Thursday, October 11, 2012

HSFFYB : Homemade Solid Food For Your Baby.

apa ke HSFFYB tuh?
Its a closed group at FB.. Homemade Solid Food For Your Baby.

aku ikut group ni dah lama.. sangat bagus utk ibu2 baru mcm aku.. para ibu kat luar sana, yg punya anak kecik, yg ada pesbuk, g cari group ni.
banyak yg aku belajar kat sini. pasal pemakanan bayi. how to prepared, what do and don't, menu, jadual pemakanan.. mcm2 lagilah..
bila kenal group ni, maka, smua makanan amni adalah dari air tangan ibunya. no jar food!
sebelum kenal group ni, amni dah selamat mkn nestum.. poor litlle amni!! bila dah tau, nyah kau wahai nestum dr gobok dapur haku! seb baik amni cuma sempat mkn kotak kecil je and yg plain rice jek.. lepas tu, smuanya homemade food saja yg masuk perut amni.
amni start mkn umo 5m++. aku google jumpa 1 artikel. tapi kat mana xingat dah. katanya klau bby yg fully bf, 6m baru start mkn. klau bby yg fm, 5m dah bule start mkn. oleh kerna amni bf + fm, 5m++ aku kasik mkn. aku pun idok la pasti kesahihan artikel tu, tapi ikut jugak. rasanya time tu amni 5m 3w camtu la. seb baik xdak apa2 sbb mkn awal. jgn ambik mudah yek mak2 smua. 6m baru bule mkn. ni kajian n fact. no food before 6m. dlu ye. seawal 4m dah bg mkn. then, WHO ke apa ntah buat kajian balik, 6m utk start solid food. please google it, aku xingat secara details.

bl dah masuk group ni, aku mmg xbg dah nestum kat amni. smua aku masak sendri. tiap2 hari! memang letih sebenarnya nak masak2 ni smua.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
bila buat dengan hati yg ikhlas, tengok anak makan sampai habis, letih smua tolak tepi. btul ckp aku, percayalah. alah, bby, banyak mana jek nak mkn kan?

mlm2 sblm tdor kena check esok nak masak apa utk amni. nak break1st apa? ada bahan tak dlm fridge? pagi2 dah kena bgn, masak. klau stok puree ada, lagi senang keja. tiap2 hari rutin sama. kdg2 xtau dah nak masak pe bg budak tu.. utk laki pun xmasak hari2 kan? hehe.. bukan xpercayakan pengasuh, tapi rasanya aku lagi senang masak sendri. sekurang2nya kita tau apa yg masuk mulut anak kita. and xmo susahkan pengasuh.. dah nak jaga budak tu pun bule tahan letihnya.. lagipun amni still makan bubur nasik lagi. bl dah makan nasi mcm kita ni, ha, mudah la sket kan utk bs handle. selagi mak ko ni larat, haa, masak jelah. part paling mencabar, bila nak g memana. perkara pertama pasal amni ialah makanan dia.. tapi, bila dah biasa, smua tu jadik mudah.. :)

klau ikut group tu, utk 1st solid food, kena bagi puree buah dlu. tapi, amni dah termakan nestum. pas benti nestum, selamat mkn nasi @bubur nasi trus. klau ikut rules yg diorg bg, sebulan yg pertama, puree buah+puree sayur. next baru bubur nasi. pastu baru tambah ayam. ada jadual dia. bila nak bg telur, bila nak kenalkan ikan, nak tambah santan. the most important is no added SUGAR & SALT below 2y! yes.. xdak gula, xdak garam and the most no msj @ perasa. natural je rasa. smua tu datang dr buah and sayur je. tawar? susu bby pun tawar kan? klau dr awal kita ajar anak kita, xdak hal utk dia terima tu smua. mak aku bising jugak. tapi rilex jek amni mkn. habis semangkuk..

sangat bagus group nih. ahli pun dah ramai n pakat share knowledge and recipes. aku pun klau ada menu baru utk amni, slalu gak up masuk. sharing is caring uolls..

alhamdulillah amni seorang anak yg mudah diurus. mkn minum dia pun mudah. setakat la ni, xdak alahan pada apa2 pun. bagusss.. menurun mak bapak yg kuat makan.

pasni aku ingat nak buat entry pasal solid food dia. slalu share kat group jek, pasni nak share kat blog pulak. bule share dgn smua kat luar sana kan? xsusah pun nak buat solid food bby ni.. trust me..

and i'm really proud, setakat ni, xdak lagi fast food ke, makanan2 ntah apa2 masuk mulut dia. bapaknya kadang2 kena gak ngan aku sebab suka suki nak kasik anak mkn calciyum or eskrem. phewww.. g memana pun jenuh la mencipta alasan supaya anak xdisumbat makanan yg manis2 tu smua. riso gak kang org kata kita cerewet kan, tapi tu smua utk kebaikan anak. kena pandai kompromi. dan amni sangat memilih siapa yg suap dia mkn.. klau dgn maknya dia ok jek. klau dgn org lain, susah nak buka mulut sket. bagus! dah umo setahun ada la jugak terlepas makanan luar, tapi masih bule diterima la. tgk kepada jenis. tapi klau aiskrim, coklat, kek, yg manis2 tu mmg big NO la.. moga2 aku terus diberi kekuatan utk menyediakan makanan yg terbaik n sihat utk amni..

4 comments:

  1. search kat FB HSFFYB.. atau homemade solid food for your baby..

    ReplyDelete
  2. Search no result la group tu..cane ek?kena invite dulu ek..

    ReplyDelete
  3. Salam. Soalan sama, mcmne nak join group HSFFYB ni ? Closed group so kami tak boleh nak join.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...