kita pakai macam mana?
ada macam diatas tak?
ditahap mana kita sekarang?
paling bawah atau paling atas?
kepada siapa aurat kita boleh didehkan?
kepada siapa aurat kita tidak boleh didedahkan?
sekarang mari kita audit diri kita bersama2.
mari kita sama2 istiqomah..
Allah..
untuk gambar paling atas, aku pernah ada dlm situasi tersebut.
mungkin semua, dari A hingga F.. cara berpakaian yg sebegitu.
pakai tudung, baju pun semua lengkap, tapi masih ada yg tak kena.. hmmmmmmmmm..
utk gambar kedua, pernah berada di tahap 5 dan 6.
sekarang berusaha utk berada di tahap 7.
dan berusaha utk berada di tahap 8.
errr.. pernah juga di tahap 3, tapi kadang2 je..
dulu2 laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. zaman awal 20 an tu.
zaman ilmu tak berapa cukup di dada..
zaman sebok kejar ilmu lain, ilmu akhirat buat2 lupa.
dulu, mungkin tak pernah ambil kisah.
bukan tak tau, tau, tapi buat tak tau je..
umor makin meningkat, takkan kita nak terus berada di takuk yg sama.
klau dari segi kerjaya, dari segi pendidikan dah tak blh ubah, kita ubah dari segi amalan agama.
yg mana, semua org blh buat.
perlahan2, kita ubah.
biar lambat dari langsung tak nak.
benda wajib, nak tak nak kena buat.
jgn kata nak tunggu hidayah. tu smua mmg dah tertulis.
yaa,
aku sedang cuba utk jadi lebih baik.
bila kita bersama org baik2, org yg tinggi ilmu agamanya, kita terasa banyaknya kekurangan kita.
terasa kerdil sangat.
bila kenangkan masa lepas, rasa malunya dengan Tuhan, malunya dengan diri sendiri.
malu sebab tak belajar betul2 pasal agama.
pakai tudung, tapi pakai baju tgn pendek.
sembahyang, tapi di akhir waktu, disaat waktu lain dah makin hampir.
baca al-quran tapi tak tau apa maksudnya.
betapa kurangnya ilmu kan?
kasihannya kepada abah, abang, adik2 lelaki, bapa saudara yg nanti turut diheret sama dengan dosa2 aku..
ya Allah.. ampunkan mereka..
seronok tgk artis2 kita yg dulu seksi, sekarang dah bertudung.
menutup aurat dengan baik.
kita yg sedari dulu bertudung, tapi hingga kini, macam tu jugak.
takda peningkatan, takda penambahbaikan.
mereka yg dulunya seksi, jahil, sekarang lebih baik dari kita.
malu kan?
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
mari kita mula dengan aurat.
kemudian dengan perkara2 lain.
sedang cuba dan berjanji dengan diri sendiri.
nak menjaga aurat dengan lebih baik.
baju2 pendek, dah tak pakai. pakai kat rumah je, utk suami.
tudung cuba utk dilabuhkan, menutupi dada dengan betul.
bukan atas dada.
stokin jeeeeeeeeeeeee, belum tercapai lagi.
macam susah sgt ni.
baca al-quran tu selalu. dulu, paling kurang sekali seminggu.
sekarang nak lebihkan baca al-quran dan baca tafsir sekali. insyallah..
nak solat di awal waktu.
klau isyak tu selalu terbabas. aduhhhhhhhhhhhhhh..
tunggu Amni tidor, mak pun tidor sekali, pastu tak sedar sampai subuh.
klau sedar, bgn kencing, tapi lupa nak solat.
syaitonnirrojim betoi!
nak banyakkan solat sunat.
insyallah boleh!
nak banyakkan amalan sunat.
tak susahkan?
yg penting niat..
kalau kita jaga aurat, insyallah yg lain juga akan terjaga.
kena ingat, aurat bukan setakat bertudung sahaja.
bukan membalut aurat, tapi menutup aurat.
bukan berfesyen, tapi kewajipan.
mati tak kenal usia..
insyallah..
niat kerana Allah...
** sumber gambar
in sha Allah..
ReplyDeleteinsyallah.. kita cuba sama2
ReplyDelete