Wednesday, March 12, 2014

Dimana kamu wahai MH370

belum ada sebarang petanda...
Subhanallah... Allahuakbar..
tak ada sedara aku pun dlm pesawat tu.
tak ada kawan aku pun dlm pesawat  tu..
tak ada sorang pun aku yang aku kenal dalam pesawat tu.
tapi semua tu manusia..
ada rakyat Malaysia..
ada umat Islam dalam pesawat tu.
ada anak, ada ibu, ada ayah, ada abang, ada kakak, ada adik, ada kawan..
duhai hati..
sedangkan tiada seorang pun yg aku kenal di dlm pesawat tu, aku resah gelisah tunggu perkhabaran..
inikan pulak keluarga sendiri kan?
resahnya pasti berganda2..

tengok di media massa, makin banyak solat2 hajat dianjurkan.
alhamdulillah..
kita kena kembali kepada Nya..
keep praying!


jujurnya aku juga berdoa..
dari hari pertama.
doa apabila melihat berita di tv.
seterusnya doa selepas solat.
lebih afdal.
sebak dada bila berdoa.
bertambah sebak bila dengar bacaan doa yg dibaca di radio dan juga tv..
sama2 kita aminkan..
moga2 tuhan mendengar.
moga2 ada doa dikalangan kita yg diaminkan oleh para malaikat dan didengar olehNya.

dan di seluruh dunia, dengan pegangan agama masing2, dengan kepercayaan tersendiri, dengan cara sendiri, semua sedang berdoa.



seluruh dunia sedang bersedih..
menangis..
kisah yg sangat misteri..
belum dapat dirungkai, diberi sebarang petunjuk.
pakar2 seluruh dunia masing2 memberi pendapat, bercerita berdasarkan pengalaman dan ilmu yg ada.
tapi sekadar pendapat.
makin bnyk pendapat diberi dan dikongsi, semakin ianya menjadi misteri.
sesuatu yg amat mustahil utk  berlaku dengan kecanggihan teknologi yg kita ada.
kita yg tidak ada ilmu pengetahuan tentang penerbangan pun boleh buntu memikir, apatah lagi pakar2 dan mereka yg terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat.


namun, jangan kita lupa.
ini semua kuasaNya.
ketentuanNya..
percaya kepada qada dan qadar..


siapa yg menonton MHI semlm?
tv3..
aku sempat tgk sket. tengah keja, sambil lalu je lah tgk.
blh tgk kat youtube or tonton.
ada Kapten Norudin Abd. Majid. siapa beliau, sila google. umum sudah mengenali beliau.
Su ada buat review di blognya. blh baca.
kredit tu Suraya, coz ianya sangat bagus!
apa yg diperkatakan oleh kapten sangat mendalam maksudnya..

antara petikan kata2 beliau..
“Kita mesti menggunakan pengetahuan dan kepakaran orang-orang tertentu yang dekat dengan Allah serta keluarga penumpang yang dalam keadaan emosi untuk terus berdoa.
“Dari segi sains, pesawat (MH370) berlepas ke Beijing dan berada pada ketinggian 35,000. dengan kelajuan 855 kilometer sejam dan melepasi Semenanjung.
“Semasa dalam ketinggian itu, belum pun melewati Vietnam, masih dalam kawalan Jabatan Penerbangan Awam, tiba-tiba ia hilang. Tiada kesan langsung dan noktah.
“Sedangkan kawasan itu adalah laluan biasa bagi pesawat ke Asia Timur, termasuk China.
“Dengan adanya teknologi moden orang yang berjalan di lorong kecil pun boleh dikesan, inikan kapal terbang,” katanya dalam siaran khas di Buletin Utama TV3.
Tambahnya, situasi sekarang mengakibatkan dunia keliru tetapi realitinya perlu diterima.
“Bukan tidak pernah kejadian pesawat hilang dan pesawat MH370 hilang dalam keadaan keajaiban sebab bacaan pada radar tidak diketahui, hilang.
“Allah memberi kita segala ‘kunci’ untuk menemui apa sahaja,” ujarnya yang berkali-kali menyatakan keyakinan pesawat berkenaan pasti akan ditemui.

sumber


hentikan spekulasi. yg mengarut dan merepek.
hentikan dakwaan tidak berasas.
daripada bercakap kosong, ada baiknya sama2 berdoa.
moga2 doa kita antara yg didengari olehNya dikalangan berjuta umat Islam...


#prayforMH370

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...