Wednesday, March 19, 2014

Gambar makanan je eh...

hari ni nak tayang gambar makanan je..
korang jgn muntah plak yeh..
hehehehe
ada yg aku masak, ada yg aku beli.
tapi banyaknya yg beli kut..
hahahahaha..
entry tak berpaedah namanya nih...



menu org malas ni namanya..
duduk berdua dgn Amni, masak yang mudah jelah.
telur dadar ngan paprik ayam..
sebab apa namanya menu org malas?
paprik ayam tu ada lauk dan sayur skali.
semua skali harung, senang keja kak yah.
telur dadar tu utk Amni sebab paprik mcm pedas sket.
kenit tu klau nasi putih+telur dadar+kicap pun sapu licin.
senang bela btoi..

ES roti john.
1st time try beli.
diorg buka kiosk kat pasaraya Sri Utama.
org Kangar harus tau pasaraya tu, kat stesen minyak 3 serangkai.
situ ada 3 stesen minyak, Caltex, Shell ngan Petronas.
antara stesen minyak tu ada pasaraya Sri Utama..
sesak oih situ..
eh, nak crita pasal roti john ehhh?
hahahah
sedap jugak la... ada mcm2 pilihan.
klau tak silap yg ni daging kut.
dia taruk daging hancur kat atas tu.
lain2 tu biasalah, telur, mayonis, sos, sayur.
rasa tu so-so jelah...
tapi ada kelainan la dari roti john kat pasar mlm tu..


menu minum petang bila ntah...
sedappppppppppppppppp.. aku suka..
post kat instag and FB..
ada kawan aku tanya..
tajuk minum petang, tapi mana airnya?
aku jawab, dah nama buah jambu air, so skalikan jelah.
makan dan minumnya.
boleh?

legend habis ni..
sengkuang palit nama dia.
dulu zaman skolah rendah slalu beli ngan pakcik jual buah depan skolah.
sengkuang potong nipis, taruk kuah rojak pastu tabur kacang.
perghhhhhhhhhhhh..
lama dah tak jumpa kut.
ni aku beli kat depan umah je..
org Kangar harus tau..
ala, tepi jalan kat Taman Sena tuuuuuuuuu..
jual buah2, rojak, cendol, air kelapa..
kat lori tu..
tghr sampai petang..
sedap woooo..

cekodok bilis cicah sos..
rupa tak penting, yang penting rasa..
makan panas2 garing2, sedap ohhhh..
aku sorang mau 7-8 ketoi kut..
Amni pun suka.
tapi nanti dia korek habis bawang, ikan bilis dlm tu..
dah 1 hal mak kau nak kutip makan.
jgn membaziorrrrrrrrrrrrrr..

aku hantu aiskrim.
dlm sebulan harus ada 1 bekas aiskrim dlm esbok aku.
slalu beli yg bekas biru tu sebab mcm2 perisa and tak manis sgt.
yg ni, alahai manisnya..
aku mkn atas je sket, last laki aku yg ngabihkan..
manis sangat rasanya..
dah masuk 3 series, kena jaga sket manis2 tu.
kang tak pasal2 potong kaki..
ngeriiiiiiiiii..

sandwich telor..
ui sedappp..
aku now suka beli gardenia yg wheatgerm ni dari yg putih biasa..
sebab bila bakar, taruk butter, sedapppp..
ni menu break1st bila ntah..
bgn tidor lapar tergedik2, and terasa nak mkn sandwich telur.
aku tak rebus, tapi aku suka goreng telur tu.
buat telur hancur, goreng dgn butter.
pastu taruk sos and mayonis.
pastu ngap dgn roti...
rebus telur pun sedap jugak, tapi aku prefer begini...


this is from Repoh Beriani House..
dekat je ngan umah..
aku ambik set ayam..
sedap la jugak nasi dia.
beras dia panjangggggggggggggg panjanggggg.. hehehehe
ayam tu pun besar, puas hati makan..
dulu masa baru buka, diorg taruk semua tu dlm bekas tipuware kecik2.
so bnyk la bekas kau dapat.
now diorg guna bekas yg ada partition siap tu.
lagi mudah kan?
tapi tetap la dpt bnyk bekas jugak...


alahaiii..
yg ni takleh tunjuk isi dalam, kang mengigau kena g cari cepat2..
feberet aku haruslah choc indulgance...
sedap oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

ni lagi 1..
feberet jugak ni..
opismate kasik..
marilah bergembira lemak2 sekalian..



beli donut kat house of mini kat CMart Arau.
saja nak try sebab geram tgk donut comel2 ni.
saiz donut ni kecik je.
dia mcm Big Apple Donut tu la lebih kurang..
tapi kecik jeeeeee.
Big Apple Donut besar kan?
yg ni kecik, sebiji singgit brapa ntah.
ni pakej, beli 6 biji harga tak ingat berapa..
hahahah..
rasa tu boleyla..
haruslah Big Aple punya donut lagi sedap, lagi lembut..
yg ni keras sket..


Nan cheese and ayam tandori beli kat Repoh Beriani House..
tak sedap..
sedap lagi nan and tandori kat Restoran Halim kat stesen bas nun..
nan dia keras, mayonis bnyk..
ayam tandori tu pun keras and kering je..
tak best tak best.
saja suh laki aku try beli, nak rasa.
but, lepas ni better beli kat mamak halim yg dah sah2 sedappp..


dah tu je yg ada buat masa skang..
nnt klau rajin aku ambik lagi gambar makanan yg aku makan..
hahahahaha...
pastu sendri tgk gambar, sendri terliur.
mcm sekarang..
haishhh lapaq..

5 comments:

  1. @rizziela, sedap tapi manisssss..

    ReplyDelete
  2. Klau nak pekena briyani, kena beli di msjd alwi ..ori pakistan..

    ReplyDelete
  3. Sori, lupa habaq..hari jumaat shj dan lepas habih solat...mesti cuba..lps ni x beli dah briyani repoh

    ReplyDelete
  4. tq for info. pasni bule terjah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...