Wednesday, August 03, 2011

Hal ehwal puasa...

kita kadang2 ambil remeh dengan hukum.. asalnya bukan begitu pun niatnya, tapi mungkin salah faham. dengar org ni cakap sikit, dengar org tu cakap sikit, gabungkan, dan buat kesimpulan sendiri.. nak bertanya malu, nak mencari, malas, nak membaca, malas jugak..itulah kita kan..hehe...xpayah org lain, aku pun kadang2 gitu jugak...
dengan teknologi sekarang ni, dunia dah di hujung jari, makanya, mari ler kita berkongsi ilmu yg kita ada..

aku ada buat carian sket pasal hal ehwal puasa ni.. bila sebut puasa, semua org puasa. tapi kita sendiri xtau puasa kita tu sempurna ke tak kan?

tapi yg menjadi persoalan pada aku skang ni mengenai ganti puasa..hehe..puasa baru sehari dah kira bab ganti puasa yee.. yep, kena ambil kira sebab aku rasa mungkin mustahil utk aku puasa penuh thn ni walaupun aku blh puasa penuh sebab xkan datang bulan punya.. tapi, klau mampu, alhamdulillah.
sebelum2 ni mmg ada tinggal puasa sebab uzur. tapi xdak hal sebab dah ganti n xmelangkau tahun berikutnya. apa yg membuatkan aku gigih buat entry ni sebab nak share apa yg aku jumpa. aku ada dengar2, n xberapa nak sahih, makanya aku meng'google saja...

ini berkaitan dengan Bilakah diwajibkan qada, fidyah dan kaffarah...
penting utk aku ambil tahu sebab situasi dah berbeza sket dgn thn2 sebelum ni.. thn ni klau aku tinggal puasa sebabnya aku xlarat sebab aku mengandung.. dan apa yg aku baca kat sini, baru la mcm faham lebih sket.
nnt2 korang baca yek..penting tu..

kesimpulannya, klau tinggal puasa masa pregnant ni, ganti puasa tetap kena, fidyah tu 1 hal..kena bg faham dengan jelas..






artikel ni dari berita harian..

FAKTA: Golongan yang dikenakan fidyah
  • Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja atau uzur syarie berkaitan - haid, nifas, wiladah (darah sakit), musafir dan sakit yang ada harapan sembuh. Wajib qada sebelum datangnya Ramadan akan datang, jika masih belum qada maka dikenakan fidyah.
  • Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh puasa. Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu qada puasanya.
  • Ibu hamil atau menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang:
    • i. Kandungannya terjejas
    • ii. Air susunya kering. Justeru, fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah qada sebelum melangkah Ramadan akan datang. Sekiranya tidak qada puasa sehingga masuknya Ramadan, maka dikenakan fidyah berganda.
    • Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya. Wajib qada sebelum Ramadan akan datang dan sekiranya masih belum mengqada, maka barulah dikenakan fidyah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...