yaaa.. perempuan ni bnyk sgt penyakit kan? kat sepital tu, penghuni paling ramai adalah wanita kut.. xhairanlah smua nama sepital diletak nama wanita. juga sebagai penghargaan kan?
aku jugak sebolehnya mintak simpang nauzubillah dr penyakit2 tu smua. nak2 kanser. pembunuh utama kaum wanita ialah kanser. kanser payudara and kanser serviks. setiap hari, ada saja kes dan kematian berpunca dr kanser di seluruh dunia. dan satu2nya kanser yg blh dicegah ialah kanser serviks. ye, BOLEH DICEGAH ye para wanita sekalian..
oleh yg demikian, sebagai langkah awal, aku turut mengambil suntikan vaksin hpv. apa itu hpv? Human Papilloma Virus. rasanya smua tau kut. kat tv pun ada iklan. kerajaan bg free utk budak2 skolah ye. sebagai langkah pencegahan utk mengelak kanser serviks. korang ingat murah suntikan tu? mahal tau tak! klau g kat klinik2 swasta, mau dekat 700 utk 3 dos klau xsilap. kat klinik gomen xpasti pulak. seb baik masa aku ambik, cuma 180 hengget jek. utk 3 dos. bapak murah. ok, trus ambik. redho jelah kena cucuk, sakit 2 hari sebab xmo kena kanser serviks.. mak takut nakkk.. nak hidup sihat sampai tua. xmo sakit2.. takuitt
dos pertama, ambil pada 7hb lepas. sebelum kena cocok, ada ceramah sket. pasal hpv. penceramah, pakar sakit puan dari hosital tunku fauziah, kangar. doktor apa ntah nama dia. lupa dah sebab lama dah peristiwa ni berlaku.. ceramah dia sgt best. kami ni siap ooo, ooo, gitu. dengar ceramah xkelip2 mata punya nak tau and kena ambik tau! tgk ke slide presentation dia, uii, ngeri. alhamdulillah, terbuka hati nak ambik suntikan hpv. xsemestinya budak2 perempuan yg belum terdedah je bule ambik. mak budak pun bule. selagi bule cegah, kita cegah. pembunuh utama wanita yg membunuh dlm diam. kanser kan, gitu dia bergerak. tak da tanda apa, tak da sakit2. tau2 pengsan. g check up, kluar result, nahhh.. kanser payudara stage 3. dah xbule buat apa. potong tetek sebelah. hoih, scaryy..
dos ke2, next month. dos ke 3, thn depan. sabar jelah sket sebab bl cucuk, tangan menjadi sakit. nak angkat pun xboleh. kwn aku siap nak demam. yg xsakit pun ada. hairan. aku ni nak tdor pun mengadoi. antibodi bentindak balas gamaknya. laki pulak buat lupa g tepuk tgn yg kena cucuk tu. mmg nak mkn penampar dah mlm tu. aku dah meleleh air mata tahan
so, wanita diluar sana, masih belum terlambat ye. pegi check kat klinik2 berhampiran. tanya dgn lebih lanjut pasal hpv ni. tanya pakcik google pun boleyy. walau dia bukan wanita, tapi dia bule jawab. gitewwww.. melabur sket xpa, dr sakit kemudian hari, lagi bnyk nak kena melabur. 1 more, sila buat pap smear yeeeee.. malu letak tepi... eceh...
No comments:
Post a Comment