budak ni skang cerdik kemain.. dia dah recognize, oo, ni mama, ni papa, ni pengasuh.. no for strangers! adoii.. langsung xmo kat org. klau g memana, even ke umah tok wan's pun sama. take time la nak bule dekat. main kut jauh jek, nak ambil mmg jauh panggang dr api. lotih mak kau nak oii.. but sokay.. tu proses tumbesaran dia.. smua budak gitu kut. klau senang2 mau kat org, riso jugak kan?
selain dr perkembangan badan yg semakin berkembang anak beranak, eh? bahaha... ye ye.. anak makin kembang selari dengan pekembangan mak bapak.. baru belen kata org kan.. klau tidak senget kreta laki aku kata... logik kan? kikikiki..
okes, back to topic.. amni dah semakin cerdik. sangat seronok bila dia dah mula faham apa yg kita buat or kata..
- dah pandai tepok tangan bila kita kata tepok amai2. tapi klau kata tepok tangan, xpaham. kena kata tepok amai2 and buat gaya tepok tangan.
- tokwan@abah aku ajar buat dikir barat. tepuk tangan kat paha sambil nyanyi. so, klau kita nyanyi, otomatik tangan dia tepuk paha. sangat comel! klau tgh berdiri, tepuk jelah apa yg ada kat depan.
- baru2 ni makcik dia @adik aku ajar dia buat gaya habis. beriya angkat dedua tangan buat habis.. cepat belajar ehh..
- dah pandai lambai2 @ babai. tapi kena cakap babai. klau kata tata, titi tutu smua xlayan. tu pun raya hari tu la. sebab aku pakaikan rantai tangan. syok duk gedik2 tgn tgk rantai tu bergoyang, trus pandai babai. tapi tangan kiri jek sebab tgn tu yg pakai gelang. tgn kanan xpandai babai.. mak ko xmampu nak oi nak beli dedua rantai tangan.. huhuhu
- naik walker laju kemain. smua bilik@ tempat nak explore. nak panggil dia senang jek. cakap jommmm, laju2 datang. klau panggil nama, buat dek jek. cakap jom, bedesup dtg. xkisahlah dgn walker or merangkak.
- klau dia ralit main, tetiba tgk aku pakai tudung, otomatik nangis takut kena tinggal. so, klau nak keluar, kena siap angkat barang, start keta smua, baru leh pakai tudung. sebab klau dah pakai tudung xambik dia, selagi tulah duk melalak. tapi klau pepagi, sokay. sebab dah tau, mama g work pepagi. klau waktu lain, yesssss.... nangis takut kena tinggal. cerdik sangat kannnnn
- dia ada sekor bear kecik. aku letak dlm bilik kat tilam dia. bukan nak buat bear busuk or bantal busuk. saja bg ada mainan kat dlm bilik. klau kita cakap mana bearbear, haaaa merangkak g ambil bear tu. pastu mulut pun duk sebut bebebebebebe.. klau dolls yg lain xljn pun. bear tu jek.
- kla kita bawak botol susu, cakap nak nen tak? dah pandai ambik, pegang sendri and tdor. suka2 hati lah nak landing kat mana, janji tdor.
- dah pandai main air. dlu penakut air. skang dah bule letak dlm bath tub@besen tu and tepuk2 air. siap xnak bgn bl kita angkat. dlu jangan harap. dr kecik, mandi sambil berdiri. letak duduk, trus bgn balik. skang dah pandai main air and xtakut air sejuk dah. dlu kena air sejuk meraung mcm kena siram air mendidih. yg ni menurun bapaknya.
- klau cakap cantikkkkk, dia akan pandang atas. sebab memula tu makcik dia bwk tgk lampu liplap raya, then cakap cantik. pastu dia pun kata tik tik..
- klau g dapur, suka sangat main penyapu or mop. duk tgk kita sapu sampah and mop lantai, dia pun nak buat sama. masalahnya, pegang kejap jek. klau biar lama, penyapu tu masuk mulut. scary okessss.
- paling suka telifon and remote tv. budak2 smua gitu kut. hp laki aku dah xleh on sbb air liur amni dah penuh... hahaha.. hp aku dah calar balar kesan gg dia. klau tgh nangis, bg hp, senyap trus. lagi senyap klau leh buat hp mama tu jadik teether! fuhhh..
- skang ni smua benda jadi telepon. ambik and letak kat telinga. bajet mcm duk ckp telepon. kasut aku pun letak kat telinga. telepon besar tapak kaki kut nak oii... -- budak2 cepat meniru kan?
- sangat suka cermin. menjerit2 klau tgk cermin sebab nampak muka sendri. tgk gambar sendri kat hp pun menjerit2 sronok jugak.
- paling suka naik kreta! klau nangis, letak dlm car sear tu, senyap trus. duk dlm kreta diam jek. mulut jek membebel merapu meraban. klau diam pun sebab tdor. senang mak ko nak bwk kreta.
- now duk blajar memanjat. klau nak buat keja, mmg tak la aku tinggalkan dia duk merangkak. masuk walker la jawabnya. sebab, pantang leka, eh dah bangun, yg xtahan dah bangun, siap tepuk tangan. pastu suka2 hati nak landing kat mana. gedebuk tertonggeng baru tau.
- paling baru, dah pandai ambik makanan dlm mangkuk and masuk mulut. aku masukkan kismis dlm mangkuk kecik bg dia. ambik 1, then masuk mulut. wahhhhh.. sangat teruja okess.. penah buat sebelum ni, xpandai pun. masuk tangan, capai smua, then buang. sebab nak main mangkuk. buat roti bakar, potong kecik2, masuk dlm mangkuk. ambik 1, masuk mulut.. wohoooo.. bijak2. tapi kena pantau jugak. sebab bila dah jemu, campak trus mangkuk tu.
- bab makan xdak hal.. smua masuk mulut. yg menurun mak bapak.. setakat ni, dah setahun, amni masih makan hasil air tangan mak dia. tetiap pagi masak utk dia. utk bapaknya pun xgitu eh? hahahah.. puas hati walau letih sket.. janji kita tau apa yg anak kita makan. masak dgn penuh kasih sayang katanya.. hihi..
- susu masih kekal dgn S26. cuma dah bertukar ke step 3 (1y-3y).. muuuuurah sket.. uhuk uhuk.
ada banyak lagik kut perkembangan amni.. xingat nak tulis smua..
smoga amni trus membesar dgn sihat and jadik budak yg cerdik. amin!
No comments:
Post a Comment