Monday, December 31, 2012

Kematian itu pasti

2 minggu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan kematian suami sepupu aku, ayu. Arwah xda sakit apa. meninggal masa tdor and doktor sahkan sakit jantung. umor baru 30 tahun dan diorg baru berkahwin bulan jun lepas. terkejut sangat. klau kami di sini terkejut, apatah lagi isteri dan keluarga arwah.
mlm tu katanya diorg ke tesco utk beli brg2 rumah. pkul 2,3 pagi pun arwah masih belum tdor, masih sempat online facebook dan tiada sebarang tanda. pkul 5 pagi, beliau telah dijemput Tuhan. menurut ayu, dia kejutkan suami dia bila dgr arwah berbunyi seperti berdengkur tapi agak kuat. dia cuba buat cpr dgn bantuan pihak hospital tapi arwah dah tiada. begitu mudahnya pemergian arwah menghadapMu.

seminggu selepas pemergian arwah kie, adik mama (mak mentua) pula dijemput penciptaNya. belum hilang letih balik dari terengganu, laki aku gegas g kl plak bawak ayah, mama and akak ke kl. uncle mie masuk wad and katanya koma. personally, aku xkenal sgt dgn uncle mie. jumpa pun sekali 2 jek. diorg tinggal kat kl. last jumpa masa g kenduri amir bulan jun lepas (selepas kenduri ayu and arwah kie). arwah uncle mie dlu klau xsilap kelasi kapal. now dah pencen, duk umah saja sebab dah kena potong kaki seab diabetes. adik beradik mama ramai yg diabetes termasuk mama.. hari isnin mlm diorg kol ayah kata uncle mie masuk wad. hb low, then kena heart attack, strok, the koma. isnin mlm masuk wad, terus teruk sbb sakitnya dah lama tapi dia diamkan xbgtau family. dua2 buah pinggang dah xberfungsi. doktor kata 70% badan dia dah mati. hanya bergantung pada mesin utk terus hidup. family antara 2 utk teruskan mesin or tutup mesin. then decide utk teruskan utk tgk progres. ayah kata, mcm2 mesin and wayar masuk kat badan. Ya Allah, takut dengar. tapi, bila dah sampai masanya, what ever you do, itu semua kerja Dia. petang jumaat, dia pergi menghadap Ilahi. sebelum sempat menatap wajah cucu sulung yg dijangka lahir bulan januari depan.

Al-fatihah utk arwah kie dan uncle mie..


dalam masa seminggu, 2 kematian saudara terdekat berlaku pada aku. buat aku berhenti berfikir seketika. yg sakit, yg tua, mungkin kita bule agak kematian pasti tiba bila2 masa. dan mungkin kita lebih bersedia. tapi yg masih muda, sihat, tiba2 dipanggil Tuhan, pasti menegejutkan semua. namun, siapa kita utk pertikaikan semua itu? kita hanya mampu merancang, namun apa yg tertulis utk kita, tidak siapa tahu.

2 tahun lepas, aku kehilangan anak sulung. walau xsempat menjaganya, namun apabila ia berlaku tanpa kita duga, mmg melumpuhkan semangat aku. tapi, aku redha dan sematkan dlm hati, ini yg terbaik utknya dan ada sebab kenapa Tuhan jadikannya begitu. kematian yg aku ingat sehingga kini ialah 18 tahun yg lalu. pemergian arwah datuk sebelah umi. walaupun waktu itu umur cuma 12 tahun, tapi sangat terkesan kerna dia antara org yg amat ku sanjung dan ku sayang.tapi, waktu itu aku mungkin blm cukup dewasa utk memikir tentang kematian dan hanya menangis meratap pemergian org tersayang.

bila melihat kematian, apa yg ada dlm fikiran aku, bagaimana saat kematian aku 1 hari nanti? bagaimana aku mati? bilakah aku akan mati? dimanakah aku akan mati? dan yg paling aku takuti, kehilangan org yg aku sayang. bagaimana utk aku hadapi saat kematian  mereka? Ya Allah, kau permudahkanlah segala perjalanan kami utk menemui Mu. Amin


Surah Ali Imran ayat 185. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Surah Al An’aam ayat 002. Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).


antara artikel yg aku jumpa :
http://kasawari7.blogspot.com/2007/11/tanda-tanda-kematian-untuk-orang-islam.html
http://mykhilafah1924.tripod.com/Kematian.htm
http://miyoshu.blogspot.com/2011/07/ayat-ayat-tentang-kematian-dalam-al.html
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...