Tuesday, August 27, 2013

Novel baru


dah lamaaaaaaaa tak beli novel. nahhh.. skali beli 3 ku bedal. rabak poket  kak yah..
but sokay, dah nama hobi, kesukaaan, minat, kegilaan, apa ada hal kan?

aku beli ni lama dah, 17hb julai. dah lama tak terjah kedai buku feberet aku tuh, so taktau ada novel baru. pasaipa feberet? sebab beli kat situ dapat diskaun. suka suka sukaaaaaa.
sapa kata shopping baju, kasut ja ada diskaun. beli buku, stationery pun ada diskaun maaaa. lagipun dulu2, tahun 2005 aku penah keja kejap kat kedai buku ni. dlm 3-4 bulan camtu. so, i is terer buat fotocopy yeh.. heheh..

mcm biasa, aku cuma beli buku dari NB Kara. nak2 pulak buku dari novelis kegemaran, norhayati berahim. pasaipa? dah banyak kali cerita kut. sila godek entry dgn label novel yehh..

dah lama tak beli, dah lama tak baca novel nb, skali aku tgk ada 3, terus ku rembat. tak tangguh2 dah. sipnopsis tak penting, janji tulisa norhayati berahim. confirm tak mengecewakan aku. gituuu fanatik kak yah kat ahkak norhayati berahim kita. eh, dia dah lama tak update blog tau.. nape eh?

moh nak review sket pasal novel2 tu smua. kenapa skang baru review? sebab baru habis baca. ikutkan seminggu bule habis dah 3 ketoi tu. tapi bln puasa hari tu aku sibok sket. buat assignment, pastu baru habis final exam ni. baca novel pun time nak tdor je, tu pun sket2 sbb amni kacau. lagipun bulan puasa hr tu, iolls baca quran lebih sket. kang duk ngadap ni, terbaca yg ni lebih dr quran pulok. not good yeh..

siapa kata baca novel ni sia2? no no nooo..

novel pertama, lenakan tidurnya, aku dapat ilmu pasal ilmu hitam, saka, sihir dan seangkatan dgnnya. mcm mana nak lawan, ayat apa nak baca, apa nak kena buat. best cerita tu. pasal nenek tua yg berdendam dan memusnahkan kehidupan anak menantu sendiri. bela hantu, hantar kacau rumahtangga anak sendiri. ada cerita pasal bandung, pasal kerjaya, pasal kehidupan, kasih sayang, cinta. dan yg paling penting, unsur keislaman dan ketuhanan tetap jadi keutamaan. itu yg  buat aku suka dgn novel dr nb. ayat2 al-quran, hadis2, sentiasa diselitkan. watak2 baik yg ditonjolkan buat kita rasa nak jadi mcm tu. tak percaya? sila baca.

novel kedua, untukmu segalanya. sinopsis? saya lupaaaaaaaaaaa.. dangg!
ok jap dah ingat. haha..
rasanya yg ni bukan novel baru. cetakan baru kut. betulkan klau aku salah. novel ni sedih sgt. kisah persahabatan dan percintaan. sahabat,jiran dr kecil dan si wanita jatuh cinta pada kwn lelaki tersebut. tapi laki tu tak layan and ada girlfriend lain. but sokay, perempuan tu tabah je. dlm ni ada cerita pasal agen hartanah, so dpt ilmu sikit. then dia kenal dgn seorang lelaki lembut yg akhirnya kembali jadi lelaki sebenar. seorang fashion designer, ada butik sendiri, ada rupa, tapi kesunyian sebab tiada keluarga. so, terjerumus menjadi lembut dan ada boyfriend. last dia berubah menjadi lelaki sejati dan muslim sejati tapi mati sebab kanser. last wanita tu kawin dgn kwn lelaki yg menolak dia pada awalnya. yg akhirnya sedar, hidupnya kosong tanpa wanita tersebut. endingnya agak sedih pada aku. mengalir air mata kak yah.. huhu..

novel ketiga, cinta yg hilang. baru habis baca kelmarin. thats y entry n baru keluar. hahah.. novel ni paling tebal kut. lenguh tgn aku. hehe.. tapi syok jugak. kisah isteri yg suaminya seorang motivator, tapi diri sendri pun tak da betul mana. akhirnya ceraikan isterinya sebab nak kawin dgn yg lebih muda. end up nak kembali kepada isteri pertama sbb isteri baru tdk sesabar isteri pertama. kisah anak mereka yg menanti cinta yg terpisah, kisah lelaki yg sgt baik pekerti, atok yg sgt best, kisah masyarakat kg, org kaya. dpt ilmu utk bela itik, ilmu mengenai paris, brussel, mcm2 lagi.

paling aku suka antara 3 ni, ialah novel 1st. 

org muda belia or remaja maybe tak minat dgn novel dr nb sbb ceritanya menjurus kepada kekeluargaan, keagamaan, ketuhanan. kisah cinta tu ada, tapi minimal. tapi aku suka!

now, cuba menjadikan watak2 dlm novel sebagai inspirasi. cuba utk jadi lebih baik, lebih sederhana, lebih sabar, lebih sempurna. insyallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...