Thursday, June 02, 2011

Pelaburan GOOGLE Yang Aneh

Mungkin anda pernah mendengar Google berjaya membeli Youtube, Blogger, Picnik, dll dan juga pernah berniat untuk membeli Twitter.
Ini kerana Google memang bercita-cita meningkatkan penguasaannya di dunia web.
Tapi tahukah anda selain melakukan penguasaan di dunia internet, Google juga melakukan pelaburan di bidang perniagaan lain. Beberapa memang boleh dianggap menguntungkan Google namun ada juga perkara yang aneh dan unik.
Berikut pelaburan-pelaburan Google Paling aneh

1. Google bertekad menggunakan sumber tenaga yang bersih dan mesra alam. Google menghabiskan wang US$ 38.8 juta untuk membangunkan penjana tenaga elektrik bertenaga kincir angin yang dibangunkan di North Dakota (169.5 MW) dan Iowa (100 MW) oleh syarikat tenaga NextEra.
isuhangat

Meskipun kedengaran terlalu mahal, Google ternyata sangat pintar, selain mendapatkan sumber tenaga yang mesra alam, Google juga akan potongan kontrak intensif kerana menggunakan tenaga yang mesra alam.

2. Google melakukan penjualan tenaga yang didapat dari pembangkit kincir angin miliknya di pasaran dengan menjual elektrik 114 megawatt.
isuhangat
Pembaca InfoTeknologi mungkin hairan kenapa Google menjual tenaga elektrik milik mereka dan tidak menggunakannya sendiri untuk data center Google. Ini kerana penjana elektrik Kincir Angin milik Google berlokasi di negara bahagian Iowa, sementara Google tidak memiliki data center didaerah tersebut.

3. Ogos 2010, Google mengumumkan pelaburan sebesar US$ 86 juta untuk pembangunan perumahan masyarakat menengah kebawah. Langkah ini dibuat untuk menurunkan kontrak tahunan yang harus dibayar oleh Google (di Amerika mendapat potongan kontrak bila melakukan kegiatan amal)

4. Ini kurang boleh disebut pelaburan, kerana memang tidak mahal.
isuhangat
Google menggaji seorang pekerja yang bertugas sebagai penternak lebah yang mengurus 4 sarang lebah di kawasan pejabat Google. Pengurusan Google berpendapat madu segar sangat penting dalam menu seharian pekerja mereka.

5. pelaburan Google yang ini sukar difahami atau sangat gila, Shweeb iaitu yang membuat kenderaan seperti monorail dimana pemandunya di dalam tabung kaca yang akan bergerak bila orang tersebut menggerakkan kaki mereka seperti mengayuh basikal.
isuhangat
Google mengeluarkan US$ 1 juta ke Shweeb hanya untuk menyelidiki apakah alat tersebut dapat digunakan sebagai alat pengangkutan di kawasan pejabat Google.

6. Google serius dalam penerapan sumber tenaga yang mesra alam, dikatakan Google melabur US$ 10 juta untuk pembangunan prototype panel sinar matahari (solar panel).
isuhangat

7. Google berbelanja wang US$ 30 juta untuk membiayai pengiriman robot ke bulan yang akan berjalan 500 meter di bulan dan mengambil gambar dan video ke bumi melalui projek mereka Google Lunar X Prize.
isuhangat

8. Google ‘melabur’ US$ 3.9 juta ke 23andMe yang merupakan isteri kepada pemilik Google (Sergey Brin).
isuhangat
Wang tersebut digunakan oleh 23andMe, untuk membayar hutang sebanyak US$ 2.6 juta yang merupakan pinjaman peribadi dari Sergey Brin.




Pelik tapi benar...diorg ni berpandangan jauh kan...
sumber : www.isuhangat.net

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...