Thursday, July 26, 2012

Kakitangan awam dapat bonus raya

PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.

Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.

Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.

Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.

Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.

Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.

sumber : Berita Harian


miahahahhaha.. baru 6 hari puasa, dah kluar crita bonus raya... yeahoooooooo...
lompat bintang beramai2!
utk gomen jelah ye.. non-gomen, g bodek bos sekarang.. syiok eh, tetiap thn dapat duit raya. ko ada? nak keja gomen ehh? sila lah sila.. dlu2, xnak apply, konon keja gomen xglamer. gaji sket, g keja kena pakai baju kurung je, pastu buat keja lembap.. haaaa.. skang sila jeles.. kikiki. gomen sekarang, tidak seperti dlu yeee...

ada gak duk sebut2 hari tu.. ingat dah xda.dpt duit raya 500 pun jadik la kan.. skali dpt setengah bulan gaji. alhamdulillah... mekasih tok najib! klau xkasik, mmg saja la  kan.. kan nak PRU.. heheheheh..

kabaunya dpt 9 ogos depan. hoyehhh.. leh bli baju raya bling2..
bnyk la.. nun, duit awning dapur xbayar lagi k.yah oi... so, sila bersabar yeee..
nak bli apa lgi ar? kuih raya? 3 rumah dah skang ni + umah babysitter amni lagi.. ermmm... sabar2.. kata nak buat open house+house warming+sebeday parti amni.. auwwwwwwwwwww.. maka mari mencantikkan rumah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...