hari ni kat FB penuh la ucapan hari guru. last week ucapan hari ibu. bulan may ni mcm2 hari ada. hari buruh, hari ibu, hari guru, hari jururawat. syok kan?
teringat aku kat cikgu2 skolah dlu. cikgu tadika aku dlu, until now masih mengajar di tempat yg sama. dan dia masih kenal aku. dah 25 thn dah. lama dah eh?
cikgu skolah rendah, erm, dah lama xjumpa. mungkin dah ada yg pencen. dlu masa skolah rendah, cikgu yg paling aku suka, cikgu bahasa inggeris. cikgu roziana. cantik sgt! dlu dia slalu ajak aku dgn 2,3 org kawan g tdor rumah dia. saja. sronok2. kami sukalah sbb dia ada baby yg comey badan ketak2 bambam kuss semangat. suami dia pun cikgu jugak. mak bapak aku kasik aku pegi umah dia sbb tau cikgu tu baik. dlm sebulan tu kadang2, 2,3 kali pegi. xdak buat apa pun. saja dia nak bawak. then dia ajar la kami buat homework sket2, pastu kami tlg dia jaga baby dia. cikgu roziana ni kena jaga koperasi skolah. klau nak g bli barang, nak set up koperasi tu, dia ajak la kami temankan dia. pastu dia belanja makan. syok la kan? sampai gaduh la dgn kawan2 sebab asyik aku ja yg dia ajak g umah dia. nak buat cemana kan? dia suka aku, xsuka korang.. hawhawhaw.. dah lama sgt xjumpa dia. 5,6 tahun lepas pernah terserempak dgn dia. dah xjadi cikgu dah. dah naik pangkat, keja kat jabatan pendidikan.
ada lagi 2,3 org cikgu skolah rendah yg baik2, yg aku suka. ada sorang cikgu maths, garang jugak tapi baik. cikgu tu cool je, slalu tdor. hahaha. ada lagi sorang cikgu. huishh aku menyampah la. cikgu bahasa inggeris jugak. tp ajar masa darjah 6 kut. perempuan. garang ya ampun! dia penah marah kaw2 punya. panggil kat depan kelas,pastu torture aku baek punya. padahal, puncanya aku dgn 2,3 org kawan2 ni gaduh. alah, gaduh budak2 kan? pastu aku cakap la bodoh. kawan aku pun sama, lagi kasar kut. tapi dia point kat aku lebih sbb dia dgr aku cakap bodoh. menangis2 aku sebab kena marah dgn dia. ngeng btoi laaaa. ntah kat mana dia skang xtau. klau jumpa pun, xberapa nak ingat muka cemana dah. subab xsuka, so, xpayah la ingat muka dia kan? hahahhahah
skolah menengah adalah best. aku rasa smua org suka zaman skolah menengah kan? cikgu2 smua baik. sebab aku pengawas skolah, so xdak hal dgn cikgu2 kan? ada jek yg garang, tapi aku chill je. pastu abah aku keja skolah tu. so, aku baik la dgn cikgu2 sbb abah aku pun baik dgn cikgu2 juga. yg xsyoknya, cikgu2 pun panggil aku pakwi, xpanggil nama aku pun. dibantainya panggil nama bapak aku terus. glamer iolls.. hahahah. pastu klau ada apa2, cikgu nak marah pun xsampai hati sebab ingat kat bapak aku. selamat la kan? hehe..
sekarang ni, kadang2 terserempak jugak la dgn cikgu2 skolah tu. yelah, aku keja kat perlis jugak kan? ada yg masih ingat, and ada yg xberapa nak ingat. xpa2, cikgu saya maafkan. cikgu ada beribu2 lagi anak murid utk ingat selain dr saya yg xberapa nak hot ni. hehe.. paling aku suka cikgu maths aku masa form 5, lelaki. cikgu tu mcm alim ulamak sket. hari2 dia smayang dhuha. klau kena jadual maths tu time dia g smayang, hore hore la kami. pastu cikgu ni waktu mengajar, bosan nak mamp laaaaa. slow2 je. ajar maths kut. pastu klau kami sembang dia xsuka. dia akan cakap " kakcik dgn bangcik, klau xmau dengar, kakcik tdoq. jangan kacau kawan lain nak belajaq." pastu aku apa lagi, bantai tdoq la kan? hahhaha. dia xmarah ok! dia lagi suka kau tdor, dari kau sembang and bising. ganggu org lain nak blajar. ada sorang classmate aku, lelaki, pun suka tdoq mcm aku. budak2 kelas dah tau dah, klau waktu subjek maths, waktu utk kami tdor. hahaha. yg hairannya, bila exam, budak laki tu blh plak skor A. aku? C okeh!! padahal kami sama2 ja tdor, tapi cemana dia blh dapat A aku dapat C? musykil btoi aku.. haishhhhh..
aku dlu baik je dgn cikgu. budak2 skang ni aku tgk hoih melampau btoi. selamba ja nak bantai cikgu kan? kami dlu xberani la dik oiii. diorg yg duk mengajar kita, latih kita, dari xtau jadi pandai, dari xcerdik, akhirnya jadi org. diorg sabar je layan kerenah kita. menjerit2 kat depan mengajar walau kat belakang anak murid tdor. lagi jahat, bersembang kat belakang sambil mkn kuaci. dlu2, xdak pun kes cikgu pukul budak skolah. xdak pun sampai nak buat report polis bagai. ada la, tapi kes2 terpencil. nowadays, asyik kluar paper cikgu pukul pelajar. kadang2 nak salahkan cikgu pun xboleh. yelah, pelajar pun sama kurang ajar kan? melawan cikgu, mana xkena bantai ye dok. laki perempuan sama jek. aku hairan la cemana korang boleh melawan cikgu, menjerit2 klau cikgu marah. diorg mencurahkan ilmu kat kita kut. memang ada jugak cikgu yg buat hal. tgk kepada keadaan la. klau kita salah, mmg la cikgu marah kan? xpayah la sampai nak pukul cikgu, nak maki hamun cikgu, nak balas dendam bagai. xberkat ilmu yg ko dapat. hujung2 ko gagal. pastu xberapa nak jadi org. pastu nak menyesal, nak mintak mahap dgn cikgu. dah xguna derr..
kualiti guru pun xmcm dlu dah kan? cikgu zaman dlu, zaman2 aku la, btul2 mengajar utk bg anak murid diorg pandai. skang ni, cikgu yg muda2 ni, kadang2 xnampak sgt kesungguhan nak mengajar tu. harap2 xsmua mcm tu lah ye? kedepan2 cikgu2 nak mengajar anak saya pulak. moga2 kualiti cikgu2 sekarang terus meningkat menjadi lebih baik.
tak ada cikgu, siapa yg nak mengajar kan? martabat cikgu nih kekal sampai bila2. sampai ke tua org panggil cikgu waaupun dah pencen. dan org akan hormat bl org tau, ohh dia ni cikgu. sebab? kerjaya seorang cikgu ni bukan mudah.. kau jadi pegawai besar, kerna didikan awal seorang guru.kau jadi menteri, kerna gigihnya cikgu mengajar suatu ketika dlu. kau tahu membaca, dari seorang guru.
aku klau jadi cikgu? erm... dlu penah gak ada cita2 nak jadi cikgu. masa skolah rendah la. sebab suka kat cikgu roziana tu lah. dah masuk skolah menengah, cita2 dah berubah sebab banyak cikgu garang. hahahha. mungkin tidak la kut klau aku nak jadi cikgu. xdak talent. mau larik habis anak murid aku nanti. hari2 menangis nak tukar skolah sebab cikgu garang. hahahaha.
tapi, semua org adalah seorang cikgu sebenarnya kan?
cikgu terbaik aku dari dulu, kini dan selamanya....
sweet dok cekgu saya??
dan sekarang, aku menjadi cikgu kepada anak sendri. ikut setakat huruf A saja, bilang nombor 3 saja yg tau. xpa2.. mama sabarrrrrrrrrrrr ajar awak amni.. sebab awak anak murid yg comel!
No comments:
Post a Comment