Tuesday, December 18, 2012

Amni demam

okes.. anak org lain pun demam jugak, jgn cemas sgt kak yah..
ye aku tau.
tapi ni 1st time amni demam yg pada aku teruk. sebab dia xpenah demam lebih dr 1 hari! serius! pernah suhu badan dia sampai 38c, tapi pas mkn ubat, letak cool fever, mandi kerap sket, dlm masa 24jam, terus turun and aktif balik. tapi kali ni, kejap turun, kejap naik. badan panas jek. pastu lesu je dia, xaktif mcm selalu. mana aku xcuak. aku pulak jenis yg suka pikir negative, and positive tu selepas negative. acaner?

actually, pagi rabu tu, badan dia dah panas. check temp dah 37c++. gegas aku mandikan and bg ubat demam sesiap sblm hantar g umah pengasuh. bekalkan skali ubat tu ke sana. ubat demam and coolfever sentiasa ada dlm esbox. dah ada anak kecik ni benda2 mcm tu kena beringat. ambik dia ptg tu, pengasuh kata badan dia panas. duk merengek 1 hari. masa aku sampai pun duk menangis2. beriya suh aku dukung and tunjuk kereta. nak balik sgt dah la tu.

balik umah, mandikan terus. kasik dia berendam lama sket dlm bath tub dia tu. agak dah kecut, baru angkat. pakai diapers je, kasik bogel. kasik ubat and tempek cool fever. kali ni xbrapa nak suka bl tempek menda alah tu. sejuk kan. dia kan pantang sket benda2 sejuk nih.

 selang 2 jam skali aku check temp dia turun naik pulak. makan punx nak. kejap2 mcm aktif, kejap2 nampak lesu. menepek jek kat aku. bila apaknya balik, menepek kat apaknya pulak. then decide g klinik jelah. memula nak g  tofbeliu jek kat dia, bl lalu kat klinik tgk org xramai trus singgah. dah aku mcm bibik doyah dah g klinik dgn tshirt basahan kaler kuning, sluar trek kaler biru, then pakai selendang jek. ko mampu? belasah jelah demi anak. nak balik salin baju baru datang kang klinik ramai org. jumpa plak opis mate kat situ. dibantainya gelakkan aku yg dah rupa org gaji. time tu temp dia bule plak 35 jek. tapi doc kasik ubat demam jugak and ubat yg sumbat kat bontot tu sesiap. standby katanya.

tgh mlm tu bule plak naik balik panas dia. pkul 12 aku bwk dia g mandi. dgn mamai2 tu bule segar trus. kasik ubat demam and tdor pakai diapers jek. pkul 4 dia duk merengek. kasik susu, check temp, naik 38c pulak. kasik mandi lagi. kali ni nangis dah. xmo mandi. hehe.. subuh tu dia nangis2, check tgk 38c jugak. decide laki bini masuk ubat kat bontot. dah la 1st time, memasing duk bergaduh sapa nak masukkan and sapa  nak buat. tau dah, mesti aku punya yg kena. harap laki aku mmg xla.. nak paksa anak mkn ubat pun xgamak, ni kan pulak nak sumbat ubat kat bontot. pas sumbat, bg mandi, nampak dia cergas sket. siap nak g jln kat luar. yg xtahan, dia ambik kunci kreta laki aku and duk cakap nak nak sambil tunjuk ke pintu. pastu buat bye bye. heran gamaknya napa dah lewat tapi xnaik kreta lagi. kan pagi2 duk hantar dia g umah pengasuh, so hari tu dia mcm heran la kut. kecik2 dah cerdik kau ye.. besar nnt cemana la gamaknya. apaknya la duk melayan pagi tu. hari khamis tu mmg kami laki bini dah cuti sbb nak bawak dia g monthly check up  at klinik kesihatan, check up setahun 3 bln. pas break1st, duk jln2 kat luar, berpeluh dah. pkul 11 aku bg tdor. tapi mcm xberapa nak lena. kejap ek ek, kejap ek ek. pastu kena peluk baru tdor. mcm terkejut2. dah tghr, badan dia mcm panas balik. check temp, 38c balik. ah sudahhh.. then decide g spital jelah. duk on off tu xsenang mak ko nak oi. siap laju2 anak beranak. aku packing barang siap kut kena warded. and yessssss.. mmg kena.


aku xg GH pun. maleh nak menunggu. g KMC kat alor setar. g petang, xlama pun tunggu. 20mnt dah bule jumpa doc. legaaa.. doc check badan dia, dah  naik ke 40c. hadoihh.. aku dah cuak. kena sumbat bontot lagi skali. check punya check, rupanya jadi ulser dah kat mulut. patut xnak mkn and susu pun xlaju sgt since rabu  tu. doc advice sih warded, nak pantau. sebab skang ni influenza A dah banyak kes kat baby. so, dah mmg ready, kita check in jelah. nak check in plak 1 hal. wad penuh! ramai plak yg sakit ye. before tu kena ambik darah dlu. mmg meraung xingat la amni. kesian sgt tgk dia, tapi hati kena kental yek. pas ambik darah tu mmg menangis jelah kejanya. badan pulak xsihat kan. dah dapat bilik, lega kejap. tapi bilik 4. bilik single and double penuh. sabar jelah. ptg tu pas mandi, mkn nasi, nampak segar sket. mkn pun bnyk jugak. maybe sebab lapar, so lupakan kejap sakit ulser tu. tapi susu xnak jugak. air masak jek. mlm tu mak ngan adik aku dtg. ceria la kejap. sebelum tu bercinta nak paksa mkn ubat. meraung xingat. pas diorg balik, pujuk2 tdor. lega sekejap.


yg xberapa nak lega roomate. blk penuh. 4 katil ada org. smua duk berebut nak tukar bilik double or single, yes aku paham, anak korang sakit. tapi dah pkul 10 setengah kut. yg melawat xreti2 nak balik? tau la duk private hosp and ko bayar. aku pun bayar, tapi hormatlah org lain jugak. kang anak xsakit, mak plak yg sakit sama. duk bersembang punya kuat. aku duk tahan sabar jek. anak2 smua dah tdor, mak2 plak duk bersembang punya kuat. aku duk berdehem2 xpaham jugak. skali aku bgn g toilet, sambil lalu aku ambil remote tv, tutup tv. buka tv kuat sapa pun xtengok sbb duk bersembang. haaaa. pastu bule pulak paham, beransur balik. 10 lebih dah kut. org pun nak tdor. skali pkul 12 amni jaga, nurse meh check temp. pastu start la enjin dia. meraung sampai sejam camtu. padan muka korang tadi korang syok sgt sembang, skang ambikkkk.. padan muka. aku ni timbang rasa jugak sbb dah tgh mlm. bwk amni kluar, g dukung kat luar. siap tawaf tingkat 4 tu sambil berzikir, nak bg dia diam. dah tdor baru masuk bilik. tdor kena peluk, berbantal lengan aku dia tdor mlm tu. lenguh 1 badan. pkul 5, kena mkn ubat. skali lagi drama. nasib la... anak kan? lepas tu kut baru dia bule tdor lena. sebelum tu kena peluk, tu pun xlelap sgt. kejap2 terkejut, nangis.


pkul 8 camtu baru jaga. mandi pun nangis. maybe jemu kut sebab asyik mandi. hehe.. mkn pun xnak. secubit 2 jek masuk mulut. susu pun sama. slalu 4oz, skali hadap jek. tapi hari tu 4oz sampai ke tghr xhabis. air masak jelah. tapi nampak ada tenaga sket la pagi tu. yg xtahan, nampak jek nurse baju biru, terus meraung. siap cakap namau namau. fobia tgk nurse. doc dtg check, trus babai. punya xmau dekat.. doc check pg tu tgk ulser ada sket lagi, tapi demam dah xda. ada virus dlm darah tapi xserius. just mkn antibiotik. so doc kata blh discaj. yay!! tapi ubat sebakul la kena mkn. kol apaknya, siap2, dah setel dokumen smua, balik la kita. adik aku pun tdor situ jugak mlm tu. tapi amni langsung xmau. nak berkepit dgn maknya je. layan jelah.

mak aku dtg mlm tu bawak tikar. bentang kat tepi katil, kasik dia main2 kat situ. klau duk atas katil, susah kut nak handle. kang xpasal2 jatuh plak. tgk mata tu sembap je. mata taknya, asyik nangis ja. tdor pun kejap. sedih sgt tgk dia. yelah, sebelum ni aktif jek, tetiba je lembik. tapi sekarang... sudah kembali seperti biasa.... alhamdulillah..




time anak sakit mcm ni, ada insurans, rasa sangatlah berbaloi2...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...