Tuesday, February 04, 2014

Amni

dah lama eh tak da entry pasal anak dara aku tu..
jangan kata entry pasal Amni, entry lain pun nan hadoooo.. hehehe

cik kuntum tu dah 2tahun 5 bulan.
Alhamdulillah, sihat je dia.
bila ntah ada karang 1 entry pasal perkembangan dia. sambungan entry perkembangan dia pasal bercakap tu. yg baru tu citer pasal pemakanan dia pulak.
tapi tak siap, so tak publish lagi sampai ke sudah.
entah ada ke tidak dlm draf.

budak tu skang ni, akal dia, huiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. tak terjangkau dek akal kami ni.
macam2 hal. budak besar tu belajar melalui apa yg dia lihat dan dengar kan?
sooooo, ada saja la dia nak menjawab klau kena marah.
pastu ada sajalah kelaku dia yg buat kau mcm tak percaya yg dia baru 2 tahun 5 bulan.
tak pun ada lagi kelaku dia yg bule buat kau urut dada.
nak marah ke nak gelak.

pakai baju sometimes dah pandai memilih. now hari2 nak pakai baju kembang.
kadang2 datang peel gedik mak enon dia, malam2 pun nak pakai baju kembang.
jenuh nak auta..
dah pandai pakai seluar sendiri. tgk gambar last, muka hepy kemain sebab berjaya pakai seluar sendiri.
gud job anak!

skang ni bajet cun mcm princess pulak. dah mengikut kazen dia dah ni, Hana.
dulu hana je feeling2 princess, now dia pulak. terlebih2 pulak tu.
Hana ok lah dah 6 tahun, ini ko baru 2 tahun setengah nak.
klau nak keluar g memana, haaaaaaaaaaa, tu yg paling haru.


round the clock..
gambar 1st, mlm2 nak pakai baju kembang. seb baik ada selai baju tidor jenis gaun. so, pakai jelah yg tu. tapi kena pakai sluar panjang kat dlm sebab tdor buas kemain.
gambar 2nd, kemain pakai rayban pakndak sambil naik beskal, pusing2 dalam rumah. bila kita nak ambik gambar, kemain posing..
gambar 3rd, nak g kenduri. sebok la nak pakai spek, nak bawak beg bagai. turun kereta, nak jln ke umah kenduri ada dlm 50m camtu. dia nak pakai spek, panas katanya. diva sangat kau nak.
gambar last, posing cekak pinggan kemain. pinggan pun takda nak kau tu. dgn angin sepoi2 bahasa, baju kembang2 bajet hot habis. tapi muka jangan harap nak senyum.
mama baini kata Amni dah pandai senyum ambik gambaq. takdanya punnnnnnnnnnnnnn. gambar senyum tu smua poyo belaka. nak bg dia senyum, kena tanya dia mana gg, tunjuk gg. so dia sengih la tayang gg dia. nampak mcm senyum la kan? padahallllllllllllllllllllllllllll...


haaaaaaaaaaaaaaaaaa. nilah dia spek mata kebanggaan.
gambar 1st tu nak g pasar mlm je okeh.. kalut la nak pakai spek, nak pakai tudung. layan jelah..
gambar bawah, nak g kenduri. seronok sangat sebab blh pakai baju laya2 (maksudnya baju raya. dia panggil baju kurung baju raya).

 
ni masa tak berapa sihat last month. dia ni sensitip. klau mandi awal pagi, air suam pun blh kena selsema. dlu aku mcm tak perasan sgt. tapi bl kerap pulak dia selsema, kena pantau. so now, klau weekend, pkul 10 ke atas baru mandi. paling awal pun 9.30am. kat umah pengasuh pun gitu jugak. dah pesan. selsema pakej skali dengan batuk. rimas kan budak selsema batuk? diorg tak pandai buang hingus, buang kahak. lambat nak lega. ubat pulak kena g klinik pakar kanak2 kat alor star je. skali ambik ubat, jumpa doc, mau cecah rm100 gak. klau klinik lain tu blh, cuma lambat sket la leganya.


now dah kurang kacau aku sembahyang. sebab dah kena warning kaw2. hahahahah.. nanti mama jentik katanya.
kalau tak, aduyaiiii.. time tulah dia nak sayang mama, nak peluk mama. klau aku sujud, naik atas belakang. bila duduk antara 2 sujud, dia mai duk atas riba ni. masa berdiri, dia masuk dlm telekung, siap tarik2 tgn. mmg takda lah khusyuk tu. tapi aku tak penah layan la. biar jelah dia nak buat apa. teruskan solat jugak. aku dgr ceramah agama, katanya, bila solat biar anak tgk. dia kacau, bukan berdosa pun. nabi pun solat sambil pangku cucu kan? ada adab dia. sila belajar.
hasilnya, now klau aku solat, dia pun sama nak ikut. dlu jgn harap nak pakai telekung. now, dah suka. dia buatlah cara dia. berdiri, mulut kumat kamit baca apa tak taulah. tungging terbalik smayang. biar je. budak2 besar ni kan mudah mengikut.. mama suka nak! suka sangat.
skang pun dah pandai baca bismillah, tapi dengan cara dialah. dah pandai mengucap. klau bersin or sendawa dah pandai cakap alhamdulillah. nak masuk umah, dah pandai bagi salam. nak makan, baca doa dlu. tapi bismillah je pun. tak pe, slow2.


minat lagu hindustan!! pitam maktok klau tau ni.. baru btui cucu mami penang. hahahahaha.
cemana blh terjebak tak tau la. kartun2 tu smua dia tak minat sangat. layan gitu2 je. tapi klau lagu hindustan, terguling, meniarap, tu ha siap sila panggung lagi kaki tu. sehari tak tau brapa kali ulang sampai aku pun naik cemuih. mula2 tgk kat dlm hp papa. dia download utk annual dinner opis dia dlu. sesaja tunjuk kat amni, tersuka pulak dahhhh. now masuk kat tab dia. lagi la sronok sebab skrin besar kan? maybe dia sronok sbb lagu hindustan music kan rancak, pastu ada org duk  menari pulak. sukati lah nak, jgn over sgt sudah.. tapi, lagu nasyid pun dia suka. nak klau pasang qasidah Ya Hanana tu. tak pun kat Astro Oasis, Asma ul Husna. memang dia layan la. fitrah budak2 kan..


ni bukan senyum mama beni, ni tayang gg. jgn tertipu ngan kenit ni. jangan harap nak senyum bila ambik gambar. tapi dia tau kau suh pose nak ambik gambar. senyum je tak pandai.

waktu mood elok, seronok melayan. tapi bila datang angin ribut taufan, apa pun tak boleh. aku ni tak sabaq sangat. nak menaga ja klau dia buat perangai. kadang2 makan saman, kadang2 tak. sometimes bl kita warning, faham. sometimes klau dah meraung tu, cakap la apa pun, takdanya nak dengar. lagi kuat meraung ada. kena peluk, pujuk2, kiss2, baru ok. pastu mak kau 1 keja apa tak payah buat duk layan
awak jeeeee. kalau dengan papa lagi sronok mengada sebab papa melayan. dia takdanya nak marah anak. kadang2 aku pulak naik geram. sesekali dia haipppp kan amni, tersedu2 menangis. hahahahaha...


buat drama bila kena marah sebab punggah mainan. memunggah mmg pandai. bila suh kemas, ngelat. macam2 alasan, sakit kaki la, sakit tgn la, letih la. pastu blah camtu ja... mangsa kemas ni slalunya papa la.. ahahahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...