ni cerita sabtu lepas. dah lama teringin nak buat nasi ayam, tapi malassss. rasa mcm renyah. aku suka masak, sebab ada laki suka makan, tapi suka masak yg simple2 saja. sebab malas nak kemas lepas masak. bahahah.. lagipun yg simple2 pun sedap apa? masak simple2 pun laki aku mkn 2,3 pinggan, klau masak yg tak berapa nak simple silap2 periuk pun dia makan. bertambah buncit nnt, xmo xmo, xensem. amboihhh.. alasan diaaaaaaa..lagipun, nak menguatkan alasan, laki aku tu masak pelik2 yg dia xberapa nak suka, kuis2 ujung jari ja. buat tension aku ja, masak teruk2 dia xmakan. baik kita ulang resipi yg sama sudahhh..
so, sabtu lepas, menggedik rasa nak buat nasi ayam. lagipun amni suka. slalu beli ja. haishh, kesian anak aku.. punya semangat, pkul 11 dah masuk dapur. giteww.. agak frust sebab xdak ayam fresh. nak kluar g pasar tani, malas la pulak. nak usung amni lagi, ayam lagi. kita pakai ayam yg duk beku dlm esbox jelah.. beriya la google resipi. cari hok paling senang. hahaha.. cilok dr mana, tidak lah ku ingat sebab dah lamaaaa..
pungpangpungpang2, akhirnya siap jugak. dah mkn, kol habaq kat laki kata masak nasik ayam sedappppppppppppppp sebab amni mkn bnyk. muahahah.. overrrrrr.
dah siap masak, eh, xdak la susah mana punnn..
resipi aku mudah je.. nak keeee?
sup ayam
cuci and potong ayam ikut suka besar mana nak. gaul2 dgn bawang putih yg ditumbuk halus. agak2 la banyak mana bawang tu. pastu rebus, masuk halia sket. dah empuk, sejatkan ayam tu. oh, air tu masuk byk pun xpa sebab nnt nak guna utk masak nasi. asingkan sket air rebusan ayam td utk buat sup. utk sup, masukkan perencah sup mcm biasa. aku tambah2 ubi kentang dgn carrot sebab nak buat sayur utk amni sekali. tu feberet dia. pastu masuk garam gula and daun sup lah.
nasi ayam
basuh beras pastu sejatkan. panaskan butter dlm 3 sudu (agak2lah dgn berasnya). tumis bawang putih dgn halia yg dikisar. masukkan serai, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga. dah naik bau, masuk beras. goreng2 kejap. pastu transfer ke periuk nasi and masukkan air rebusan ayam tadi (yg diasingkan bukan sup yeh). masukkan garam sket, kacau2, pastu tanak mcm biasa. agak2 lah ye air tu. aku main agak2 je, nak sukat pakai jari, panasssssssssssss.. seb baik nasi elok je, xmentah, xlembik.. ops, bule masukkan daun pandan klau ada.
ayam
tumbuk bawang putih, masukkan sos tiram, kicap, madu, gaul2 dgn ayam and perap sekejap. aku perap dlm 15mnt, then goreng. goreng tu sekejap je sebab ayam kan dah rebus td. aku guna madu yg beli kat vietnam dlu. manisssssssssssss je.
sos cili
cili merah, cili besar, garam, gula, bawang putih, tomato. blend together dgn sup ayam. banyak mana cili agak2 lah ye, ikut kepedasan. pastu masak sekejap, aku tambah sos sket. done!
hasilnya..
wallaweiii...
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. aku pulak yg terliuoq tgk gambar ni.. oh, utk kicap aku xbuat sbb dah sedap dah ni. hahaha.. ayam tu sedappp. manis2, masin2.. aiyoyoooo.. kena repeat nih. stok sos cili tu ada lagi dlm peti hais... nasi pun wangi jaaaaaaa.. nak hantar ke umah mentua, xberapa nak confident sebab 1st trial kan? next time i send u mangkuk tingkat yeh mama.. mihmihmih
ini amni punya. carrot dgn ubi kentang aku potong kecik2 supaya senang dia mkn. budak tu suka sgt lah dpt nasi ayam.. mama masak okehhh..
oh, sup dgn nasi tu aku buat tawar2 je. buh garam tapi xrasa masin sgt pun. sebab nak kasik kat amni kan? not gud utk amni klau masin2. utk mama papa xpe, sebab sos cili and ayam goreng leh kaver ketawaran itu.. :-)
bajet budak besar, nak mkn sendri. sekarang ni xmo sangat org suap2. nak mkn sendri je. so, kena guide sket. kena tlg pegangkan sudu bila dia nak suakan ke mulut. klau tak berderai nasi jatuh sebelum masuk mulut tu. suka dia sebab ada ayam, ada ubi and keyet (carrot)..
hasilnya selepas hampir sejam ....
licin!!! ini betul eh. dia mkn habis. susah wooo nak tgk dia mkn habis licin gini. sekarang ni selera mkn dia mcm bagus sket. makan banyak.. mlm tu mkn nasi ayam lagi, pun selesai semangkuk. syabassss anak ku!
gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut suka hati...
ajak mama main pas makan. tidak kah kau tahu wahai anakku, mama mu laparrrrrrrrrrrrrr nasi ayam yg sedap ituu?
dah kenyang mkn, moh le kita tdor. nak tdor, habis tanggal baju smua. bogel jelah nak oii.. hehe..
so, meh le cuba resipi nasi ayam kak yah yang sap sap soi tuh.. senang dan sedapppppppp insyallah.. laki blk, mkn mlm tu bertambah2 jugak.
ai is happy wife and mother.. yippieeee...
No comments:
Post a Comment