycenter.com..bila tukar bahasa dah roper indon plak kan...xpa, janji paham...

dah masuk 24 minggu dah..baru cecah 6 bulan la ni..skang ni aku nyampah btul bila org pakat duk kata kat aku n bila tanya aku dah brapa bulan peknen..' eh, xnampak sangat la perut kan..'..pastu bla2, ada la lagi..aduiii..xkan la aku sesaja nak g tayang perut plak..nak buat cemana dah xnampak..dah aku mmg besar, so xnampak sangat la perut tu..pastu perut aku lak bukan jenis busung ke depan, jenis penuh sampai ke tepi..tu yg xnampak sangat n org xperasan. nak2 plak baju aku skang ni jenis kembang2 bawah sket, longgar je..xnampak la kan..tapi klau tgk perut je, uiii...pada aku besar dah ni..sengkak xingat dah...mungkin sebab aku dah pakai baju peknen, tapi xnampak perut sangat..oii, baju kurung smua dah xleh pakai..badan dah naik xingat, tu yg kena tukar awal..sluar smua pun sama..masuk 4 bulan aku dah gemok gedempol dah..ingat sesaja gedik nak pakai awal ke baju peknen ni..kita bila peknen, nak kena carik pakaian yg selesa kan..nak xnak kena tukar la..xkan nak pakai baju sendat2 kut...rimas oi rimasss....
tapi, lantak la korang nak cakap apa..yg penting aku selesa, sudah kan....ada mak kesahhhh.....hahaha...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...