Monday, September 24, 2012

3 in 1 punya majlis

okes.. tarik napas, hembus..
tarik napas, hembusssssssssssssss... kluar angin bwh skali dah ni.. muahahah
baru berkesempatan nak hupdate.. crita dah basi. tapi nak buh jugak..
ni crita 2 mgg lepas.

kan aku duk kata nak buat open houz? plan punya plan, cuti, kansel, cuti, kansel... ujung2 raya baru dpt merealisasikan impian. bunyi mcm teruk sgt kan. yelah, 1st time nak buat knuri kat umah sendri kan?
3 in 1 ye.. open house + wouse warming + sebeday amni.. house warming la konon.. dah dekat sethn kut duk umah ni, baru nak warming2 bagai..

aku buat hari jemahat, ahad esok tu dah habis raya. elok lah.. hehe. khamis, cuti g cocok amni, cocok sethn. alhamdulillah, xdemam. bagus! jemahat, bertungkus lumus utk knuri plak. konon la sangat, padahal yg teruknya mak aku! dia yg masak smua.. hehehe..
eh, tapi aku teruk jugak pe. kemas umah. beli barang smua. dengan hujan lagik.. seb baik xdemam.

majlis bermula pas jumaat. menu ek? yg mak aku masak : nasi kuning 10kg, daging masak tok + sambal telur dgn nasi himpit kuah kacang + puding kacang hijau. mama (MIL) masak dalca. maklang (mak sedara) masak bubur pulut itam. aku masak ayam goreng rempah (5 kor okeh!). pastu to up sket kerepek2 stok raya yg ada belen2 lagi.. no sponsor2, smua sendri. alhamdulillah.. moga trus murah rejki!


keadaan luar rumah. ni ptg dah. hujan pun dah reda. tghr tu, melencun la depan tu.. krusi meja, pinjam kedai bihun sup depan jln umah tu.. ptg kena hantar balik sbb dior meniaga. so, mlm angkat krusi meja umah pak mentua aku pulok.

tetamu 1st sampai adalah kwn2 laki aku diorg sampai, lauk belum hidang. seb baik air aku dah bancuh awal. pas 10mnt, baru lauk sampai. sebab mak aku masak kat umah dia, kami g ambik yg dah masak je. klau nak masak umah aku mcm susah kut. yelah peralatan xdak sangat. kat umah mak aku mmg dah slalu buat knuri. so, xdak hal. periuk belanga stok ko nak duk dlm tu pun ado..

elok jek pas diorg mkn, hujan ribut petir dgn hebat telah melanda. angin kuat sungguh. terbalik krusi meja. cuak gak la tgk angin kut gitu. pkul 2 camtu baru hujan reda. pas jumaat, org masjid sampai. kawan2 ayah (FIL) ngan sedara mara. ramai gak. yg bestnya, aku, umi, mak2 sedara smua duk sembang elok jek kat dapur. pakat lupa nak top up lauk. skali org dah menderu dtg, kelam kabut ambik bekas tambah lauk. sronok sgt bergebang kat dapur.. hehehe
pastu, abah sampai. bwk org kg 2 kreta. baca doa slamat sket and tahlil. alhamdulillah.. selesai dah niat aku nak buat knuri doa selamat kat umah baru.


amni n hana.. keja main jelah budak2 ni.. time ni org xdak, bule la snap2 kejap.. pastu dah xsempat amek gambar.. rugi2...

ptg, sedara mara n kwn2 dtg. tghr xdak org. maybe sebab ujan lebat so, org nak dtg pun pikir 2,3 kali kan. aku panggil smua opismate + kwn2 terdekat. --xramai yg datang--- sedih :(.. maybe sebab hujan +opis aku buat jamuan raya pada hari yg sama.. laki aku pun sama. opismate dia smua dia panggil. utk opismate dia, acara adalah pada mlm hari. kwn2 aku xdak yg aku panggil mlm.. ada la jugak sesat sorang 2, sokay je.. cuma kut segan nak dtg sebab mlm kan, so aku bgtau takat petang jek.
dan ye.. mlm hari adalah terover meriah.. ramai gilos plak yg dtg. hampir smua kut opismate laki aku dtg. termasuk bos2. baguih.. sporting kan.. kena plak laki aku tu klau ada yg panggil knuri mmg dia pegi. so, bl ada knuri umah dia, berduyun2 datang. xpa.. mak sokaaaaa.. bos dia siap sponsor sate 1000pcs. bakar kat umah kami tu, dia xmo beli yg dah bakar. so, mkn panas2 adalah heaven. tapi kami laki bini cuma mkn 2,3 cucuk.. tuan rumah kan.. yg sedihnya, sket pun xambik simpan utk diri sendri dan kluarga.. huahuahua..


 
 
star of the day adalah budak kecit ni. kwn2 laki aku yg dtg tghr tu pakat nak nengok dia. tapi, artis biasalah.. org dah balik br nak sampai. pg tu aku hantar dia g umah bs dlu. nak buat keja kang susah plak. yelah, aku sorang basuh ayam 5 ekor okeh.. seb baik adik ada. tolong isi kerepek dlm balang.
time potong kek ni amni adalah mengamok. siang hari sronok main xingat sampai langsung xmo tdor. sronok org ramai kat umah dia kut.  dgn smua org dia ok. mengekeh2 gelak. dah magrib, bateri pun dah kong, tdor kejap. jaga dlm pkul 9 mengamuk sesedap rasa. mandi berak smua pun xjln. aku plak sebok nak top up lauk. kwn2 laki aku punya ramai yg dtg, amni plak duk ek ek langsung xmo dkt org. maklang dia letak lilin sampai 2 btg kat kek punya nak tarik perhatian. skali dia nak cepuk kek tu pulak sebab marah. gambar smua xbesh.. muka cemberut smua..


kek besday amni. tulis jek nama amni, tapi yg telan mak dia..hahahah.. secubit pun xmasuk mulut amni. big NO utk amni sebab manisssssss.. aku order kat opismate aku jugak. tgk ke lauk yg meriah tu aku bli kek ni yg 1kg jek.. tu pun xhabis.. sebab masa ptg lupa nak potong.. bule? dah mlm baru nak potong, xtermakan la.. satey lagi dpt perhatian ramai.

alhamdulillah.. majlis selesai dengan jayanya.. big thanks to family yg banyak bantu. umi yg susah payah masak. abah yg cari barang. mama yg masak dalca. ayah yg layan tetamu, kakak n abang ipar yg banyak bantu, adik2 yg tolong2 kemas.. mak2 sedara and sedara mara yg tolong masak n memeriahkan majlis, jiran2 yg datang, kawan2 yg datang.. and incik suami yg berpeluh ketiak buat keja sampai lupa mkn.. sesekali buat mmg sronok.. bab nak kemas tu lain crita. yg penting org datang umah n mkn kenyang.. trima kasih smua!




last, terimalah gambar xsemenggah tuan tanah anak beranak..


 
tetiba anak ramai plak.. us with anak buah, hana ngan haziq yg memeriahkan majlis. heheh... tgk la amni yg moody tuh.. --- gambar xdak yg best! frusttt mak!!
tgk la baju laki aku yg basah lencun itewww.. peluh ye.. nak sangat pakai baju melayu mlm2.. tuan rumah katakan.. tgk org ramai, trus cuak. " ma, lauk ada lagi dak???" muka panik toksah crita.. klakar oih..



majlis habis dlm pkul err... org last balik pkul 12 kut. lauk pauk ada yg habis ada yg lebih. yg last2 ada yg kami bungkus. alhamdulillah.. smua cukup mkn n kata lauk sedap. pasni kita buat lagi papa ehh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...