Tuesday, February 04, 2014

Cameron Highland Day 1

setelah sebulan lebih, jom kita share cerita percutian terkejut tergempaq ke cameron highland. hehehe..
kami ni slalu sgt dah unplanned klau nak g memana. ni smua laki aku la  nii..

memula plan nak ke bukit merah or cameron highland on 21-22 dec. masa awal cuti skolah, anak abg aku, Amierah dtg sini. plannya, nnt nak hantar dia blk, kami dari sini turun ke bukit merah. then abg aku sefamily pun turun dr KL ke bukit merah or ch. jumpa disitu. lagipun ada berjanji dgn adik, klau dpt 5A dlm UPSR nak bawak dia g bukit merah, so kena la bawak kan?  tapi amierah dah balik awal dr plan. abg aku dtg ambik, blk naik flight sbb ada kecemasan kat umah mentua dia. adik ipar yg sedang tgg hari nak bersalin, tapi baby meninggal dlm perut. Al-fatihah utk baby. pastu abg aku pulak kena g Dubai, keja. so, cancel cameron highland sebab takut tak sempat. dah book homestay dah sebelum tu.

then, plan pulak pungpangpungpang bagai dengan laki aku. takkan semua cancel katanya, dah janji nak g jalan2 kan? mak aku pulak  cakap tak payah la g bukit merah. pikir2 betul jugak, bayar duit tiket memahal, kang mak aku duk lepak tepi pool je. hahaha. dia yg cakap eh, bukan aku. mak aku cakap dia nak g pantai merdeka jee. pikir2, yelah jom kita pegi sana. kat sungai petani pun ada taman tema. The Carnival tu ha. tiket pun jauh lg murah dari bukit merah tu. so, aku pun book hotel siap. padahal nak g sungai petani je. dr kangar ni 2 jam je kut. saja, dah nak bawak mak dgn adik aku jln2. tak mau rushing2, kita tdor sana je.  nak g The Carnival, nak g tanjung dawai, nak g pantai merdeka. klau sempat blh p umah sedara sekali.

tapi laki iolls buat spoil. hari khamis mlm jumaat tu, dia blh plan nak g cameron highland. nak pegi jugak2 ni! takmau g sungai petani. gerammmmmmmmmmmmmm aku! kita dah plan kan? aku tak suka la unplanned ni. tau la cuti skolah, dekat dgn krismas kan? pastu nak bawak mak ngan adik2 aku kan? klau takat kami anak beranak je ok lagi. tp dah dia nak jugak pegi, so kita tawakal la utk carik homestay or hotel. hari jumaat tu gigih la aku call hotel, search kat agoda bagai. esok nak pegi, hari ni baru nak book hotel. cuti skolah, weekend pulak. phewwwwwwwwwwwwwww. ada tu ada, tapi hotel semalam 300. 2 bilik, pitam nak bayar. hahaha. nasib baik, rezki hari jumaat, dapat homestay. yay! tapi nun kat Ringlet. boleylaaaa.
dia pun hari tu kelam kabut jugak la g servis kreta bagai nak jalan jauh.

so, mlm tu, kemas2 barang. mak aku pun terkejut sbb tetiba call ckp tak jadi g sungai petani. jom kita g cameron highland. hihi..
on saturday, pkul 5 pagi aku dah bgn. masak siap. mak aku pun masak jugak. bawak bekal dari umah. bajet sampai CH tghr, mesti lapar. aku sebenarnya tak berapa suka dgn makanan kat sana. tak kena dgn tekak. mahap yehh..

pkul 7, kluar dr umah aku. dr umah mak aku pkul 8 camtu. Amni mandi pun tak. tak sedar apa pun dia. nak gerak mcm kesian. budak tu kan slalu bgn lambat.


muka budak baru bgn tdor. bgn tdor, sentap. sebab duk dlm kreta. pastu semua org dah mandi, pakai cun2, dia pakai baju tdor lagi. langsung tak nak bercakap.. hahahah
then, singgah gurun, nak mandikan dia. sambil break1st.


ok, dah comel, dah wangi. mood menggedik pun dah datang. sronok sgt dia sbb g jln2, ada tok umi, ada makcik, ada pakndak..
ops, opismate aku pun join skali pegi CH ni. kami bawak pengantin baru yooo.. hihi..

alhamdulillah, keluar awal, so tak kena jem sgt. naik pun ok je. ramai tu ramailah, tapi takda la semut sgt kereta tu. sampai tanah rata dlm pkul 1++ camtu. pecut ke ringlet pulak. tokey homestay asyik la call, bila nak sampai. dia cakap tanah rata, brinchang jem jugak.
memula nak benti mkn dlu, tapi pikir2 jom g homestay terus la. smayang, makan, mandi, rest dlu.


homestay cantik sgt! selesa. owner, Mr David, cina. ada bnyk homestay uncle ni. buat duit oiii.. dia ada lagi bilik and homestay kat tanah rata n brinchang, tapi semua full. ini saja yg available. ok la, walau jauh sket. lgpun katanya, yg lain smua tingkat atas. apa2 jelah.

3 gambar atas, gambar bilik. ada 3 bilik. blk 1st, ada katil queen, kita kasik pengantin baru. bilik 2nd, ada 2 katil bujang. pengantin lama duk situ. bilik ke 3, ada 1 katil single, ada 1 tilam queen. bilik tu mak aku dgn adik2 aku stay. elok la utk diorg 3 org. rumah tu luas, nak sumbat lagi pun boleh. klau bawak toto takda hal. tapi, gamak dgn tak je nak tdor atas lantai takda karpet bagai. sejuk gedi bila mlm oii.
gambar bawah, 1st, bilik air. ada 2 bilik air yg luas. ada water heater, jgn risau ehh. dapur pun luuuuas, ruang mkn pun sama. uncle ni dah renovate habis rumah ni. sbb tu nampak cun sgt. dapur ada, tapi takleh masak. klau nak masak, dia caj rm150 sehari. saja dia tak bagi sebab penyewa dia ada cina, ada india ada melayu. kalau dia bagi masak, nanti org melayu tak nak sewa umah dia. faham
kan? peti sejuk, microwave, jug kettel semua ada. tapi aku cuma guna jug kettel je, lain2 tak.

tu ha laman dia. klau pandai edjas, 6 bijik kereta bule parking. bersih je umah dia. nak buat bbq pun boleh. luas oi laman ni. umah dia hujung, then tepi jln. nak masuk ke taman ni kena naik bukit sket.
ruang tamu pun luas. tu tgk tv, 70inci kut. puas tgk. astro ada, insyallah tak boring. adik aku sronok sbb ada channel HBO. hahaha.. eh, wifi pun adaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. best kan?

sampai tu, masing laparrrr. laki aku tambah lauk, beli ayam kat MarryBrown. nak lauk panas katanya. kami tak berani gak nak guna oven tu. was2 so tak payah. tapi lauk2 tu smua takda la sejuk sgt. berebut2 makan. heheheh.

dah makan, kasik driver take a nap kejap. the rest, smayang, then siap2 nak keluar. pkul 5++ camtu keluar nak ke pasar malam. jauh kan nak ke brinchang sana, so kita tak payah nak ulang alik sgt. keluar g pasar malam, jln2 pastu blk umah, tdor.

otw, singgah tea farm. yay!!!!


otw tu Amni dah lalok dah. mengantok. masa otw ke CH haram tak nak tdor. seronok ramai org dlm kereta. menggedik je. ni dah mandi, perut kenyang, sejuk pulak, baru nak datang mengantuk. jenuh la kami duk main2 tak bg dia tdor. mama nak tunjuk tea farm kat awak niiiii..


mak ngan adik, afiqah, ni 1st time diorg dtg. adik aku yg boys tu, azrie dah penah dtg dulu, rombongan skolah.. so dia tak excited sgt. heheh..
pengantin baru pun 1st time jugak. ok kan baru kawen bawak dtg tempat sejuk2 ni.. ngehngehngeh....
tak lama kat sini, pusing2, ambik gambar, tgk kawasan je. saja buang masa nak tgg malam. jom kita g pasar mlm pulak.

nak sampai pasar mlm, dah masuk brinchang, jem oiiiiiiiiiiiiiiii.. merangkak kereta. dah la naik bukit kan? ada yg hangit clucth la. nak carik parking lagi 1 azab. kami semua turun dulu, then laki aku dgn azibi (kereta 1 lagi) g parking. time tu dlm pkul 7++. masa tgg diorg parking tu, sejuk ya ampun. angin tuuuuuuuuuuuuuuuu, huii, gigil aku. seb baik bawak sweater amni. pastu aku belikan dia glove. sian pulak tgk dia sejuk. seb baik pakaikan dia jeans, klau pakai legging je, mau gigil budak tu. laki aku rilex je pakai tshirt lengan pendek. tak sejuk pun katanya. puiiiiiiiiii..

mlm tu pusing2 pasar mlm je. beli makanan utk dinner. berpecah dgn kawan aku tu. manusia ramai gila. bersesak2 nak bergerak. aku takda beli apa pun. makanan je. ada beli baju CH kat Amni sepasang. pastu beli stokin jari 2 pasang. nak pakai tdor mlm ni. homestay tu lantai dia marble, sejuk gedi kut, so jomlah beli socks. then beli stroberi sekotak je, laki nak makan katanya. pastu lepak kat tepi2 tgg mak ngan adik2 aku jalan2 dlm tu. sebab duk bergilir2 dgn laki aku dukung Amni. lenguh wooo.. dia tidor dah. masuk je pasar mlm, tak lama atas dukung, tau2 dah lentok. pkul 9 camtu balik homestay.

blk makan2, lepak kat umah je. aku tdor awal sbb Amni mengamok. dia tdor kena ada mama nak pelok, nak gentel. cadangnya nak tdorkan dia je, pastu nak kluar lepak kat luar la. last2 aku pun terlelap skali. sejuk oiiiiiiiiiiiiiiiii..

sronok tdor sbb sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk. laki aku siap suruh slow ekon. hahahahha..

next, tgg entry day 2 yeh.. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...