Tuesday, August 06, 2013

Menu buka puasa minggu lepas..

tajuk dah bgtau dah. minggu lepas mood nak memasak mmg dah kelaut. minggu ni lagi takda mood. aku dah plan baek punya. start jumaat lepas. jumaat buka posa umah mak aku. bawak adik aku 2 org dtg umah. diorg dah start cuti skolah then nak beli sket2 lagi utk persiapan raya, so pakat dtg lepak umah aku weekend lepas. so, sabtu buka posa kat umah aku tapi smua tak masak pun. g param, korang beli la apa korang nak mkn. aku cuma buat daging goreng kunyit dgn iakn dori goreng tepung. sahur, masak nasi, buat telur dadar. mlm lagi 1 tu, laki aku beli kfc. budak2 tu mudah je mkn. ahad blk hantar adik aku, so berbuka kat umah mak. isnin semlm berbuka umah mertua pulak. kena adil yeh? hehehe.. eh, aku klau g berbuka umah mak aku or mentua, mmg tak masak la kan tapi takde la g tangan kosong. slalunya time ni lah nak beli ayam golek sekor sebab ramai. so berbaloi beli. takat kami 2 org nak makan, tak habisss...
selasa puak, berbuka kat luar dgn family aku smua. last day, rabu, xtau lagi kat mana. yg pasti tak masak dah! bahahaha..

meh nak tayang lauk pauk minggu lepas.. baru hegeh nak update. malehhh..


dah lama teringin nak makan nasi beriani kat repoh beriani house tu. mlm bila ntah pegi dah tutup. ni hari isnin lepas kut. blk keja, pas ambik amni, aku terjah sana terus. pegi awal, banyak lagi  nasiknya. beli 2 set. ayam dan daging. 1 set rm10 je. klau ambik kambing, mahal sket, rm16 kut. 1st time beli, tak tau la cemana kan? skali, nasi banyak gila! penuh 1 bekas putih tu. lauk pun sama. ayam besar gabak, daging sampai 2 ketoi besar tapak tangan. 1 set boleh mkn 2 org. pastu siap ada acar, dalca, papadom dgn air asam cili tuh. smua 2 set lah. banyak oihh. lepas beli, call laki jgn beli apa dah sebab banyak dah ni. pastu singgah kat gerai dekat2 rumah jugak beli kuih dgn air kelapa. sedap air kelapa tuh, sebijik rm3 saja. aku sorang telan habis sejug. hahaha. beli kuih, tapi tak sedap. so, bebuka hari tu aku melantak nasi beriani. tapi sebekas tu kami anak beranak mkn tak habis pun. laki aku pulak tak dengar apa aku bgtau, jgn beli lauk. skali blk, mcm2 dia beli. aiyaaaa. beli cucur udang, beli ayam golek, beli kerabu kaki ayam. sapa mau makan derrr? last dia yg habiskan kerabu yg banyak gila tuh dgn ayam golek. nasi beriani dia cuit2 sket je. sahur aku mkn nasi tu jugak. ada lagi lebih, esok tu bekalkan utk amni.

amni suka nasi beriani tuh. nasi olen (oren) katanya. bnyk jugak dia mkn. budak ni suka nasi selain nasi putih kan? so, makan nasi saja pun ok je dia nih.


yg ni lupa dah hari apa. saja gigih masak. minggu lepas, skali ni je kut masak bnyk. hr lain, masak 1 lauk je, pastu beli. lagipun nak habiskan barang basah dlm peti ais. masak apa yg ada and simple saja. kuih mcm biasa, beli. ikan bawal rupanya ada lagi dlm esbox. tpi memandangkan dah lama, kita buat sambal lah. ayam ada sket, buat ayam rempah. pastu sayur utk amni. carrot dgn bunga kobis, pastu pecah telur. dah lama amni tak mkn telur kut.

kenit ni mkn telur dgn keyet (carrot) la mlm tu. lagi bnyk mkn tu dr nasik kut. tak kisah lah, janji awak makan yeee..


ni menu hari jumaat lepas. semua beli. pecah rekod. hehe. hari tu teringin laksa. gi param, carik laksa dulu. seb baik sedap gak. then, carik la lauk utk laki aku sket. beli siput masak lemak, paprik ayam dgn ayam goreng and kuih  harus ada. taktau nak beli kuih apa utk amni hr tu. beli karipap 2 biji. 1 dia mkn, 1 mama mkn. karipap dia mkn kulit luar je, inti pedas. pastu roti jala berlauk, papa mkn. tak sedapp.
nak crita sket. aku kan tak pernah beli lauk kat param bulan puasa ni, so bila nak pegi beli lauk, dah pusing 2 round, tapi 1 apa pun tak beli. jadi tak reti nak beli. dr dulu2 kut. dah terbiasa, klau g param, nak beli lauk berbuka, slalunya aku beli ayam percik ke, ayam golek ke, ikan bakar ke. lauk2 yg mcm tu je. kut nak beli asam pedas ke, sambal sotong ke, masak lemak ke, memang tak la. sebab bila tgk ke lauk2 tu smua, terpikir jap, sedap ke diorg masak bulan2 puasa ni? tgk lauk, biasa2 je. mcm aku masak je. aku masak lagi sedap kut, tapi malas masak je. hahaha. ngeng punya perempuan.
pastu klau beli banyak, kang tak habis, nak beli sikit, diorg tak jual. ada gerai, smua lauk kena start dr rm3 okeh? nak beli rm2 tak boleh. nak mkn 2 org, buat pe bnyk2 kan? aku penah kena, beli dah la rm3, pastu tak bnyk mana, sejemput je, blk mkn tak sedappppp. tak habis mkn masa berbuka, simpan and panaskan balik masa sahur. skali tgk basi!
tu lauk yg beli tu, haram tak habis pun. sudahnya masuk tong sampah. laki aku mkn sket je masak lemak tu. yg habis ayam goreng je. sebab tu aku tak suka beli lauk kat param. laki aku jamah hujung hari je. dia tak cakap pe, tapi aku paham la kanaaaaaaaaaaaaa. nak jugak bini dia masak. pfffff.

semlm bgn sahur, aku kemas2 peti ais sket. mana2 yg rasa dah lama bertapa dlm tu, dha keras kejung, tak makan pun, so kita humban ke tong sampah sajalah. sayang tu sayang lah, makanan pplak tu. tapi dah dekat seminggu dlm peti ais, makannya idok pun. aku ni bukan pemakan sgt, nak ulang2 mkn. lainlah kalu benda yg aku suka. tu pun takat sehari 2 je, pastu nan hadooo. cuci2 periuk belanga smua. kutip2 bekas2 turpaware smua, biskut2 yg dah lama2 tu, buang. kosongkan bekas, nak isi kerepek2 raya pulak.. peti ais dah kosong, lemari pun clear. kita isi kuih raya and kek raya pulak yeh. mlm ni nak cari kuih sejenis 2. aku tak beli pun lagi. kuih baru ada 2, kerepek je yg bnyk. kuih kita mkn kat umah org je. klau beli bnyk, kang bnyk la aku telan. aku dgn kuih raya ni berhantu sket. mkn bnyk kang, rugi je kak yah diet bulan puasa ni kan? hehehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...