Monday, January 21, 2013

Seminar Pemikiran Islam Nasional

minggu lepas, eh minggu lepas lagi 1, kami diarahkan utk menghadiri 1 seminar. Seminar pemikiran islam nasional. semua staf wajib hadir xkira siapa. oleh kerna wajib, maka marilah kita pergi. dah dapat 1 hari kursus. bagus kan, awal2 tahun dah dapat sedikit motivasi..

memula masing2 berteka teki seminar bagaimanakah ini.. speech by Prof. Datuk Dr Ramlah Adam. kenal siapa dia? sila google ye anak2.. ini antara org penting dlm Malaysia dan sejarah kita. now, dia dah jadi sebahagian dari staf kami. sangat bangga dapat bertemu dgn org seperti dia.

ceramah yg disampaikan mmg membuka mata semua audiens. xtaulah kut ada yg xpaham. sebab mula2 dia ceritakan pasal sejarah tanah melayu. a bit boring la.. tapi lepas setengah jam, dah nampak apa yg nak diceritakan. mengenai org melayu dan agama islam. dengan keadaan dunia sekarang ni, bangsa melayu yg semakin ditindas barangkali, dan umat islam yg semakin diperkotak katik kan.. bl dgr suara dia yg berkobar2 bg speech, rasa mcm eh, aku pun nak berjuang sama utk pertahankan bangsa aku. nowadays, klau kita tgk senario di malaysia, kucar kacir. politik 1 hal, dan lain2 turut terkena tempias. sedih sgt bila org melayu sendri tidak mempertahankan bangsanya. apatah lagi umat islam. kenapa mesti kita yg bergama islam perlu tunduk kepada bangsa lain? utk dapat nama? pengaruh? kekayaan? sampai lupa kepada agama dan asal usul.
bila diceritakan mengenai usul utk tidak lagi mejadikan islam sebagai agama persekutuan, aku takut sangat. mungkin belum sedar. sebab dari kebanyakkan kita, tidak mahu mengambil tahu isu semasa. terutama isu politik. jgn kat org lain, aku pun sama. nak tgk berita pun xdak mood. asyik cerita pasal politik. kau tuduh aku, aku tuduh kau, kau tipu sini, kau rasuah sana. eh, malas. tapi kita lupa itu sebahagaian dari masa depan kita, masa depan bangsa melayu, masa depan org islam. bila dgr dia bercerita dan bercerita, siap dengan fakta2nya, fewwww, masing2 diam xberkutik.. gini rupanya senario malaysia sekarang.
ekonomi dah dikuasai oleh bangsa lain. nanti pendidikan, lepas tu ntah apa lagi. nanti apa yg tinggal utk bangsa melayu? anak2 kita nanti? agama islam apatah lagi? kena tau apa tujuan kerajaan buat pembangunan dan kemajuan sekarang. utk siapa dan kenapa? jgn biar bangsa kita ditindas, agama kita diperlekeh. tapi ada umat islam yg biarkan agamanya ditindas, semata2 utk kepentingan sendiri.. fikirkan...



** dunia sudah akhir zaman barangkali.. wallah hu aklam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...