Friday, April 25, 2014

Abang Jebat

hoih, trending habis abang jebat ni.
gewammmm pulak aku.

tau abang jebat?
tak tau rugi laaaaa..
semua pakat dok gila abang jebat dalam bukan kerana aku tak cinta.
aku tak gila sangat abang jebat.
aku gila abang tuah aku kat umah jew.. hehehe



aku tak layan sangat cerita ni memula.
sebab malam kan, pastu pkul 10 baru start.
aku pkul 10 dah membuta, malas nak tunggu.
layan tilam bantal busuk lagi syiok.
laki aku la mula nih, dia duk layan kat opis.
duk download, pastu layan ramai2 kat opis.
hamboih, tak dak keja ke bang?
pastu balik umah duk cerita kat aku, tengok nelyda senrose tu lawa la mama..
hamboih2.....
ko tengok jebat ke tengok mastura ni pa??
dia tak penah tgk crita tu kat umah, tapi beriya duk cerita kat aku
rupanya dia tak tau, Astro kat umah ada je channel bella tu.
sebab tak set dlm feberet, so dia tak tau.
set takat 132 je, 133 tak.
yelah, takda sapa nak tengok cerita pilipina tu pun.
mlm2 duk layan 411,412 ngan 413 je.
eksyen kan?
dah tau ada channel bella, haaaa, memlm takmo keluar dah, nak tengok jebat.
puiiii..
pastu berjangkit la ke aku skali duk tengok crita ni.
tapi aku start tengok masa diorg kawen tu.
pastu ikut jugak la, tapi tak la addict sangat.
time aku ngantok nak tdor, malas la nak tunggu.
tengok esok jelah ada ulangan lagi.
Astro kan, asyik ulangggggggggggggggggggggggggg je.
nak ambik pakej beyond, nak rakam2 bagai pun buat rugi jewww.

syok la jugak cerita tu.
tak lari banyak dari novel kan?
pelakon pun best.
ensem oh abang jebat..

gangster habis muka nih..
badan ketak2, botak, ada tatu, hoihhh, ngeri..
watak dia tu yg best.
spontan... selamba, and menjadi sangat.
cakap cina pun ok jew, mcm terrer habis doh.
nelydia pun best, gedik dia mmg jadi.
budak2 tengah jatuh cinta, gitulah gamaknya..
kadang2 menyampah jugak tengok bila gedik sangat.
hahaha..
kat dlm fb baru2 ni pakat duk share halal haram drama ni.
sebab banyak sangat aksi romantis jebat dan mastura.
yelah, nama pun husband and wife, haruslah peluk2, pegang2.
ada yg kata biarlah sebab diorg berlakon and ada pendapat sebaliknya.
what ever pun, berlakon tu ye, tapi diorg bukan muhrim yeeeee...
jujurnya, aku pun menyampah tgk diorg duk peluk2 tu.
duk imagine tu adik aku ke, abang aku ke, sedara mara aku ke..
hoihh, macam nak g tampar je rasa.
yg pompuan tu mcm gedik sangatlah hai, pegang sana sini, raba sana sini, lentok2, peluk2, kiss2.
serius, cemuih!
macam takda maruah pun ada, berkepittttttttttttttt je sepanjang masa macamkan ko sorang ada laki.
yg hero, haruslah syiokkan kena kepit?
eheh..
tapi, tulah, diorg berlakon, ikut skrip.
kat luar, bukan kapel pun, bukan husband and wife pun, tapi watak diorg mmg hidup sampaikan semua org syok la duk layan tiap2 mlm kan?
tu aku puji.
tapi, korang tetaplah bukan muhrim.
pegang2, hoihhhhhhhhhhhhh, doseeeeee!



now cerita tu dah habis.
dah jadi fenomena pulak, novel yg best2, jadikan drama bersiri.
novel yg best ok la, yg tak best pun buat drama.
cemuih pulak aku tgk.
masuk tv, cerita jadi ntah apa2.. harap make up je tebal, tapi berlakon ntah apa2.
nak tengok pun geli..


## walau cuma tengok, tak banyak sikit pun menyumbang la jugak kan sebab ada je unsur haram kat situ.. err, pengarah, pasni buat drama elok2 sket eh, tak peluk2 pun kalau jalan cerita best, laku jugak drama tu..

2 comments:

  1. kenape entah saya tak suka pelakon ni..mungkin watak yg dia pernah bawak sebagai org jahat sgt bkesan..sampai xsuke terus tgk dia


    Sembelit Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  2. hahahah, yelah, bukan semua org suka kan? berkesan tu watak dia. lagipun dia slalu bawak watak ganas kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...